Dalam filem retro barat, kenderaan buruk sekukuh kereta kebal ini digunakan untuk membawa soldadu. Sebaliknya, di bumi Cameron Highland yang subur dan dingin, kenderaan ini digunakan untuk kerja-kerja di ladang – membawa peralatan ladang, memabawa baja dan racun atau membawa keluar hasil kebun untuk dipasarkan kepada orang ramai.
Inilah situasi yang menarik perhatian saya ketika bercuti bersama keluarga di Cameron Hinghland pada 6 hingga 8 Februari 2012 yang lalu. Kenderaan tersebut, yaani jeep-jeep Land Rover buruk kelihatan di mana-mana; di bandar, jalan-jalan besar, laluan di perkebunan sayur dan bunga, atau sekadar diletakkan di pinggir perkebunan kerana tuan punyanya sedang berkebun, atau ditinggalkan terbiar di kiri kanan laluan perkebunan kerana tidak ekonomik lagi untuk diperbaiki.
Jelas sekali jeep Land Rover versi lama yang tidak dikeluarkan lagi oleh syarikat pengeluar ini tahan lasak @ heavy duty dan ada ‘gah’ yang tersendiri. Bagaimanapun, urutan ke atas kekerapan pertukaran pemilik, menunjukkan bahawa pengurusan Land Rover sangat mencabar. Apabila sesuatu syarikat tidak dapat bertahan, baton pemilikan (owners) terpaksa diserahkan kepada pihak lain.
Deretan syarikat-syarikat besar yang pernah menjadi pemilik Land Rover adalah; 1948-1967(Rover Company), 1967-1968(Leyland Motor Corporation), 1968-1096(British Leyland Motor), 1986-1988(Rover Group), 1988-1994(British Aerospace), 1994-2000(BMW), 2000-2008(Ford Motor Company) dan 2008-sekarang (Tata Motors).
Walaupun Land Rover masih berpengkalan di JLR Gaydon Centre, Gaydon, United Kingdom, gah masa lampau orang barat atau khususnya Inggeris telah diambilalih oleh suatu kuasa yang ada kaitan dengan benua kecil India, yaani Tata Motors.
Jeep lama Land Rover di Cameron Highland adalah secebis peninggalan sisa-sisa keunggulan produk England yang pernah dikagumi suatu ketika dahulu – berprestij, menarik, umur hayat yang lama (atau lambat rosak) dan berkualiti. Generasi hari ini tidak mengetahui fakta ini.
Ujang Kutik,
BalasPadamSaya memang berminat sangat dengan Land Rover ni..
Pernah cadang nak beli satu yang second hand macam land rover polis tu tapi mengenang kos2 maintenance tambah lagi saya tidak begitu handy pada enjin...maka keinginan tu berlalu saja laa..
Sdr theolrascal,
BalasPadamTuan,
Minta maaf kerana saya terlepas pandang ulasan tuan dalam kotak spam.Bagaimanapun, satu tidak dapat diselamatkan (BOH Tea Office di Ampang) kerana tersilap click.
Dulu memang ada office BOH Tea di Ampang.Sekarang tapak bekas tapak pejabat BOH Tea didirikan Stesen LRT Ampang. Pusat operasi Ampang pindah ke Banting. Isteri sahabat saya yang bekerja di BOH Tea Ampang turut pindah ke Banting - Tiap-tiap hari berulang dari Ampang ke Banting. Seronoknya dia bekerja dengan BOH, selepas bersara sambung kontrak 2 tahun.
Suatu waktu dahulu saya juga kerap menaiki Land Rover ketika tugasan di ladang. Walaupun tahan lasak tetapi penumpang kurang selesa kerana absorbernya keras.Sakit punggung.
Saudara Ujangkutik,
BalasPadamSewaktu saya sedang berkhidmat di kapal hidrografi (1980/81)ia itu KD Perantau, kapal ini memiliki sebuah kenderaan dipanggil 'Mini Moke' dari jenis Morris (kalau tak silap). Ianya memang amat lasak.
Sewaktu zaman ini tidak banyak 4 wheel drive selain Landrover. Mungkin Pajero dah ada agaknya.
Sdr Pak Mail,
BalasPadamOrang terdahulu termasuk saya amat dekat dengan objek yang dinamakan Land Rover ini (versi lama). Ianya sudah melekat dalam hati dan menjadi nostalgia.