Rabu, 7 Oktober 2015

MY CLASSMATES

My Classmate' X-URESS,
(Undang Rembau English Secondary School)

Tidak mengapa kita tidak bersua muka walaupon kini kita boleh melakukannya jika kita mahu.

Juga, jangan pedulikan larian waktu yang sangat pantas sehingga akhirnya kita bersesak-sesak di wakaf terakhir ini.

Kawan, tentu kamu suka bahawa kamu yang ada dalam kotak memori aku adalah kamu yang 4 dekad lalu; Remaja lelaki yang bersih air mukanya dan bercita-cita untuk membangunkan kota kecil kita persis Kuala Lumpur atau Singapura, atau, remaja wanita yang masih suci dan sunti, cantik dalam busana blaus biru dan kemeja putih, belum lagi pandai bertudung, bercita-cita sehebat Indira Ghandi,  yang cuma mampu aku tatap dari sudut kerling naif ku.

Kawan, tidak mengapa kita tidak bersua muka walaupon kini kita boleh melakukannya jika kita mahu. Seperti kamu, aku juga mahu dilihat aku yang 4 dekad yang lalu; Remaja lelaki yang bersih air mukanya dan bercita-cita untuk membangunkan kota kecil kita persis Kuala Lumpur atau Singapura.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."