Ahad, 4 Disember 2011

Si Pekak dan Si Buta

Apabila kita menjenguk blog-blog parti politik yang berbalah, kita akan rumuskan bahawa setiap individu penyokong di kedua belah pihak memiliki sekurang-kurangnya dua kecacatan, yaani cacat indera lihat (buta ) dan cacat indera dengar (pekak).

Sedemikian, apa sahaja yang dilihat dan didengar oleh pihak A ,tidak dilihat dan tidak didengar oleh pihak B ,dan begitulah juga sebaliknya.

Natijahnya, kita yang tidak buta dan tidak pekaklah yang boleh  menyelamatkan mereka,  lebih-lebih lagi diri dan keluarga kita sendiri. Bukankah begitu?

 

8 ulasan:

  1. Saudara Ujangkutik,

    Kita yang cuba 'selamatkan' mereka dikatakan pula pekak dan buta apabila terdapat sedikit kecenderungan pada pandangan pihak A atau pihak B.

    BalasPadam
  2. Sdr Pak Mail,

    Sebenarnya pendapat tuan itu sama dengan apa yang fikirkan tetapi tidak tertulis.

    Memang benar, apabila melibatkan pendirian politik, kebanyakkan orang jadi pekak dan buta.Itulah yang sebenarnya.

    BalasPadam
  3. yg tak seronoknya ada pemimpin politik yang bercakap seolah-olah nak "membutakan dan memekakkan" kita yang memilih mereka... jadi, kita yang nampak ni nilaikanlah mereka dari segi kerja dan sumbangan mereka.... kita yg memilih ni kan boss sebenar mereka....

    BalasPadam
  4. Sdr nitestalker,

    Tuan,

    (Sejak (lama dahulu) tuan menjenguk blog saya,saya telah cuba mengesan blog tuan tetapi tidak berjaya).

    Ya,banyak tindakan mereka bukan sahaja menyakitkan hati yang tidak pekak dan tidak buta tetapi juga menyakitkan hati,tidak patut, tidak diagih dengan adil kpd pengikut yang pekak dan buta.

    BalasPadam
  5. w/pun entri ini pedek, tapi mesejnya sarat dan jelas.

    masalahnya .. takut kita jadi spt apa yg mail katakan itu.

    BalasPadam
  6. Sdr al-lavendari,

    Mahu atau tidak seseorang itu akan memihak.Mungkin ketika itulah dia jadi buta dan pekak.

    Namun, dalam meihak ada neracanya.

    BalasPadam
  7. Tuan Ujang,

    Kejujuran dan keikhlasan pemimpin itu sebenar nye boleh merubah senario yang sedemikian. Faktor besar tuu..

    Dalam keadaan dan isu2 tertentu rakyat sebenarnye tidak tahu akan ape kebenaran yg hakiki.

    Lalu atas taksub terhadap pemimpin maka di buat andaian sendiri atas perkara yang suku kebenaran dan suku lagi di tokok tambah..lagi setengah tuhan saja yang tahu dan rakyat jadi berpecah belah akibat semua nye berasa mereka lebih benar dari mereka2 yang mereka tidak suka. .

    Bukan kah ini akibat dari pemimpin yang tidak jujur, memecah amanah,dan sebahagian nye demi kuasa telah mencipta atau memulakan sesuatu isu dan tuduhan dengan sengaja dan dilaungkan pulak sesuatu yg dia sendiri belum pasti kebenaran nye..hehe....political mileage .

    Tuan...meriah lah PRU13 kita nanti..

    Seboleh2 yg kita boleh buat, cari lah kebenaran itu dan menerima nye walaupun pahit untuk di telan..

    BalasPadam
  8. Sdr theolrascal,

    Idealnya sedemikianlah. Namun, neracanya sangat subjektif.

    Ada orang berkata,pelacuran adalah business tertua di dunia. Dapatkah kita katakan bahawa perbalahan/persengketaan wujud lebih lama sebelum berlaku onar pelacuran?

    'Pendirian Peribadi' saya masih:Memihak ada neracanya.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."