Rabu, 21 Disember 2011

segamat : sediakan tambak pasir sebelum hujan

                                           Pemandangan Di Sebuah Bank(susunan 6 kaki dari paras tanah)

Kecuali rentetan orang berkelahi mengenai kaedah pengurusan pasir di sebuah negeri tidak beberapa lama dahulu, umumnya sesiapa pun akan bersetuju bahawa pasir adalah sumber bumi yang sangat berguna kepada kelangsungan hidup manusia.

Hampir pasti bahawa tanpa pasir manusia akan menghadapi masalah besar. Mungkin ada yang berkata,"Kita ada  sumber kayu." 

Orang kebanyakkan tidak akan mampu membuat rumah daripada bahan kayu kerana harganya terlalu mahal. Lagi pun sumber kayu amat terhad . Benih kayu hampir pupus. Bumi telah dibogelkan dan disarungkan dengan pakaian sintetik yang dinamakan kelapa sawit dan  pokok getah. Sementara itu, banyak juga kawasan hutan berstatus elit yang mengandungi  jajaran meranti  atau chengal  telah diagih-agihkan. 

                                                                  Premis Perniagaan



Andainya masih ada lagi kawasan hutan belantara yang tersisa, kita juga tidak boleh menebang pokok  untuk membuat rumah dengan sewenang-wenangnya. Akan datang gerombolan aktivis pencinta alam yang mungkin  memijak kita hingga lunyai.     
   
Manusia memerlukan pasir untuk membuat banyak perkara - kolah wuduk di surau, pondok jaga ,pondok menunggu bas, tandas di perhentian bas (kebanyakkannya berbau busuk dan hanching), laluan ke estet (menggunakan laterite), tempat penjaja menjual hasil tanaman, tapak tempat penjaja berniaga nasi lemak  (peniaganya sentiasa tunduk malu), mendirikan rumah pangsa kos rendah,....Kebanyakkan orang-orang di kawasan ini warna kulit mereka  tidak begitu cerah kerana suhu di sini lebih panas dari tempat lain.

Manusia juga memerlukan pasir untuk menutup lubang sebesar bola golf dengan segera di Ukay Heights, menambak jalan yang tidak rosak di Damansara, membina perumahan mewah di kawasan lereng-lereng bukit -  terpencil dan 'privacy', mendirikan bangunan perniagaan (sebelumnya tempat tersebut 'kepunyaan' setinggan penjual lemang asli), mendirikan rumah kedai di luar bandar (dulunya ialah kawasan sawah padi), mendirikan kondomonium, mendirikan premis perniagaan 'hyper',........ Manusia jenis ini kulit mereka bersih dan cerah  kerana faktor genetik dan  suasana persekitaran yang kondusif dan nyaman. 

Begitulah hebatnya kuasa pasir. Sehubungan ini, betapa mustahaknya penggunaan pasir  akan dapat dibuktikan lagi jika kita berpeluang berada di kawasan-kawasan yang kerap dilanda banjir. Ketika ini peranan pasir mengatasi kehebatan CCTV yang menjadi kebanggaan peniaga untuk memantau keselamatan kawasan premis perniagaan mereka.

Walaupun banjir masih belum berlaku lagi di bandar ini (Segamat), didapati beberapa pemilik premis perniagaan telah membuat benteng yang diperbuat daripada  susunan pasir di dalam guni  di premis mereka.  Bersama-samalah kita berdoa semoga banjir besar yang membahayakan tidak berlaku bukan sahaja di sini tetapi juga di seluruh negara. Bukankah kita warga yang baik dan prihatin?

                                                  Pemandangan Di Premis Perniagaan
   

7 ulasan:

  1. Tuan Ujang,

    ...dan jangan kita menabur pasir dalam periuk nasi orang lain...ekekeke...

    BalasPadam
  2. Saudara Ujangkutik,

    Peniaga pasir yang 'opportunist' mingkin akan mengambil kesempatan untuk naikkan harga berikutan permintaan yang banyak dari orang ramai.

    Saudara olrascal,

    Isteri saya sering tabur pasir di periuk sendiri. Tapi yang ditaburnya gula pasir untuk buat air gula.

    hehehehe....

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. pembetulan sdr Ujang...,

    mudah-mudahan Banjir Besar yg melanda suatu masa lalu tidak berulang...Insyaallah...aaminnn

    BalasPadam
  5. Sdr theolrascal,

    Beginilah nasib Si Pasir. Dihina dan dipandang rendah walaupun menyenangkan manusia.

    Istana Pasir,Tabur Pasir Di Periuk Orang Lain,Makan Pasir....

    Apa kata selepas kita menang PRU 13 nanti, kita bawa usul melestarikan nasib Si Pasir.

    BalasPadam
  6. Sdr Pak Mail,

    Suatu ketika dahulu ramai peniaga @ setinggan orang kita yang berniaga lemang dan lain-lain barangan berhampiran Zoo Negara.

    Mereka pernah piket dan berkhemah apabila pemaju hendak membangunkan kawasan tersebut. Akhirnya,mengalah juga.

    Sekarang berdiri dengan megahnya bangunan rumah kedai yang hebat di atas tapak tanah tersebut. Tuan punyanya sekarang ialah "orang pandai niaga, berkulit bersih dan cerah".

    Nak salahkan siapa?Tak kan tanah sekomersial itu untuk dibuat berniaga lemang dan kayu api sahaja.Kita memang patut mengalah dan dikalahkan.

    BalasPadam
  7. Sdr azmnor,

    Bersama-samalah kita berdoa.

    Bagaimanapun,Ese rasa Jolobu dan Rombau tidak akan banjir walaupun hujan 7 hari 7 malam.Tompek kita tanahnya tinggi.Lagipun kita tak ada sungai yang bosar. Yang ada 'bondar'.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."