Ahad, 14 Jun 2015

RASUAH


Usai solat subuh dan sarapan ringan di surau, sebilangan jemaah tidak terus balik ke rumah masing-masing. Sebilangan bersembang sesama sendiri.

Ada seorang yang vokal. Bercakap dengan nada meninggi suara. Dia tidak sensitif terhadap jemaah lain.

" Cuba lihat anak-anak polis. Mana ada yang jadi orang.  Makan rezeki tidak halal. Rasuah! "

Seorang dua melayan jemaah itu. Yang lain-lain cuma mendiamkan diri mungkin kerana ingin menjaga martabat surau.

Namun, berdasarkan senario hari ini yang menyebabkan rakyat biasa tidak terkata lagi, persepsi bahawa pegawai/anggota polis sahaja yang dituduh kuat rasuah perlu dinilai dan distruktur semula.

Hakikatnya, melalui kes-kes yang telah berjaya dibongkar, didapati secara umumnya  pada setiap kerlipan mata dan denyutan nafas didapati orang Melayu yang bertugas di dalam agensi penguatkuasaan dilihat sangat cenderung mengamalkan rasuah. Hampir semua agensi penguatkuasaan!

Amalan ini juga dikatakan  melibatkan juga golongan yang ada kuasa khususnya ahli politik.

Mereka ( golongan pengamal politik) secara taktikalnya dikatakan tidak terlibat dalam 'rasuah konvensional' tetapi terlibat dalam permainan kaedah menghalalkan cara. Nilainya dikatakan kononnya sangat besar - juta-juta, billion.

Justeru itu, jemaah yang vokal itu sudah ' out dated ' dalam melabelkan penjenayah rasuah yang pada pemahaman kununya cuma dilakukan oleh anggota polis berpangkat rendah sahaja. 

Itulah sebab mungkin jemaah itu tidak berkata, " Cuba lihat anak-anak menteri. Mana ada yang jadi orang........". 

Atau,  pada pemerhatiannya, ahli politik yang mengamalkan ' rasuah', anak-anak mereka masih ' menjadi orang'?






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."