Sabtu, 3 Oktober 2015
Larangan Menggunakan Pembesar Suara Di Masjid Dan Surau
Pulau Pinang akan mencontohi negeri kerdil Perlis yang 'stylo' dalam menguatkuasakan secara dokumentasi larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau kecuali untuk azan dan iqamah.
Sudah pasti perkara ini akan menjadi isu. Sudah pasti juga isu ini akan melupakan rakyat jelata negara ini buat seketika dari isu yang jauh lebih besar yang kini berstatus isu marathon.
Surau di kawasan perumahan saya ( Negeri Selangor) terletak di tengah-tengah kawasan perumahan penduduk yang terdiri dari berbilang kaum.
Sedemikian, laungan azan, ceramah agama dan lain-lain aktiviti di surau melalui pembesar suara yang corong-corongnya dihalakan keluar sudah ' mangli ' kepada penduduk sekitar (termasuk bukan Islam).
Setahu saya setakat ini tiada lagi rungutan yang diajukan oleh penduduk bukan Islam kepada pihak pengurusan surau.
Dengan laungan azan dan iqamah lima kali sehari, solat bacaan secara jahar 3 kali sehari (subuh, maghrib dan isyak) , kelas pengajian pada hari biasa tiap-tiap malam, kelas pengajian pada hari cuti dua kali sehari dan ditambah dengan sesi zikir, sesi doa dan membaca Al-Quran adalah dirasakan bahawa penduduk bukan Islam walaupon mungkin agak terganggu, tetapi mereka mempunyai semangat toleransi yang sangat tinggi.
Kecuali seorang dua ilmuan ugama termasuk Dato' Dr MAZA, sangat kurang golongan ugamawan yang secara berani membincangkan perkara yang dengan mudahnya boleh dipolitikkan ini.
Keadaan ini menimbulkan rasa tidak pasti di kalangan rakyat biasa. Boleh atau tidak ? Kalau tindakan menggunakan pembesar suara untuk aktiviti keagamaan tidak mematuhi syariat, perlukah amalan itu disekat sehingga menggunakan undang-undang yang digazetkan? Memadaikah cuma dibuat setakat peringatan pentadbiran sahaja untuk memartabatkan ugama Islam yang menjadi ugama rasmi negara kita?
Negeri Perlis dirasakan tidak berhadapan dengan sebarang masalah melaksanakan larangan itu kerana penduduknya hampir 100% dari kalangan orang Melayu/Islam. Justeru itu, saya tidak yakin akan ada penduduk Melayu/Islam melaporkan pelanggaran arahan kepada pihak berkuasa di Perlis andainya berlaku pihak pengurusan masjid/surau terlupa menutup suis corong pembesar suara pada acara selain azan dan iqamah.
Bagaimanapon, situasi tentulah berbeza di negeri-negeri di mana penduduk Islam dan bukan Islam hampir seimbang atau orang Islam adalah golongan minoriti seperti di Perak, Selangor dan Pulau Pinang.
Kita khuatir akan berlakunya kebarangkalian masyarakat bukan Islam dengan sewenang-wenangnya mengambil tindakan undang-undang kepada penduduk Islam kerana tidak berpuas-hati dengan aktiviti di surau atau masjid. Situasi ini jika berlaku adalah tidak baik untuk sebuah negara berpenduduk majmuk seperti negara kita.
Dalam masa yang sama kita juga ingin bertanya samada aktiviti keagamaan penganut bukan Islam yang diketahui ada di antaranya menimbulkan suasana tidak selesa ( bising, pengunjung yang ramai, aroma bau yang tidak menyenangkan, tempoh aktiviti yang lama dan sebagainya) telah diambilkira dalam ' mengekang ' aktiviti umat Islam di surau dan masjid melalui dokumentasi undang-undang?
================================
Unknown
Menurut pengerusi qariah di masjid tempat saya, ada beberapa penduduk yang berdekatan dengan masjid membuat aduan bahawa suara dari pembesar suara membingitkan mereka dan berasa tidak selesa.
BalasPadamAda sesetengah penceramah yang bersuara lantang dan kekadang seperti menjerit... jika dari lepas solat maghrib hingga pukul 10 lebih masih berceramah maka agaknya ada yang kurang senang...
Sdr insan marhaen,
PadamAda kalanya saya juga perasan nada bunyi pembesar agak kuat dan menimbulkan keadaan tidak selesa kpd bukan Islam.
Kalau dah jadi undang-undang susah jadinya.