Rabu, 3 Disember 2014
KLINIK
Sesi menunggu giliran di sebuah klinik kerajaan di pinggir Ibu Kota:
Klinik ini terletak di dalam kawasan perumahan majoriti etnik Cina.
Diperhatikan warga emas etnik Cina khususnya golongan wanita di usia 60-an ke atas sangat berdikari.
Kebanyakkan di antara mereka menguruskan sendiri urusan pendaftaran, menunggu untuk mendapatkan rawatan, mengatur temujanji dan mengambil ubat di farmasi tanpa bantuan keluarga/anak-anak.
Kebanyakkan di antara mereka juga dilihat tidak mengalami masalah obesiti.
Namun demikian, tiba-tiba saya berpeluang menyaksikan seorang lelaki Melayu di usia awal 40-an masuk ke dalam klinik mendukung wanita tua (mungkin ibunya) untuk mendapatkan rawatan.
Huhhh.....bertuahnya lelaki itu dapat berbakti kepada wanita tua yang sangat dikasihinya.
Unknown
ya..betul..wanita cina diusia yg lewat tak mengalami / jarang2 yg mengalami obesiti..kenapa ya..??
BalasPadamMungkin antaranya mereka mementingkan penjagaan kesihatan. Contoh, senaman Taici yg diamalkan oleh wanita (dewasa) etnik itu.
Padam