Sabtu, 27 Jun 2015

BAIT-BAIT KLISE RAMADHAN


GAMBAR HIASAN (TIADA KAITAN DENGAN ' POSTING' INI
Kita atau sebilangan rakan-rakan mungkin di kalangan yang selalu berulang-alik rumah - surau/masjid- rumah.

Secara logiknya banyaklah ilmu agama termasuk ilmu tasawuf ( pembersihan rohani dan kejiwaan) yang kita dapat dan hadam.

Bagaimana ' respond ' kita apabila penceramah mengitar semula bait-bait nakal yang telah 'dipatentkan' sebagai perbendaharaan kata berstatus ' klise ' apabila tibanya bulan Ramadhan saban tahun?

Bait-bait klise itu secara umumnya berbunyi, " Minggu pertama Ramadhan ini penuhlah jemaah surau/masjid. Masuk minggu ke-2, hilang. Tahun hadapan baru nampak semula batang hidung mereka."

Adakah kita turut ketawa terbahak-bahak tanpa belas kasihan dalam ' mengerjakan ' dan menghina tetamu-tetamu surau/masjid bermusim yang dalam keadaan lemah serta tidak dapat mempertahankan diri ketika itu?

Kalau itulah senarionya, kita masih belum hadam dengan anjakan komitmen beragama yang kita sangkakan atau dilihat secara zahirnya oleh orang lain. 

Sendiri mahu ingat, mampunya kita memijak tangga surau/masjid adalah di atas hidayah Allah. Jangan X!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."