Khamis, 23 Februari 2012

jepun (4) - malaysia (0) : berpijaklah di bumi nyata

Ketika catatan ini ditulis saya dan rakan-rakan sekerja berkursus di Kuala Lumpur. Jadual kursus yang ketat tidak memungkinkan kami menyaksikan pertemuan Malaysia menentang Jepun dalam aksi kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil melalui siaran secara langsung di stesyen television sebentar tadi.

Sedemikian ada di antara rakan-rakan amat terkilan kerana tidak dapat menyaksikan perlawanan tersebut melalui siaran secara langsung di peti television.

Saya secara peribadi tidak terkilan sangat kerana menyedari keupayaan sebenar pasukan kita.Sebaliknya, saya akan lebih terkilan jika tidak dapat menyaksikan perlawanan antara Kelantan dengan Terenggganu dalam Liga Super Malaysia 2012. 

Jelas, sebilangan rakan-rakan yang mengharapkan 'miracle' berlaku, terpedaya dengan kata-kata dan harapan palsu yang ditabur oleh samada tokoh-tokoh sukan bolasepak tanah air, jurulatih atau media  yang tidak jujur dengan hakikat keupayaan pasukan Malaysia dalam saingan peringkat Asia. Masakan Malaysia dapat menyaingi pasukan bolasepak Jepun dalam tempoh terdekat ini! 

Kami cuma dapat menyaksikan babak-babak akhir perlawanan tersebut ketika pasukan Malaysia ketinggalan 0-4. Cuping telinga saya masih terngiang-ngiang mendengar susunan ungkapan nakal yang diucapkan oleh seorang pengulas sukan tetap stesyen television yang bermaksud lebih kurang : "Jangan turut bersorak ketika pasukan Malaysia meraih kemenangan, jika tidak sanggup bersama ketika Malaysia dikalahkan."

Bukannya saya tidak memiliki semangat patriotik. Akuilah dengan hati terbuka akan hakikat keupayaan sebenar pasukan kita. Berpijaklah di bumi nyata. Janganlah kita mengingau dan tertipu dengan senandung lunak yang kita sendiri mengetahui palsu atau tidak benar.

Deretan kalah dalam semua perlawanan kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia menunjukkan betapa lemahnya pasukan kita di peringkat saingan Asia. Pasukan Jepun bukannya lawan kita, Malaysia. Kita memerlukan suatu tempoh masa yang panjang untuk layak 'bermain' dengan legasi keturunan Kamamoto, pemain pasukan bolasepak Jepun yang digeruni dalam aksi Merdeka Cup beberapa dekad yang lalu.

Jangan halang penonton bolasepak Malaysia bersorak ketika kita menang. Jangan halang penonton Malaysia menunjukkan sikap protes kerana diaibkan dengan kekalahan demi kekalahan.

Sesungguhnya, penonton bolasepak Malaysia telah terlalu lama tidak dapat bersorak untuk meraikan kemenangan pasukan Malaysia di peringkat saingan Asia. Sedemikian, janganlah ada ugutan atau kata-kata sumbang yang tidak membenarkan penonton bersorak.

Pihak yang diberi mandat hendaklah berusaha sedaya upaya supaya penonton pada hari ini dapat bersorak kembali di peringkat  saingan Asia seperti yang dapat dilakukan oleh generasi era Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, James Wong, Hasan Sani dan ramai lagi suatu ketika dahulu.

Ini harapan rakyat. Ini juga KPI kepada pihak yang diberi mandat untuk memartabatkan pasukan bolasepak Malaysia.

    


6 ulasan:

  1. Salam Saudara Ujang,

    Itulah kenyataannya...belum sampai lagi tahap kita untuk menyaingi Jepun yg telah masuk taraf dunia.

    KPI Itulah yg perlu dicapai oleh mereka yang telah diberitanggungjawab....byk yg perlu dilakukan....

    Liga Super pun masih lagi dihantui oleh bookies ... dan ranjau rasuah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Azmnor,

      Waalaikom Salam,

      Satu ketika dahulu kita sama 'klas' dengan Korea. Malah kita hebat sedikit dari Jepun.

      Ramai di antara kita mungkin masih ingat jaringan klasik one two antara striker dari Sabah, James Wong dan Hasan Sani mengalahkan Korea (dalam kelayakan Olimpik atau Piala Merdeka).

      Kenapa Jepun dan Korea telah meninggalkan kita begitu jauh?

      Mungkinkah di antara faktornya kerana orang muda etnik Cina tidak minat lagi dalam sukan bolasepak?

      Chow Chee Keong, Wong Chun Wah, Wong Kam Fook, Soh Chin Aun,James Wong antara nama besar pemain etnik Cina.

      Kalau kita peramati, senario ini juga berlaku dalam pasukan bolasepak Singapura. Hampir tiada pemain Tionghwa.

      Padam
    2. Saudara Ujangkutik,

      Minta maaf. Mencelah sedikit. Saya bukanlah peminat tegar sukan bolasepak. Tetapi, secara amnya saya ikuti juga perkembangan sukan tanahair Malaysia.

      Saya kira terlalu banyak politiking dan kepentingan peribadi, gila jawatan penting dan pelbagai protokol. Jawatan Presiden seumur hidup umpamanya dari pihak istana yang kadang2 membuat orang biasa merasa kekok dan takut untuk bersuara dalam satu2 isu yang ditimbulkan. Apatah lagi suara2 dari pemain diedit atau kadang kala tidak dibenarkan sama sekali. Perkara seperti inilah yang membuat para atlit negara merasa 'kaku', justeru membuat prestasi mereka 'stagnant'.

      Lihatlah apa yang berlaku di dalam KOAM baru2 ini. Konflik, permasalahan demi permasalahan timbul yang melibatkan pentadbiran atasan.

      Semua ini berkait rapat dengan para atlit negara yang membuatkan prestasi mereka tidak maju.

      Allahu'alam

      Padam
  2. Sdr Pak Mail,

    Ada kemajuan dalam pendekatan pengurusan bolasepak tanah air mutakhir ini.

    Pengurus, jurulatih dan pemain yang tidak perform pada tahap selayaknya akan dipecat/gugurkan. Baru-baru Butler, ketua jurulatih Kelantan. Sesi 2011 - Wan Jamak, Azraai Khor, K.Devan, pemain import Kelantan dari Lebanon (digugurkan) dan beberapa orang lagi.

    Sayangnya, senario itu tidak berlaku di kalangan top management FAM. Walaupun Malaysia kalah dan tidak kemana, mereka tidak meletakkan jawatan stecara professional.

    Untuk berlaku adil, adil sedikit kemajuan dalam perkembangan mutakhir bolasepak tanah air.

    Bagaimanapun, mungkin kita yang telah terbiasa dengan gah kegemilangan pasukan bolasepak Malaysia suatu ketika dahulu, masih berpendapat 'sedikit kemajuan' yang dicapai masih tidak memadai kerana suatu ketika dahulu Malaysia dalam kelas yang sama dengan gergasi bolasepak Asia, iaitu Korea dan Jepun.

    Pendeknya, sehebat mana pun pencapaian kita di peringkat Asia Tenggara, masih tidak mencukupi selagi masih belum dapat menyaingi Korea dan Jepun.

    Dikatakan Jepun menggunakan kaedah amalan diet di kalangan penduduknya. Itulah sebabnya susuk tubuh pemain Jepun sekarang lebih besar dari pemain Jepun yang kerapkali kita kalahkan suatu ketika dahulu.

    Memang betul,kelab-kelab terkemuka tidak ragu menggugurkan pegawai/pemain yang tidak perform. Mungkin pendekatan ini tidak ada pada kita.

    BalasPadam
  3. Tuan Ujang,

    hari tu ..kita betul jadi '' sushi '' pada pasukan jepun ye...

    BalasPadam
  4. Sdr theolrascal,

    Lauk dengan ulam sekali......

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."