Isnin, 8 Disember 2014

REZEKI TENGAH HARI

REZEKI 8 Disember 2014

Usai solat zuhur berjumaah di surau kawasan perumahan golongan pertengahan Tmn Datuk Ahmad Razali saya makan t/hari di sebuah restoran di Ampang Jaya. Imamnya ialah seorang pesara pegawai tinggi di organisasi saya bertugas.

Ada dua orang pelanggan di meja  sebelah kanan saya. Seorang yang lebih tua, 50-an, yang kelihatan orang berkedudukkan/berpangkat telah selesai makan. Seorang lagi yang lebih muda, 30-an, masih menikmati makanan yang dipesan.

Mereka beredar lebih awal dari saya setelah membuat bayaran.

Usai makan saya menuju ke kaunter untuk membuat bayaran.

Kata tuan punya restoran, " Orang yang duduk di sebelah meja Encik tadi telah bayarkan."

Subhanallah. Alhamdulillah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."