Sabtu, 3 Disember 2011

ini pasca pru ke-13

Orang kampung seluruh semananjung (tanah Melayu),Sabah dan Sarawak pun sudah maklum - beduk Pilihan Raya Ke-13 telah siap siaga untuk dipalu oleh YAB Perdana Menteri. Tidak beberapa lama lagi kita akan berbaris di pusat-pusat mengundi untuk menterjemahkan belang kita yang sebenarnya.

Sedemikian, saya berharap rakan-rakan blogger dan pengunjung tidak akan berkecil hati atau tersinggung dengan penampilan rmusim pilihan raya blog 'ujang kutik' dalam turut sama memeriahkan kedatangan PRU Ke-13 dengan  mengetengahkan beberapa blog yang mungkin tidak selari dengan pendirian rakan-rakan sekelian . 

Saya akan cuba mengetengahkan serta mengemaskinikan blog-blog dari berbagai kem, yaani kem BN,PR dan kem Bebas dalam 'Senarai Blog Saya'. 

Namun, tiada kekhilafan lagi bahawa sesuatu yang telah kita jadikan 'pendirian peribadi'(ini perkataan rakan blogger saya) perlu dihormati. Pendirian peribadi juga tidak akan mudah berubah. Natijahnya, info dari blog yang tidak selari dengan pendirian peribadi hampir pada tahap sifar boleh mengubah pendirian peribadi seseorang.

2 ulasan:

  1. Tuan Ujang,

    Kancah politik ni tadak sama dengan bidang2 lain ..ekeke..

    Buat ape yang Tuan suka pada blog Tuan ..ahahaha

    saya ..bersedia je..komen pun boleh tak komen pun tak mengape..ekeke.

    BalasPadam
  2. Sdr theolrascal,

    Tuan,

    Minta maaf saya 'on trial' penampilan blog ini-Back ground pelancongan.

    Kadang-kadang saya sendiri rasa ada entri saya yang syok sendiri.Bak kata tuan, buatlah apa yang kita suka dengan blog kita.

    Namun akan cuba sedaya upaya yang terbaik supaya pengunjung seperti tuan selesa membacanya.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."