Khamis, 10 September 2015

SABAR, JANG


Barangkali besok kita berkumpul lagi. Kita akan melaung. Kita akan  marah-marah lagi. Bahkan kita akan bertempik sekuat hati, " Tanah dipijak milik orang." Kononnya.

Cina ' Dapigs' yang telah lama pekak juga menjadi mangsa serakah amarah kita.

Cina-Cina Malaysia yang lain, Indon, Myanmar, Bangla, Cina Huangzhow, India Chenai, Tibet Katmandu dan malahan Yahudi laknatullah yang fizik mereka ditabir halimunan tidak pula kita pedulikan sangat.

Dahulu warung milik kita di bawah pokok cherry itu sangat meriah. Ramai pendatang Indon, Myanmar dan Bangla datang menjamu selera atau sekadar melepak sambil bersembang bertemankan secawan teh tarik.

Tidaklah kita pedulikan busuk asap kretek Si Indon yang duduk sambil bersimpul kaki di atas kerusi, asalkan masyukk, atau Si Myanmar yang suka meludah, atau Si Bangla yang asyik memikat anak buah kita, asalkan masyukk.

Kononnya, kita kawan. Sama-sama cari makan.

Kita kulikan mereka. Mereka basuh pinggan, basuh cawan dan sapu sampah. Sekali sekali kita maki, herdik...

Kita ajar pula mereka membuat teh tarik, roti canai dan nasi lemak. Bila sudah pandai, mereka membuka warung di sebelah warung kita. Ramai yang sudah membuka restoran.

Kau pon tahu Jang, warung kita dirobohkan oleh PBT, warung pendatang tegak gagah sehingga sekarang tidak diapa-apakan. Kau pon tahu jalan ceritanya....

Nah, barangkali tidak sesuai lagi untuk kita berkumpul tunjuk kuat kalau sekadar memekik-memekik dan marah-marah, sehingga terlupa keris yang disisip di pinggang sudah tumpul dan berkarat, Jang!

Lagi satu , pintu besar Kota Melaka bukanlah Portugis yang membukanya. Pintu itu dibuka dari dalam, Jang!

4 ulasan:

  1. Menarik tulisan dari sisi pemikiran tuan. Boleh saya link ke fb saya buat tatapan friend saya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr insan marhaen,

      Silakan. Maaf, saya agak lama tidak jenguk blog sendiri.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."