Ahad, 9 Jun 2013

APABILA ISTILAH TUA DITAFSIR SEMULA

Tahun-tahun 60-an, 70-an, saya melihat suasana ini; Mereka yang baru bersara, balik kampung, buat rumah baharu dan menjadi orang kampung. Mereka mungkin pesara tentera, pesara polis, pesara Keretapi Tanah Melayu yang berpangkat rendah.

Maka berpagi-pagi mereka memanjat tangga masjid menunaikan solat subuh berjumaah. Maka berpanas-panas mereka di tengah hari ke masjid untuk menunaikan solat Zuhur berjumaah. Maka terkejar-kejar mereka ke masjid semasa orang lain disibukkan dengan duniawi untuk menunaikan solat Asar berjumaah. Maka, satu jam sebelum masuk solat Maghrib mereka telah berada di masjid dengan berpakaian baju Melayu dan kain pelikat yang digosok kemas untuk menunaikan solat Maghrib. Mereka terus berada di masjid sehingga selesai solat Isyak berjumaah.

Apabila bersara, mereka balik kampung, menjalani kehidupan kampung, menjadi sebahagian daripada masyarakat kampung berinformasi yang baik. Mereka juga mula menjadi seorang Islam yang baik atau lebih baik dari sebelumnya.

Al-kisah, buku buruk cetakan tahun 60-an, 70-an tersebut tidak beberapa boleh dibaca pada waktu ini - pada waktu orang menghitamkan rambut secara berleluasa, pada waktu pesara tidak lagi balik ke kampung membina rumah baharu, pada waktu dunia berada di hujung jari, pada waktu usia bersara dinaikkan kepada 56 tahun, 58 tahun dan 60 tahun.

Kini, istilah tua telah dikaji dan ditafsir semula. Antara lain 'kajian' tersebut melapurkan bahawa selagi rambut hitam (rambut beruban boleh dihitamkan) atau belum bersara, seseorang itu masih belum menganggap dirinya tua lagi. Hatta dia berusia 50 tahun, 51,52,53,54,55,56,57,58 atau 59 tahun 11 bulan 29 hari. 

Sedemikian, di usia sedemikian, masih ramai 'golongan orang-orang muda di usia tersebut' masih melakukan kerja orang muda yang tidak mendapat tarbiah - tidak menunaikan solat lima waktu, berjudi daun terup dan nombor ekor, berkaraoke, 'melawat sempadan', berborak perkara mengarut dan lucah, ketagihan kepada rancangan-rancangan berbentuk hiburan di TV dan pesta,.......

Tidak banyak yang dapat kita lakukan untuk 'menolong' mereka samada di kalangan rakan-rakan atau saudara mara yang menganut kepercayaan ' menganggap diri tidak tua' tersebut. 

Kendati pun demikian, sekurang-kurangnya kita (yang di usia sedemikian) hendaklah bersyukur kerana dengan pertolongan Allah mengaku diri sudah tua. Bayangkan, bagaimanakah keadaan kita sekarang jika kita juga menganggap bahawa diri tidak tua-tua. Sebahagian kita bernasib baik, bukannya baik sangat. 

Ceduk diceduk air minuman
Pakai capal di tempat mandi
Kalaulah hidup hilang pedoman
Bagaikan kapal hilang kemudi


6 ulasan:

  1. ujang kutik,

    apabila istilah tua di tafsir semula..
    maka rumusan mereka berkata bahawa... age is just a number..

    namun kalau umur itu semata mata hanya lah sati angka..
    maka saya sukakan angka 21...ahahahaha..

    BalasPadam
  2. Sdr theolrascal,

    Sehebat mana pun ditafsir, malaikat maut tidak akan tertipu.

    21? Dua Puluh Satu. Saya perlukan masa untuk 'menafsirnya'.

    BalasPadam
  3. I'm really inspired along with your writing skills as smartly as with the structure on your weblog. Is this a paid subject matter or did you modify it yourself? Anyway keep up the excellent high quality writing, it is uncommon to look a nice weblog like this one these days..

    My blog post accident claims compensation

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear Tanpa Nama,

      Thank you for your visit. It's just an unpaid hobby and happened by mistake.

      Yes, i take note your package.T.K.

      Padam
  4. Dear Ujang Kutik,

    Are you from URESS like me? I am 57years now. Do you think, i would know you?

    I used to be the "track queen of Rembau" from 1971 until 1974 after which i went to Tampin to continue my Form 4.

    I would appreciate if you could contact me at 016- 3661512.

    Selamat Berpuasa, Ujang Kutik........

    BalasPadam
  5. Dear XUressian,
    1. I left our nostalgic URESS and little home town Rembau in 1974.
    2. Your're the same age with my sister who borned in 1958 - also URESSIAN.
    3. I'm just retired from gov.service.
    Thanks for your visit.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."