JALAN KECIL MEMASUKI KAWASAN MASJID |
Tarikh : 21 Februari 2015 ( Sabtu Malam Ahad)
Lokasi : Masjid Jemaah Tabligh, Seri Petaling
Waktu : 5.45 petang hingga 9.40 malam
Ini adalah kali pertama saya ke Masjid Jemaah Tabligh, Seri Petaling pada tahun ini ( 2015 ). Tahun-tahun sebelumnya saya pernah ke masjid yang letaknya lebih kurang 7 kilometer dari rumah tetapi tidaklah selalu.
Saya pernah menulis satu atau dua catatan mengenai pengalaman berada di masjid ini. Semoga catatan kali ini tidak memaparkan cerita-cerita yang sama.
Masjid Seri Petaling yang terletak di tengah-tengah pusat komersial yang tentunya milik (pusat komersial) bukan Islam khususnya etnik Cina dan tidak jauh dari Stadium Nasional Bukit Jalil adalah masjid yang dikaitkan dengan Jemaah Tabligh Malaysia. Itulah ' statement ' umum yang difahami oleh masyarakat Lembah Kelang.
Masjid Seri Petaling @ Jemaah Tabligh ini menjadi tumpuan ahli Jemaah itu khususnya pada hari Sabtu malam Ahad.
Masjid ini sebenarnya hidup 24 jam. Ianya diimarahkan samada sebagai pusat transit oleh kumpulan-kumpulan Jemaah Tabligh yang hendak keluar berdakwah dan juga balik dari berdakwah, pelajar-pelajar tahfiz yang berpusat di masjid ini, golongan pengembara dan individu tempatan yang hendak mendekatkan diri dengan Allah secara sendirian.
Sepanjang saya mengunjungi masjid ini, saya tidak pernah melihat tokoh-tokoh atau ulamak besar tanah air dijemput menyampaikan ceramah di sini.
Pihak Jemaah Tabligh mungkin tidak memerlukan tokoh atau tenaga pengajar dari luar kerana mereka ada kekuatan sendiri. Mereka mempunyai alim ulamak atau tenaga pengajar sendiri yang kebanyakkannya diimpot dari India.
Tokoh-tokoh Jemaah Tabligh dari luar khususnya dari India menyampaikan tazkirah dalam Bahasa Urdu/Hindi/Tamil diterjemahkan ke Bahasa Melayu dengan lancarnya oleh anak Melayu.
Saya meminta maaf kepada Jemaah Tabligh kerana menggunakan istilah tazkirah disebabkan saya tidak mengetahui terma khusus yang digunakan oleh mereka. Saya ada juga mendengar istilah seperti ' Bayan 'yang kalau tidak silap saya adalah sesi tazkirah.
Saya memahami bahawa kuliah agama adalah sesi yang bersifat akademik dengan merujuk kepada kitab-kitab tertentu. Tazkirah pula adalah sesi yang agak ringan yang menjurus kepada peringatan, fadilat amalan dan tauladan dalam usaha seseorang hamba Allah mengabdikan dan mendekatkan diri kepada Allah. Saya meminta maaf jika kaedah pemahaman istilah saya kurang tepat.
Hampir 95 peratus ahli Jemaah Tabligh dianggotai oleh anak-anak muda Melayu dan India Muslim. Golongan berusia tidak banyak menyertai kumpulan itu.
Ahli Jemaah Tabligh memakai pakaian jenis kurta berwarna putih, iaitu pakaian yang biasa dipakai oleh saudara India Muslim kita. Cuma seorang dua sahaja yang memakai kain pelikat dan baju Melayu. Mereka mungkin orang awam yang hendak mengalami suasana beribadat di kalangan ahli Jemaah Tabligh. Saya melihat pakaian sedemikian ( baju Melayu) agak janggal sedikit dan tidak ' match ' dengan suasana.

Di tengah-tengah gelombang manusia yang hendak mendekatkan diri dengan Allah itu saya terlihat beberapa orang anak muda muda Melayu yang agak berani dan yakin menggayakan pakaian ala-ala tokoh pengembara Islam silam seperti Ibn Battuta yang pernah kita lihat dalam buku-buku lama tokoh-tokoh agama.
Mereka memakai pakaian kurta kusam dengan kaki seluar yang singkat ( bawah sedikit dari lutut), memakai serban cara Jemaah Tabligh dan menyandang beg sandang.
Mengikut pengamatan zahir, ahli Jemaah Tabligh sangat susah mengucapkan salam di kalangan sesama mereka dan lebih-lebih lagi jemaah yang bukan dari kalangan golongan itu. Sebagai generasi berusia saya mengalami sikap sedemikian.
Mereka juga tidak bersalaman dengan jemaah lain apabila selesai menunaikan solat secara berjumaah. Amalan ini agak janggal dengan budaya masyarakat Islam di negara ini.
Atau, adakah budaya bersalaman sesama jemaah masjid adalah budaya masyarakat Melayu Malaysia sahaja dan bukannya amalan masyarakat Islam di tempat lain?
Atau, adakah budaya bersalaman sesama jemaah masjid adalah budaya masyarakat Melayu Malaysia sahaja dan bukannya amalan masyarakat Islam di tempat lain?
Secara kebetulan, salah seorang jemaah di masjid saya ialah ahli senior Jemaah Tabligh. Suatu ketika dahulu saya selalu juga melihat dia mengepalai kumpulannya berkumpul sesama semdiri selepas selesai solat di masjid. Bagaimanapun, aktiviti itu tidak lagi dilakukannya.
Saya tidak pernah melihat dia tersenyum dan bersalaman dengan jemaah di kiri dan kanannya setelah usai solat berjumaah. Usai solat dia terus membawa diri untuk menyendiri.
Melalui pemerhatian pada hari-hari sebelum ini, saya melihat ahli Jemaah Tabligh keturunan India lebih terkehadapan dalam melaksanakan pengisian beribadat di rumah Allah. Mereka lebih menonjol melakukan solat sunat, berzikir, membaca Quran dan mendirikan malam berbanding ahli Jemaah Tabligh di kalangan orang Melayu.
Agak malang, ada segelintir ahli Jemaah Tabligh yang sanggup bersusah payah menghadiri perjumpaan mingguan di masjid ini tetapi seolah-olah datang untuk tidur, bersenang-senangan dan bermalas-malasan di masjid ini.
Bagaimanapun, kita jangan terlalu emosi dan terlalu mencari-cari kelemahan individu yang menyertai kumpulan Jemaah Tabligh dengan isu-isu remeh seperti yang dinyatakan. Majoriti mereka yang bersama dengan Jemaah Tabligh ialah anak-anak muda. Sekalipun ada segelintir yang banyak tidur dari beribadat apabila datang ke sini, mereka jauh lebih baik dari anak-anak muda yang terkinja-kinja menyaksikan konsert atau perlawanan bolasepak di Stadium Nasional Bukit Jalil yang terletak di kejiranan Masjid Jemaah Tabligh ini.
Sebagai bukan ahli Jemaah Tabligh, saya tidak mendapat jawapan yang jelas mengapa masjid ini menjadi tumpuan ribuan ahli Jemaah Tabligh dan juga di kalangan orang awam pada hujung minggu.
Penceramah yang menyampaikan ceramah/tazkirah mungkin mereka yang sangat alim. Bagaimanapun, ilmu yang disampaikan perlu diterjemahkan terlebih dahulu ke Bahasa Melayu oleh orang lain untuk difahami oleh Jemaah tempatan. Keadaan ini tentulah sebanyak sedikit mengganggu penerimaan hadirin dan menjadi kurang menarik.
Tentu ada lain-lain factor atau Faktor X yang kita orang luar tidak ketahui mengapa masjid ini dibanjiri oleh kumpulan itu dan orang luar.
Saya catatkan pengalaman saya sepanjang berada di tengah lautan ahli Jemaah Tabligh pada 21/2/15 dari jam 5.45 petang hingga 9.40 malam di Masjid Jemaah Tabligh, Seri Petaling:
5.45 Petang :
Ahli Jemaah Tabligh belum banyak lagi kelihatan di luar masjid. Saya singgah di salah sebuah warung makanan dan makan nasi kari kambing - Nasi Kari Kambing + Minuman = RM7.00. Selesai makan saya ' window shopping ' di kedai/gerai yang banyak di sekitar kawasan masjid.
6.00 Petang :
Saya masuk ke dalam bangunan masjid dua tingkat. Di tingkat sebelah bawah terdapat tiga buah dewan solat. Dua buah dewan solat dijadikan tempat ahli Jemaah Tabligh menempatkan beg dan juga tempat untuk bermalam. Dewan solat utama yang terletak di bahagian tengah antara dua dewan tersebut dijadikan dewan solat dan perhimpunan.
Ketika saya memasuki dewan solat utama saya mendapati majlis tazkirah sedang berlangsung. Majlis itu berakhir ketika masuk waktu solat maghrib.
Waktu Solat Maghrib ( 7.45 malam - 8.15 malam)
Solat fardhu maghrib ditunaikan lebih kurang jam 7.45 malam. Solat diimamkan oleh seorang imam muda keturunan Melayu. Imam mengusaikan tugasnya sebagai imam untuk solat fardhu Maghrib dengan memimpin wirid dan doa ringkas.
Usai solat jemaah bersurai sebentar.
Tazkirah Ke-2 ( 8.15 malam - 9.40 malam):
Jemaah Tabligh berhimpun semula untuk mendengar tazkirah seterusnya. Tazkirah disampaikan oleh tokoh Jemaah Tabligh keturunan India dalam Bahasa Hindi atau Urdu ( saya tidak pasti) dan diterjemahkan oleh seorang anak muda berketurunan Melayu.
Tazkirah berakhir pada jam lebih kurang 9. 30 malam. Ianya disusul dengan acara wajib seterusnya mendaftarkan ahli-ahli Jemaah Tabligh yang secara sukarela hendak keluar berdakwah dalam tempoh-tempoh tertentu.
Sambutan sangat menggalakkan dengan cara mengangkat tangan dan memberi nama masing-masing.
9.40 malam :
Menunaikan solat fardhu Isyak. Bacaan wirid dan doa selepas solat juga pendek (rengkas).
Pihak yang bertanggungjawab memaklumkan bahawa ada lagi satu sesi selepas selesai solat fardhu Isyak. Bagaimanapun, saya tidak dapat mengikutinya. Saya tidak bermalam di masjid Jemaah Tabligh, Seri Petaling pada kali ini kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Ulasan :
Mungkin pada pendapat golongan yang bukan ahli Jemaah Tabligh, tiada yang istimewanya perhimpunan mingguan di Masjid Jemaah Tabligh itu. Penceramahnya adalah penceramah yang tidak terkenal. Justeru itu, pesona ceramah tentulah tidak dapat diserap sepenuhnya kerana halangan bahasa yang perlu diterjemahkan.
Begitulah juga tajuk ceramah atau mungkin lebih tepat saya ungkapkan ' tazkirah ' adalah berkisar pada tajuk-tajuk biasa yang diulang-ulang.
Kita ' orang luar ' mungkin berbangga dengan sambutan hadirin melalui majlis-majlis keagamaan berkala seperti Ya Nana Nana atau majlis dihoskan oleh Ustaz Selebriti di masjid atau lapangan terbuka yang dihadiri oleh ribuan penonton. Namun, sayangnya selepas majlis selesai masjid dan surau kita kembali seperti biasa. Lengang.
Sebaliknya, gelombang hamba Allah yang mengunjungi Masjid Jemaah Tabligh tidak pernah reda.
Apakah faktor X yang tidak didedahkan sehingga tidak diketahui oleh orang luar membuatkan kumpulan Jemaah Tabligh begitu ampuh bertapak, berkembang dan istiqamah? Apakah faktor X itu yang berjaya menarik ribuan manusia mengimarahkan Masjid Jemaah Tabligh, Seri Petaling saban masa dan minggu ? Apakah faktor X yang tidak terkejar oleh pencaci kumpulan Jemaah Tabligh itu?

Assalamualaikum sdr UK,
BalasPadamSelamat bertemu lagi di gerbang maya ini, saya pun sudah sekian lama tidak menjejakkan kaki di Masjid Jemaah Tabligh ini hampir 10 tahun...
Dulu sewaktu muda belia saya pernah aktif dalam kumpulan ini dan pernah keluar beberapa kali ke seluruh Malaysia... mungkin mempunyai beberapa kelemahan tetapi kelemahan itu bukanlah pada usaha dakwahnya tapi kelemahan pada kekurangan individu dalam berbagai aspek rohani dan jasmani yang berusaha untuk menjadikan dirinya lebih baik dalam mengenali diri dan siapa penciptanya.... waullahua`lam.
Waalaikomsalam Sdr azmnor,
PadamSaya ada juga niat hendak mengikut kumpulan Jemaah Tabligh keluar. Insya Allah pada suatu masa nanti.
Benar, di mana mana pun, kitalah yg menentu arah dan kualiti peribadi dan jangan salahkan pihak lain.
Kawan saya duduk berdekatan dgn masjid ni...cukup berjalan kaki tak sampai 5 minit..pernah singgah tanpa mengetahui ahli jemaah kebanyakan ahli tabligh...tp apa dirasa sebagai seorang wanita..rasa tak selesa dan tak mesra untuk jemaah wanita..khasnya wanita yg tak berdaya naik tangga
BalasPadamTanpa Nama,
PadamBenar, saya tidak pernah lihat golongan wanita di masjid ini.
Saya terlepas pandang memuatkan perkara ini dalam catatan saya.
Saudara Ujang kutik,
BalasPadamBila berada di masjid ini terasa sedikit kelaianan. Dari aspek suasana, persekitaran, 'budaya pakaian' serta juga 'budaya amalan' berbanding masjid-masjid yang biasa saya kunjungi. Namun segala itu memerlukan kefahaman. Mungkin orang yang tidak pernah bergaul, berkawan dengan Jemaah-Jemaah talbligh ini akan keliru. Saya mempunyai ramai kawan atau kenalan yang masih bergerak aktif dalam Jemaah ini. Saat bersama mereka saya merasa amat senang.
Itu adalah sedikit pandangan saya...
Sdr Pak Mail,
PadamMemang ada kelainan. Unsur itu menyebabkan saya masih belum mesra dgn persekitaran walaupun telah beberapa kali ke sini.
wassalamu alaykum bapak Ujang Kutik.
BalasPadamterima kasih atas isi blognya yang sangat inspiratif. thanks lot for your blog. (tarimo kasih banyak )
inshaa Allah any time I will visit to masjiid srr petalling.
budi
jakarta
wassalamu alaykum bapak Ujang ,
BalasPadamisi blognya sangat menarik. tarimo kasih banyak yo. Insya Alllah next time will visit to masojik sri petalling.
Bismillahirrahmanirrahim
BalasPadamSaya bukanlah seorang yang alim tetapi saya ingin memberinpendapat yang mungkin salah
1.bayan ialah sebuah ceramah yang penuh nasihat yang berbeza dengan kuliah yang menekankan kitab tertentu.
2.setahu saya,jemaah tabligh terutama di sri petaling selalunya memberi salam dan ramah.
Jika saya salah. Betulkan saya
Sdr Amirul,
BalasPadamTerima kasih kerana pencerahan. Catatan itu adalah pengalaman sebenar. Saya ikhlas dan tidak berniat lain.
Sdr Amirul,
BalasPadamTerima kasih kerana pencerahan. Catatan itu adalah pengalaman sebenar. Saya ikhlas dan tidak berniat lain.
Saya setuju sangat dengan kenyataan sdr. "Mengikut pengamatan zahir, ahli Jemaah Tabligh sangat susah mengucapkan salam di kalangan sesama mereka dan lebih-lebih lagi jemaah yang bukan dari kalangan golongan itu. Sebagai generasi berusia saya mengalami sikap sedemikian.
BalasPadamMereka juga tidak bersalaman dengan jemaah lain apabila selesai menunaikan solat secara berjumaah. Amalan ini agak janggal dengan budaya masyarakat Islam di negara ini." Kenapa hah? 10 tahun berjiran pun tak pernah berkenal sapa...misteri.
Seperti yg sdr cakap aanggota Tabligh ni lepas solat cabut. Lebih 10 tahun berjiran pun tak kenal mesra. Kalau tinggal dlm satu taman tak bercampur gaul dan tiada silaturrahim dgn jiran. Buat hal sendiri je. Itu ke akhlak yg dituntut oleh Islam?
BalasPadamLah, ayah sy tabligh selalu je campur jiran tolong rewang sanasini, berziarah jiran sakit berulang kali.. di jemaah mmg ajar rapatkan silaturahim, ahli2nya je kot ada yg kuat nak buat ada yg tak..wallahualam..
Padamsy kebetulan berada di masjid ini utk solat maghrib pada ahad malam. keadaan jemaah tidak begitu ramai tapi masih ramai berbanding kebanyakan masjid lain. masih ada bayan selepas maghrib. ramai jemaah memandang kami dgn tersenyum & ada yg memberi salam. ada yg membantu menunjuk arah utk tempat jemaah wanita.
BalasPadamsy kira tempat ini menjadi tumpuan kerana kelengkapan bilik mandi, tandas & ruang tidur yg luas. sebeblum ini markas JT ialah di Masjid India yg lebih kecil & sempit. Jadi, peralihan ke masdjis SP ini amat sesuai buat mereka.
Berkenaan salam selepas solat fardhu jemaah, ia bukanlah satu yg dituntut sebagai sunnah dalam Islam. Ini hanyalah adat melayu saja. Tuntutan bersalaman dalam islam (sunnah) ialah bersalaman ketika bertemu & ketika berpisah. Oleh kerana itu, tak perlu bersalaman selepas solat kerana kita bukan berpisah lagi ketika itu. ramai jemaah menyambung wirid atau solat sunat. tambahan pula jika ada pula acara tazkirah atau kuliah selepas itu. Bersalaman boleh saja dibuat ketika meninggalkan masjid. Oleh itu jangan merasa pelik jika sesuatu masjid itu (juga di luar negara) tidak melakukan acara bersalaman selepas solat.
+ajay Tak bersalam lepas solat tak salah apa-apa. Cuma menjadi pelik bila tidak ada silaturrahim dalam kariah kalau lepas solat angkat punggung cabut.
BalasPadamAs salam..jika,nk bermalam tuk berlajar agama kat masjid ni tp x nak ikut tabligh boleh ke..sekadar nak isi ruang cuti semesta saya boleh ke...
BalasPadamBoleh. Saya pon begitu.
PadamBoleh. Saya pon begitu.
PadamAssalamualaikum, artikel yg bagus.
BalasPadamSaya belum pernah ke masjid ini dan belum pernah pun keluar 3 hari bersama jemaah tabligh, namun pergerakan jemaah tabligh ini saya telah jumpa di kebanyakan masjid dan surau. Usaha dakwah yg mereka lakukan ini sangat perlu kita sokong, paling tidak pun kita berikan masa untuk bersama2 mereka dalam majlis ilmu yg mereka anjurkan.
Kerana usaha yg mereka lakukan ini bukan sesuatu yang mudah. Seperti pekerjaan yg kita lakukan seharian, mereka juga mempunyai target, bukan hanya untuk umat islam di Malaysia, malah di seluruh dunia.
InshaaAllah, saya juga berazam untuk mengikuti jemaah keluar 3 hari dan belajar akan datang kerana tanggungjawab sebagai umat Islam.
Jika anda berjumpa dengan golongan tabligh ini, jangan malu dan segan untuk bertanya, mereka ini ramah dan tak ada masalah untuk berkongsi pendapat. InshaaAllah, anda akan bertemu jawapan yg mungkin selalu berlegar di fikiran.
Saya kurang tertarik sbb tujuan gerakan ni yg agak sempit. Kalau bayan tu saja lah kitab Fadael Amal.Kadang2 tertanya ini je ke ilmu mereka. Ketaksuban melampau pd gerakan ini dan kitab ini menjengkelkan. Kebersihan ahli jemaah juga tidak ditekankan sehingga nampak selekeh dan pengotor. Maaf jika tersinggung tapi ini realiti dan saya pernah bercakap hal ini tapi biasalah ego menjadi penghalang.
BalasPadamsaudara rijaluddin,
Padamsaya bukanlah mengikuti kesemua amalan ahli tabligh tp selama 3 tahun saya menjalankan kajian tentang aktiviti jamaah ini utk tesis saya.
Pada permulaan pandangan saya adalah sama seperti saudara:-
- tak mempunyai ilmu
- pengotor
- tidak mengamalkan kaedah ketika di masjid sepertimana yg kita (org melayu) biasa amalkan
Namun setelah sy mendekati kaedah mereka, masyaAllah. apa yg pernah berada dlm fikiran sy selama ini amat jauh sekali. ketika sy menyiapkan tesis sy... sy mengalirkan airmata akan perjalanan yg mereka lalui.