Selasa, 20 Disember 2011

kuala pilah : hanya catatan biasa

Saya dan rakan  sekerja yang jauh lebih muda bertolak dari Kuala Lumpur ke Segamat, Johor setelah sarapan pagi di warung belakang pejabat kami. Saya mengambil sarapan nasi lemak dengan sambal sotong. Rakan saya 'pekena' roti canai. Seperti biasa minuman kami ialah teh tarik -' teh tarik Melayu'.

Kami mengikut jalan dalam melalui Lebuh Raya Lekas yang peghujungnya  di Kuala Pilah. Pada permulaan perjalanan saya 'control' supaya tidak tidur untuk mengambil hati kawan. Di antara banyak kelemahan saya ialah cepat tertidur jika tidak memandu. Akhirnya, saya tertewas juga. Saya mungkin tertidur ketika di Kajang Perdana.

Saya terjaga ketika sampai di tempat perkelahan Ulu Bendul., Kuala Pilah. Saya sempat melihat tempat perkelahan yang pernah berlaku trajedi 'ibu air' itu tidak beberapa lama dahulu. Mangsa ialah dua orang kanak-kanak perempuan yang juga adek beradek. Trajedi ini sungguh tragis terutama kepada ibu bapa mangsa yang secara tiba-tiba kehilangan anak -anak yang disayangi.

Selepas melepasi kawasan perkelahan Ulu Bendul biji mata semakin segar. Walaupun saya berasal dari negeri yang sama, suasana persekitaran laluan di Kuala Pilah agak asing  kepada  saya yang berasal dari Rembau.

Penilaian deria lihat saya mengakui bahawa pemandangan persekitaran di sepanjang jalan di Kuala Pilah sangat menarik. Kita disajikan dengan adunan bukit bukau dan unsur alam semula jadi yang mengasyikkan. Tanahnya subur. Ada tasik semula jadi. Ada kolam ikan. Masih ada kawasan sawah padi yang menghijau dan tanaman sayur-sayuran.

Di kiri kanan jalan juga terdapat gerai-gerai menjual buah-buahan , produk makanan tradisional dan hasil hutan seperti durian, jagung, petai, madu lebah dan gula kabung. 

Di kiri kanan jalan juga dapat disaksikan rumah-rumah tradisional penduduk Kuala Pilah yang unik dengan bercirikan pengaruh seni bina tempatan dan Minangkabau. Saya katakan  demikian kerana bentuk rumah tersebut bukannya berbentuk rumah Minangkabau yang kita bayangkan, yaani atapnya melentik menujah langit secara melampau.  Sebaliknya, bentuk atap rumah tradisional penduduk Kuala Pilah tidak seruncing bentuk atap rumah Minangkabau.

Saya dapati rumah-rumah berbentuk sedemikian masih banyak terdapat di Daerah Kuala Pilah berbanding dengan daerah-daerah lain di Negeri Sembilan. Ada pendapat mengatakan bahawa pendatang Minangkabau lebih tertumpu membina penempatan di sekitar Daerah Kuala Pilah berbanding di tempat lain.  

Kami berhenti makan tengah hari di sebuah 'super warung' layan diri di pinggir bandar Kuala Pilah. Saya memilih lauk ikan keli salai bercampur buah kundang yang dimasak lemak cili api. 'Sodapppp'. 

Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke destinasi, iaitu Bandar Segamat melalui Bandar Bahau dan Gemas. Ketika sampai di Segamat hujan sedang turun dengan lebatnya. Untuk makluman, Segamat ialah di antara kawasan di Negeri Johor yang mudah dilanda banjir. Semoga kami selamat selama berada di sini.
 

 


 

8 ulasan:

  1. bANG KONO BOTO KAN PERKATAAN TU ,, BUKAN NYO ibu AIR TAPI IALAH KOPALO AIR ,,,, YO LAH DAH DOK KLOMPUR MANO LAIE NAK PANDAI CAKAP GHOMBAU ATAU TERMNOLOGI GHOMBAU HAHAHHA APO pun catatan yg terbaik,,, ,,,,

    BalasPadam
  2. Sdr Pak Oncu,

    Memang amek-amek betol,"Kepalo Air".

    Macam mana pon, Pilah ada kelebihannya.Ghombau pun ada kelebihannya.Samo-samo handa.

    Tapi Ghombau, banyak kurang daripada ado.Macam-macam dilambak di Pilah.Baru-baru ini dio dapek Kolej Jururawat Kementerian Kesihatan.

    Gololah sepo nenggok di Ghombau.

    BalasPadam
  3. Tuan ujang,

    Bila di sebut Kuala Pilah..baru teringat lama dah teringin nak melawat istana seri menanti.

    Nampak nye tahun 2011 ni pun tinggal beberape hari saja lagi..hehe

    BalasPadam
  4. Saudara Ujangkutik,

    Dahulu selalu juga singgah Kuala Pilah. Ada suami sepupu arwah ibu bekerja di Majlis Perbandaran Kuala Pilah. Tetapi sejak beliau meninggal lama dah tak ke sana.

    Apa pun saya berpendapat Kuala Pilah masih punyai ciri-ciri kekampongan lagi. Tidak seperti Kuala Lumpur yang sentiasa sibuk. Masing2 manusia kelihatan tergesa-gesa.

    Saya tidak pasti sama ada pandangan saya ini masih relevan atau tidak mengenai Kuala Pilah hari ini.

    BalasPadam
  5. Sdr theolrascal,

    Saya sendiri belum pernah melihat istana itu. Cuma lihat melalui pembacaan sahaja.Dikatakan istana itu dibina tanpa menggunakan sebatang paku pun.

    Banyak juga hari lagi untuk sampai 2012 (Insya Allah).Boleh lagi

    BalasPadam
  6. Sdr Pak Mail,

    Kuala Pilah masih mengekalkan ciri-ciri sebuah kawasan perkampungan. Seiring itu, bandarnya membangun dengan pesat.

    Bagaimanapun, mungkin di atas faktor latar belakang dan usia, saya selesa dengan persekitaran semula jadinya.

    BalasPadam
  7. Salam ujang..,

    Eden pun lamo dah tak ke kolo pilah ... memang pemandang eh den pun gomar... raso samo yo macam jolobu daerah kelahir eh den....cumo kolo pilah ni maju laie dari Jolobu.... ghombau pun apo kuang eh sekaghang ni memacam den nampak dah ado.... ghombau selalu lah den poie sobab bilo poie melako den ikut simpang ompek lalu kondong ....

    Istano lamo seri menanti tu den ponah poie situ tapi dah lamo dah tapi tak buleh ambik gamba dalam Istano tu jadi kono posing kek luar yo....

    BalasPadam
  8. Sdr azmnor,

    Dari segi prasarana yang tersedia ada,Jelebu memang lebih dari lain-lain daerah. Ese tak boleh ingek lai berapa banyak tempat perkelahan yang dinyatakan di papan tanda sepanjang jalan ke Kuala Klawang.

    Rembau ada kelebihan. Sebaliknya, mungkin faktor latar belakang semasa kecil dan usia,suasana persekitaran di Jelebu dan K.Pilah ada kelebihan yg tersendiri.

    Tuan, Kuala Kelawang umpama 'Little Padang' di Malaysia. Sesuatu yg tidak ada di daerah lain di N.Sembilan.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."