Jumaat, 26 Julai 2013

BEZA ANTARA KURA-KURA JANTAN DENGAN KURA-KURA BETINA

Ketika di kampung semasa zaman kanak-kanak dahulu, saya selalu mendengar bunyi ketukan yang agak kuat dari arah sungai ketika waktu senja. Orang kata bunyi itu adalah bunyi hantu. Saya tidak pasti samada saya percaya atau sebaliknya dengan dakwaan itu.

Misteri sebenar bunyi itu terbongkar baru-baru ini. Bunyi itu adalah berpunca dari sepasang kura-kura yang sedang mengawan.  Inilah yang diberitahu oleh seorang kawan yang pernah memelihara beberapa ekor kura-kura sebagai hobi.

Menurutnya, kura-kura mengawan pada waktu senja (maghrib). Katanya lagi, bahagian bawah badan kura-kura jantan dijadikan melengkung. Kura-kura betina pula mendatar. Itulah kaedah untuk mengetahui samada kura-kura itu betina atau jantan.

Struktur badan kura-kura jantan dijadikan melengkung memudahkannya 'menaiki' atau 'menenggek' cengkerang kura-kura betina yang menunggu dengan ghairah di bahagian bawah semasa sepasangan kura-kura hendak mengawan. 

Maka, akan kedengaranlah bunyi seperti 'ketukan' apabila bahagian tertentu cengkerang kura-kura jantan bersentuhan dengan cengkerang kura-kura betina yang sedang asyik mengawan.

Wallahua'lam.  

2 ulasan:

  1. Saudara Ujang Kutik,

    Maha Suci Allah yang menjadikan tiap-tiap sesuatu dengan sempurna dan tiada sedikit pun cacat serta kekurangan...

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."