Ahad, 3 Ogos 2014

YANG AGAK PELIK DI BANDAR KUALA KANGSAR

KERUSI ATAS MEJA
Bidang tugas memungkinkan saya secara umumnya dapat mengunjungi hampir semua tempat di seluruh ' Malaya '. Sedemikian, saya berpeluang melihat kepelbagaian cara hidup dan budaya setempat.

Ketika berada di Bandar Kuala Kangsar saya melihat cara peniaga makanan di sebuah medan selera di Bandar Diraja itu meletakkan kerusi apabila tidak berniaga pada sesuatu hari. Saya melihat perbuatan ini sebagai perbuatan yang pelik.

Kebiasaannya di lain-lain tempat peniaga yang tidak berniaga masih menyusun kerusi meja di warungnya seperti biasa. Dengan berbuat demikian, rakan peniaga di warung bersebelahan yang berniaga boleh menggunakan meja/kerusinya untuk kegunaan pelanggan yang tidak ada tempat duduk.

Peliknya, peniaga yang tidak menjalankan perniagaan pada sesuatu hari di medan selera yang saya nyatakan meletakkan kerusi di atas meja. Perbuatan seperti ini mewujudkan satu pemandangan yang tidak selesa dan harmoni di medan selera itu.  

Mungkin peniaga di medan selera berkenaan ada alasan yang munasabah untuk berbuat sedemikian rupa. Namun, perbuatan yang agak pelik itu tidak dapat menghalang pelanggan atau orang ramai memantapkan tanggapan mengenai cara tipikal orang kita berniaga yang saling dengki-mendengki dan tidak bersefahaman dengan rakan peniaga sebangsa yang lain. 

Dapatkan sesiapa menghalang terhadap tanggapan segelintir pelanggan atau orang ramai yang berfikiran negatif menuduh peniaga yang tidak berniaga meletakkan kerusi di atas meja kerana tidak mengizinkan rakan peniaga di sebelah warungnya menggunakan kerusi/meja berkenaan?  

Oh, Melayu ku!


 
     

2 ulasan:

  1. Mungkinkah waktu hendak tutup kedai lantai dicuci bersih. Lalu kerusi kerusi diletak di atas meja bg memudahkan kerja. Hati saya kuat mengatakan begitu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Tanpa Nama yang dihormati,

      Saudara mengamatinya dari sisi positif dan berlapang dada.

      Terima kasih.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."