Rabu, 29 Februari 2012

teman menangis


Kata pujangga, " Kita mungkin akan melupakan orang yang pernah tertawa dengan kita, tetapi tidak mungkin melupakan orang yang menangis dengan kita."

Spesis hamba-hamba Allah ini pada kebiasaannya menghuni banglo-banglo mewah atau kondominium-kondominium di kawasan perumahan elit. Atau sekurang-kurangnya rumah teres RM350,000 ke atas.

Tuan-tuan mereka biasanya YB Menteri, ahli korporat, doktor pakar atau sekurang-kurangnya pegawai kerajaan Gred 54. Sedikit golongan sedang-sedang - pegawai kerajaan gred 44, guru, eksekutif rendah swasta atau pegawai polis. Amat sedikit di kalangan kerani atau juruteknik. Hampir tiada di kalangan buruh kasar yang mendiami kuarters satu bilik atau rumah setinggan.

Sekali haiwan kesayangan tersebut batuk, tuan-tuan mereka akan segera membawa ke klinik veterinar. Mungkin dengan menaiki 'merc', BMW atau paling kurang versi Honda. Sekali rawatan mencecah ratusan RM.      

Bagaimanapun, catur kehidupan berbagai versinya. Seorang gadis jelita mungkin tidak menemui jodoh sepanjang hidupnya. Seorang graduan mungkin bertuankan taukeh yang tidak tamat darjah enam.

Begitulah nasib hamba-hamba Allah ini - terkurung menunggu kedatangan bakal tuan-tuan mereka di sebuah kedai haiwan. Andainya bernasib baik, adalah tuan-tuan yang akan datang menjemput. Andai sebaliknya, terkurunglah hamba-hamba Allah itu di situ selama-lamanya - terkurung dan diperdagangkan.

Kehidupan ini umpama air pasang surut, tiada siapa yang dapat menahannya. Ini 'real kehidupan', bukan suatu kekejaman. Atau, kejam itu teramat subjektif takrif dan jurainya.

  

6 ulasan:

  1. Salam Saudara Ujang..,

    Memang kehidupan ini telah tersurat bagitu namun bagitu berserah saja tanpa merancangnya adalah satu kesilapan.... namun bagitu kita kena akur dengan ketetapanNYA kerana perancangan NYA itu adalah yg terbaik buat kita di Dunia dan Akhirat nanti...Allahua`lam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr azmnor,
      Waalaikomsalam,

      Saya teringat kepada satu ungkapan yang mungkin boleh dikaitkan,
      "Tidak kira apa jadi pada sesebuah perniagaan, ramai yang kata mereka tahu sebabnya tetapi perniagaan tersebut tetap menemui kegagalan."

      Setelah berusaha, kita tawakal. Bersyukur di atas anugerah kejayaan. Sebaliknya, sabar ke atas ujian kegagalan. Siapalah kita.

      Padam
  2. Saudara Ujangkutik,

    Saya juga sependapat dengan saudara Azmnor. Manusia merancang dan laksanakan perancangan tersebut dengan tekun. Allah jua yang tentukan.

    Saya teringat suatu contoh yang diberi oleh guru agama saya yang mengatakan bahawa sekiranya seseorang itu menanam sesuatu tanaman. Lalu dibaja dan disiram secukupnya. Namun sekiranya Allah swt berkehendaki bahawa tanaman itu mati, ia akan mati.

    Dalam erti kata lain kita berusaha, Allah tentukan segalanya.

    Allahu'alam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Pak Mail,

      Rancang, laksana,tawakal dan redha dengan ketentuanNya.

      Dalam 'real kehidupan', seseorang itu akan mengalami berbagai dugaan. Mungkin akan berlaku sesuatu yang pada akal manusia tidak sepatutnya berlaku. Kerap juga berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini disebabkan oleh pihak lain;tamak, gelojoh, eksploitasi,cuai, ganas dan sebagainya.

      Di dalam keadaan yang lemah dan tidak berdaya seseorang yang diuji dengan masalah dan 'ketidakadilan' ada yang berputus asa.

      Secara kebetulan kutbah Jumaat di Masjid ATM (Kem Pasifik) hari ini mengenai permasalahan ini.

      Diantara kutbah yang disampaikan oleh Katib berbunyi. "Dampingi Allah ketika senang dan susah. Insya Allah, kita akan diberi kekuatan untuk menghadapi sebarang permasalahan dalam hidup." .

      Wallahua'lam.

      Padam
  3. setidak-tidaknya hari ini mereka bernasib baik berbanding hewan lain yang bergelandangan di tepi jalan...!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr IM,

      Ya,hamba-hamba Allah tersebut kurang sedikit bernasib baik tetapi lebih beruntung dari haiwan-haiwan lain yang bergelandangan di tepi jalan.

      Namun demikian, akhbar Sinar (Edisi Tengah) semalam 9/4/2012,memaparkan betapa sebilangan hamba-hamba Allah yang sangat prihatin memberi makan kucing-kucing terbiar pada tiap-tiap hari pada waktu malam.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."