Jumaat, 20 September 2013

JERUK BINJAI

JERUK BUAH BINJAI
Ketika hendak balik ke Ampang, Selangor setelah selesai urusan pengkebumian jenazah arwah Kakak isteri dan majlis bacaan tahlil pada malam berikutnya, seorang saudara membekalkan kami jeruk buah binjai. Saya dengan besar hati menerima pemberian yang sangat bernilai itu.

Saya dapati ada beberapa pokok binjai hidup subur di sekitar kawasan Masjid Tanah, Melaka. Sedemikian, kalau bernasib baik kita boleh membeli buah binjai mentah yang dijual oleh penjaja di pondok jualan tepi jalan.

Saya ada memori yang sukar hendak diterjemahkan berkaitan buah hutan ini. Walaupun sangat sukar mendapatkan jeruk buah binjai sekarang, ianya adalah salah satu di antara makanan yang paling saya sukai.

Pokok binjai adalah pokok hutan yang batangnya besar dan tinggi. Ketika saya masih anak-anak, terdapat banyak pokok binjai di kampung saya. Saya masih ingat bahawa keluarga saya ketika itu ada simpanan satu tempayan bersaiz sederhana jeruk binjai pada setiap masa.  

Saya sendiri tidak mendapat jawapannya mengapa buah binjai tidak boleh didapati lagi di kampung saya sekarang. Adakah pokok binjai telah pupus? Atau generasi sekarang tidak ambil indah akan buah hutan yang sangat sedap pada sesetengah penggemar tersebut.

Saya seorang sahaja yang makan jeruk binjai di rumah saya. Walaupun isteri saya juga berasal dari kampung, dia tidak suka jeruk binjai. Anak-anak saya menjeling pun tidak mahu.  

Sehubungan ini, saya dapat menikmati keenakkan jeruk buah binjai seorang diri tanpa adanya saingan dari ahli keluarga yang lain.  Ada juga baiknya ahli keliuarga yang lain tidak suka kepada makanan yang kita gemari. Alhamdulillah. 

11 ulasan:

  1. ujang kutik,

    Saya tidak pernah makan jeruk binjai atau terdengar sebelum ini buah binjai ini di buat jeruk. Semasa kecil buah binjai kerap juga muncul juga dalam kehidupan saya dek ada sepohon milik saudara sebelah bapa. Kini buah ini muncul hanya sekali sekala. Saya bersetuju kemungkinan pokok nye semakin pupus.

    Baru baru ini dalam perjalanan dari Batu Pahat ke Muar saya berhenti di gerai buah tepi jalan. Ternampak buah ini terus saya beli 6 biji sekali buat souvenir beri pada ahli keluarga. Harga RM5.50 sekilo.

    Ketika berbual bual akan kesedapan nya setelah di buat sambal belacan beberapa hari kemudian saya katakan mahal juga buah binjai ni. Abang yang mendengar nya kata murah lah sangat tu, kata nya beberapa minggu lepas dia beli di pasar Pandamaran buah ini di jual pada harga RM10/ kg.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      1. Adakah jeruk buah binjai cuma dibuat oleh penduduk N.Sembilan dan beberapa kawasan di Melaka sahaja (A.Gajah, Masjid Tanah) sahaja?. Selainnya buah binjai diadunkan untuk membuat sambal belacan buah binjai.

      2. Kalau satu kili RM5.50 memang murah. Kalau saya jumpa saya akan beli sekurang-kurangnya 5 kilo untuk dibuat jeruk (ketika di Melaka isteri saya telah diajar cara-cara membuat jeruk binjai).

      3. Jeruk buah binjai umapai khazanah hilang dijumpai semula.....he.he

      Padam
  2. Lama benar tidak merasai keenakan jeruk binjai. Semasa kecil jeruk binjai juga jadi kegemaran keluarga. Makan tanpa lauk lain pun tidak mengapa....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Tanpa Nama,

      Saya setuju.Makan nasi tanpa lauk sebenarnya adalah cara untuk menikmati jeruk buah binjai sepenuhnya.

      Padam
  3. kecui bila teringat buah binjai,,,belasan tahun dah tak makan,,,akhir sekali makan masa duk Lumut dulu...

    nostalgia mencari buah binjai ditanah perkuburan kg diBenut masa kecil dulu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cute Oven,

      Saya ternampak ada orang menunggu buah binjai gugur umpama menunggu buah durian di Masjid Tanah, Melaka.

      Padam
  4. saya orang bandar, tp saya suke buah binjai ni sbb mak pernah buat sambal belacan masa kecik2 dulu. semalam beli binjai kat Simpang Ampat, Melaka. kat tepi jalan byk gerai jual binjai, gerai pertama yang saya singgah jual dgn harga rm13 sekilo. saya tak jadi beli, mahal sangat.. dah lah binjai2 tu dah kecut2 sangat tp masih dijual dengan harga rm13 sekilo.. mahal mcm harga durian pulak.. saya lari pergi gerai lain kat situ2 jugak, orang tu jual rm10 sekilo.. tapi saya beli aje sbb binjai2 yg dia jual besar2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr/i Tanpa Nama 4 Nov 13,

      Binjai di Spg. Empat itu Binjai Manis. Iranya halus. Satu lagi spesis bijnai ialah Binjai masam - iranya lebih kasar.

      Di kampung saya (N.Sembilan) binjai masam ada namanya (saya lupa).

      Bagaimanapun, pada masa sekarang buah binjai banyak terdapat di Melaka - Alor Gajah/Masjid Tanah. Suatu ketika dahulu harga binjai RM6.00/kg.

      Padam
  5. Salam..encik..sy ada kebun yg ada sebatang pokok binjai..saya nak pajak kan..encik tahu x siapa2 yang nak pajak binjai..buah binjai saya ada lebih kurang 200 biji. Boleh hubungi saya di no 0126010676 (atan)

    BalasPadam
  6. Salam..encik.saya nak pajak binjai kebun saya ..jika ada sesiapa nak boleh hubung saya 0126010676 atau 0172049387 ( atan / fara). T.kasih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Farra Farrasya,

      1.Semoga jika ada pembaca blog ini yang berminat akan menghubungi anda.

      2.Mungkin urusan akan lebih mudah jika anda menguruskan jualan terus kepada pembeli/penjual buah-buahan. Di Simpang Empat, Alor Gajah banyak penjual buah menjual buah binjai dengan harga RM10-RM12/kg.

      Semoga urusan anda dipermudahkan.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."