Sabtu, 10 Disember 2011

dunia blog : sejauh mana daya tahan 'open minded' kita

Sekalipun naluri memihak dinyah lumpuhkan seketika, input yang tidak selari dengan pendirian  pula terus dijana ke saraf minda, dapatkah kita terus membaca sehingga ke akhir kalimah  tulisan blogger aliran politik yang sangat ekstrim samada yang sealiran dengan parti politik yang kita sokong atau lebih-lebih lagi di blog-blog yang tidak sealiran dengan kita ,hatta,  blog mereka tidak pernah kita kerling walaupun sekilas sebelum itu?

Tentu ada yang boleh membaca sehingga ke akhir kalam terutama golongan 'hard core'. Mungkin juga ada yang membaca setakat 'setengah jalan'  kerana pada pefahamannya info-info yang disampaikan terlalu klise, provokasi ,keterlaluan, tidak masuk akal,kasar, memualkan dan segala kaedah negatif lagi.

Pendirian peribadi adalah hak milik mutlak kita. Kita boleh sahaja memihak kepada mana-mana pihak berdasarkan kepada piawaian neraca yang kita yakini.

Walaupun demikian, naluri kita secara asasnya adalah sama. Manusia inginkan sesuatu yang bersifat harmoni. Sehubungan ini, ada pemilik blog yang diketahui dengan jelas latarbelakang politik mereka, tetapi blognya dikerumuni oleh pengunjung dari berbagai  aliran  parti politik. Keadaan ini berlaku kerana beliau menghormati akal atau 'intelek' manusia yang mengunjungi blognya.

Sebaliknya, ada blogger tokoh terkenal dan dihormati di luar dunia blog yang asyik melontarkan kritikan-kritikan yang tidak berkesudahan di dalam blognya. Beliau juga membenarkan weblognya diulas dengan unsur-unsur provokasi dan maki hamun. Pengisian sedemikian tentulah tidak sepadan dengan karisma beliau di luar dunia sesawang.

Sehubungan ini, terserahlah kepada kita memilih dan menyaring sesuatu weblog . Kata bijak pandai, "Berita buruk cepat menjalar. Di mana ada bisik-bisik, di situ ada kebohongan."  

 


 




10 ulasan:

  1. Saudara Ujangkutik,

    Saya berpandangan seseorang itu seharusnya bersikap matang. Matang dalam ertikata menghormati pendapat sama ada dalam menulis di dalam blog ataupun memberi komen dengan tidak menghamburkan kata2 nista, kasar ataupun memanggil/menggelar seseorang dengan gelaran yang buruk.

    Unsur2 negatif seperti ini yang membuat beberapa pembaca blog hilang daya tahan untuk meneruskan pembacaan, justeru tidak lagi mengerling .

    BalasPadam
  2. Sdr Pak Mail,

    Terima kasih di atas pandangan tuan.

    Sepertimana kata tuan, seeorang itu seharusnya bersikap matang - menghormati pendapat/pendirian orang lain dan juga matang dalam memberikan pendapat/ulasan.

    Itulah yang saya maksudkan supaya orang lain boleh berkongsi maklumat tanpa menyinggung @ tidak menghormati mana-mana pihak.

    BalasPadam
  3. Tuan ujang,

    Rata rata kita semua mahu kebenaran itu mengatasi segala kepalsuan.

    Kita jadi perpihak pihak atas penilaian kita sendiri. Dan penilaian kita itu amat subjektif sekali.

    Bila di peringkat ' rakyat '..reaksi akan jadi berbeza, mereka juga inginkan perhatian. Lalu blog2 menjadi antara saluran untuk suara mereka di dengari. Dan rakyat ini berbagai2 latarbelakang, tahap kematangan dan pelajaran dan cara berbahasa.

    Saya suka menekankan demi keamanan dan kemakmuran negara ia perlu di turunkan dari atas ke bawah. Maksud saya pemimpin mesti jujur. Jangan demi kuasa dan tamak kan harta benda ada yang sengaja mencipta fitnah.

    Ape2 pun sebaik dan sekecil2 peranan yg boleh kita lakukan ia lah..'' berdebat '' lah dengan berhemah. Kita baca jugak hujah kedua2 belah pihak. Kalau persahabatan itu sudah termeterai jangan lah jadi renggang dek berbeza pilahan politik..

    Tuan Ujang,

    Wang taruhan untuk tanding kawasan Parlimen adalah RM5000...dah ada belum?. Saya nak pi tempah bush jacket sat kang...

    Ada rezeki...kita berbual sebagai MP di lobby parlimen haaa...ekekekeke...

    BalasPadam
  4. Sdr theolrascal,

    YB Klang,

    Tuan sudah dapat kawasan bolehlah tempat 2-3 pasang bush jacket. Saya belum dapat kawasan lagi.

    Rembau sudah ada calon - tuan sendiri pun tahu siapa.

    Kalau tuan ada kawasan yg sesuai semasa bercuti di Taman Negara minggu lepas tolong beritahu saya.

    Ya, undi kita rahsia...

    BalasPadam
  5. Saudara UjangKutik,

    sudah pasti ke kawasan Rembau sudah diisi. Saya takut dalam iPad PM tak ada namanya.

    Kalau tak ada masih boleh mencuba tu.... Mungkin masih ada peluang dan olrascal boleh tolong carikan bush jacket.

    BalasPadam
  6. Sdr Pak Mail,

    Tuan,

    Tetapi saya sangat obses dengan kawasan di sekitar Taman Negara.

    Saya rasa saya boleh berkhidmat dengan baik di kawasan seperti itu.

    T.Kasih.

    BalasPadam
  7. Terpulang kpd kita nak memilih blog yg mcmana.

    BalasPadam
  8. pak mail,

    YB Ujang ni saya paham pilihan kawasan nye.
    Dia akan lebei selesa di mana kawasan terdapat ramai orang asal..hehe..

    Bagaimana pun Pak Mail juga boleh join kami di parlimen nanti. Demokrasi... kan begitu pak mail...kita bertanding je la kat mana2 yang kita suka.

    Menang kalah kita bincang kemudian..ekeke...nak bush jacket cakap arr...pak mail.

    BalasPadam
  9. Sdr Yunus Badawi,

    Tuan,

    Akhirnya itulah jawapan yang paling tepat. Bak kata orang Negeri," Suko hati denlah."

    T.Kasih.

    BalasPadam
  10. Sdr theolrascal & Pak Mail,

    Ya,kita bertandinglah di mana kita suka.

    Kalau tidak ada pengundi lagi bagus - menang tanpa bertanding.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."