Ahad, 8 September 2013

AMPANG - KUALA SELANGOR

JETI SUNGAI YU
Memenatkan diri, membuang masa dan wang ringgit kerana membeli ikan di Kuala Selangor yang jaraknya hampir 90 kilometer dari Ampang, Selangor. Mungkin itu adalah penilaian mudah secra umum yang lebih memenatkan yang akan saya dengar jika menceritakan bahawa pasar saya ialah di Kuala Selangor. Saya juga mungkin dituduh tidak cerdik.

Itulah aktiviti saya dengan keluarga di hujung minggu dua kali dalam sebulan jika tiada urusan lain. Dari  Ampang saya menyusur laluan DUKE - Tol Jalan Duta - Highway LATAR - Kuala Selangor (Pasir Penambang/Jeti Sg. Yu).

Saya bukanlah seorang yang cerewet sangat dengan ikan segar atau tidak segar. Asalkan boleh dimakan saya terima dengan seadanya. Sedemikian, saya ke Kuala Selangor bukan sangat kerana ingin mendapatkan ikan segar tetapi juga di atas sebab-sebab lain.

Saya mungkin sedikit tersinggung jika dituduh tidak cerdik. Ingin saya katakan bahawa dalam kehidupan ada perkara-perkara yang tidak dapat dihadam atau difahami secara literal. 

Kawan saya, Yunus Romeo, ' membuang masa' dan 'wang ringgit' pada saban hujung minggu kerana menyertai pertandingan memancing di merata lubuk, tasik dan kolam. Di usia hampir bersara beliau masih belum mendapat sebarang hadiah termasuk sagu hati sekalipun.

Seorang kawan lagi juga kaki pancing tetapi memancing di laut. Hampir segala ilmu memancing dipelajarinya - termasuk hari yang sesuai ke laut, air mati, jenis pancing dan umpan. Namun, hasilnya sangat-sangat menghampakan. Isterinya masih perlu ke pasar. 

Di sebalik semua itu, Yunus Romeo dan kawan yang hobinya memancing di laut itu masih konsistan dengan hobi mereka. Sekelian ahli keluarga telah memahami dan 'tidak boleh buat apa' kepada ketua keluarga mereka itu.  

Jika ditanya di atas sebab-sebab kos, saya akan ' menghalalkan' amalan ' tidak cerdik saya' dengan alasan-alasan sekurang-kurangnya seperti berikut:
  • Walaupun jauh tetapi saya boleh dapatkan ikan segar pada harga lebih murah berbanding di Ampang. Apabila dibeli dalam kuantiti yang banyak, kos mendapatkannya boleh menampung sedikit kos ke pasar dan harga yang lebih tinggi jika dibeli di Ampang.
  • Inilah kaedah saya ' makan angin secara budget ' bersama keluarga - jalan-jalan, tengok tempat orang, tengok budaya orang, melihat keindahan alam ( laut, sungai, muara, sawah padi (di Tanjung Karang) , makan-makan dan sebagainya.
Walaupun Kuala Selangor/Tanjung Karang dan Ampang dalam sebuah negeri yang sama, banyak unsur yang 'asing' di antara kedua-dua kawasan tersebut yang boleh mengasyikkan jika kena cara menyantuniya.

Saya berada di Jeti Sungai Yu pada petang 7/9/2013. Ada cerita yang sebilangan pembaca mungkin telah mengetahuinya yang ingin saya coretkan dalam catatan selepas ini...........

4 ulasan:

  1. ujang kutik,

    Senyum sokmo saya baca entri ini..

    Paling lawak tu laa..kaki pancing yang hardcore penuh ilmu ke laut namun isteri masih juga perlu ke pasar...ahahaha.

    Saya juga setuju ..'' bahawa dalam kehidupan ada perkara-perkara yang tidak dapat dihadam atau difahami secara literal. ''

    Dan jika boleh saya tambah.. '' ..dan ada kalanya kita tak perlu beri explanation ''.


    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      1. Saya setuju bahawa tiada keperluan untuk mempertahankan diri kerana selalunya orang lain tidak akan memahaminya dengan tepat.

      2. Namun, sekalipun ' jangan ganggu hobi saya', seseorang perlu ambil kira juga risikonya. Kalau pergi memancing lalu ketika laut bergelora dan ' hilang', keluarga juga yang turut susah.,,He..he

      Padam
  2. Bawalah keluarga makan angin atas apapun alasan. Saudara sangat beruntung kerana dapat melakukannya. Ada orang yang tidak dapat keistimewaan tersebut kerana kesibukan tugasan yang tak pernah surut dan tak boleh pula diabaikan kerana itulah satu satunya sumber rezeki buat keluarga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Tanpa Nama,

      1. Jangan abaikan hak bahawa ' semua orang ada hak untuk bahagia'...... Semua orang mesti ada masa untuk mebahagikan diri dan keluarga...

      2. Saya sangat terkesan dan menambah kefahaman mengenai bahagia melalui foto yang diambil oleh sahabat blogger ketika belaiu dan keluarga berekspedisi di Taman Negara.

      Foto yang beliau ambil ialah seorang budak lelaki Orang Asli pedalaman yang tidak memakai baju dan juga tiada sepatu. Anak lelaki Orang Asli itu kelihatan begitu bahagia dengan persekitaran dan kehidupannya nya kerana dia memahami bahawa dia juga ada hak untuk bahagia. Lagi pun dia tidak berpeluang membezakan bahagia yang dinikmatinya dengan bahagia anak-anak orang kaya/senang di bandar.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."