Saya tidak ingat kali terakhir pergi Johor Bharu.Mungkin lebih sepuluh tahun. Peliknya saya juga tidak ingat hotel tempat saya menginap ketika itu. Namun, saya masih ingat projek Danga Bay telah wujud dengan megahnya.
Lama sebelum Danga Bay wujud, pertengahan 80-an, saya dan rakan-rakan sekerja ketika bertugas di Johor Bharu akan menyeberang Tambak Johor pada setiap hari selepas waktu kerja. Apabila balik semula ke tempat penginapan di Johor Bharu kami bawa balik buah laici ditinkan, buah-buahan, minyak wangi dan beberapa buah tangan lagi yang harganya jauh lebih murah berbanding di negara kita ketika itu. Ketika itu nilai wang kita hampir sama dengan jiran kita yang kaya raya itu.
Saya tidak akan menjenguk lagi Woodland pada kedatangan kali ini. Selain tidak mempunyai pass lawatan luar negara, saya juga tidak mengetahui kenapa saya tidak berhajat ke Singapura lagi.
Dalam perjalanan di sekitar Pagoh ke Singapura saya melihat pemandu-pemandu Malaysia dibuli oleh pemandu-pemandu Singapura. Pemandu-pemandu Singapura yang memandu kereta yang lebih besar dan berprestasi tinggi sewenang-wenangnya memandu dengan laju dan 'mengusir' pemandu-pemandu Malaysia di laluan paling kanan. Maka bertempiaranlan pemandu kereta Malaysia spesis Proton, Vios 1.5 dan kereta-kereta kecil lain mencari lorong sebelah kiri, lorong di dalam negara mereka sendiri.
Orang kata bukan pemandu Malaysia sahaja yang dibuli. Buli yang paling menyakitkan ialah kuasa wang penduduk Singapura menyusahkan golongan majoriti penduduk Johor Bharu. Itulah yang ingin saya saksikan!

Saudara Ujang kutik,
BalasPadamGara-gara kuasa wang penduduk Singapura yang membanjiri Johor, nasi kosong sepinggan berharga RM4.00 di Danga Bay. Itu yang ipar saya alami sewaktu ke Danga Bay, Johor baru-baru ini.
Sdr Pak Mail,
PadamSaya makan tengah hari di Bandar Baru Uda sekitar 10 km dari Bandaraya JB. Penilaian awal saya mendapati harga makanan tidaklah mahal di sini (Bandar Baru UDA).Nasi ayam yang agak sedap RM4.00. Kawan saya makan nasi campur ikan & sayur cuma RM5.00.
ujang kutik,
BalasPadam..ekonomi itu kuasa.
Buli paling tak sedap dengar jika di seberang tambak itu orang kita di perlekeh atau di herdik semasa ingin menawar jika mahu membeli sesuatu.
Sdr theolrascal,
PadamSaya ada dengar peniaga Singapura melayan orang kita yang cuba menawar - " Kamu beli atau pergi! "
Wau...usahlah berkecil hati. Agaknya kalau mahu maju itulah caranya.
Selalunya masyarakat kita tiada keberanian atau tidak terbiasa dengan cara berterus terang. Kita cuma merungut sendirian apabila seorang memotong Q ketika orang lain boleh beratur.