Selasa, 6 Mac 2012

waris abdullah munsyi

Wahai waris Abdullah Munsyi,
tulislah;
hebatnya Melayu millinium,
yang tertangguh dicatat,
oleh moyang kalian,
lebih dua abad yang lalu.

Tulislah;
Melayu tidak lagi berniaga di warung,
Melayu tidak lagi jadi jaga,
Melayu tidak lagi bekerja atendan pam minyak,
Melayu tidak lagi menjadi buruh binaan,
Melayu tidak lagi berniaga di pasar malam,
Melayu tidak lagi bekerja operator pengeluaran,
Melayu tidak lagi bekerja di Seven Eleven.

Tulislah;
kerja-kerja hina dina itu,
di bumi langit terbuka ini,
telah diserahmilikan kepada:
bangla,
indon,
tibet,
myanmar,
vietnam.

Kalau ada orang bertanya,
Melayu di mana?
katakan;
kami  cuma waris,
seorang penulis catatan,
yang tidak ada kepentingan dan perasaan.
   

8 ulasan:

  1. Ujang kutik,

    Saya betul2 suka entri ini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      Gelombang pertama yang diangkut penjajah Inggeris memaksa kita berkongsi telaga. Gelombang yang ini merenggut segala sisa-sisa yang ada di tangan kita.

      We're dying.

      Padam
    2. Saudara Ujang ,
      suatu keadaan yang teramat tidak kondusif buat bangsa kita yg tercinta ini....pasti ada agenda musuh disebalik keadaan ini..Allahu`lam

      Padam
    3. Sdr azmnor,

      Memang tidak kondusif.Cuma mungkin Melayu boleh bertahan kerana ramai yang bekerja dengan kerajaan.

      Padam
  2. Terbaekkkkkkkkkkkkkkkkk dari UJANG KUTIK,,,,, melayu ada yg duduk kodai kompot hisap dadah hahhahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pak Oncu,

      Kompot dah mati. Agak-agak Pak Ya Cendol tu paling kurang 70 tahun umurnya.

      Den cadangkan Pak Oncu lawat blog sahabat blogger 'SANTAI'(cuba cari dalam 'Senarai Blog' saya). Cuba dengar duet Orang Negeri Sembilan/Orang Kelantan ) dalam lagu 'Lamo Tak Jumpo'.

      Lain kali kalau lawan NS/Kelantan, elok perdengarkan lagu itu.

      Padam
    2. Saudara Ujang,

      macam BEST cadangan tu....mmmmmmm

      Padam
    3. Sdr azmnor,

      Bilo dongar lagu ni kurang stress sikit masa lawan Kelantan....

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."