Jumaat, 26 Jun 2015

KULIAH

Ada kalanya latar di aras kehidupan ini sangat keras dan seperti tidak akan terkalahkan. Lurah keluar pula seperti dihijab buat selama-lamanya. Rayuan untuk hidup senafas lagi juga seperti tidak dipeduli.

Dalam satu episod keterpaksaan yang tiada tolok bandingnya, hamba akhirnya mencari Penciptanya . Hamba rebah ' di ribaNya '.

Maka, khatamlah si hamba itu dalam kuliah kemanisan rohani yang tidak difahaminya ketika menekuni kuliah di surau, masjid atau madrasah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."