Negeri Sembilan, Sang juara Piala Malaysia yang masih bertakhta! Juara itu cuma boleh dilucutkan setelah berlangsungnya Piala Malaysia 2012. Itu pun kalau Negeri Sembilan tidak dapat mempertahankan Piala Malaysia 2011 yang dimilikinya.
Untuk rekod, pasukan bolasepak Negeri Sembilan adalah finalist Piala Malaysia tiga tahun berturut-turut - 2009, 2010 dan 2011. Pasukan ini memenangi dua daripada tiga perlawanan tersebut - Juara Piala Malaysia 2009. Juara Piala Malaysia 2011. Hebat!!!!
Ini bukannya rekod nostalgia yang berlaku berpuluh-puluh tahun yang lalu. Ini adalah rekod di 'dopan mato'.
Namun demikian, entah mengapa minat mengikuti perkembangan bolasepak negeri saya ini sejak kebelakangan ini sangat merudum. Saya seperti tidak memperdulikan lagi pasukan ini. Bukannya disebabkan prestasi pasukan Negeri Sembilan. Tahun-tahun sebelum 2012 pun beginilah juga keadaannya. Pasukan Negeri Sembilan bermula dengan lemah longlai, akhirnya ke final dan menjadi juara juga.
Berdasarkan pencapaian semasa pasukan Negeri Sembilan dalam Liga Super 2012, tiada apa yang hendak dibimbangkan. Pasukan Negeri Sembilan bukannya seperti England yang sangat bergaya dalam liga EPL, akhirnya tidak kemana pun dalam pertandingan besar seperti Euro 2012 atau Piala Dunia .
Barangkali, kecuali penyokong 'fanatik' TRW Kelantan, merudumnya minat saya dan juga di kalangan peminat-peminta bolasepak tempatan yang lain ke atas liga tempatan ialah disebabkan kehebohan liga EPL 2011/2012 dan La Liga 2011/201 yang baru sahaja menutup tirai atau Euro 2012 yang akan dinoktahkan awal pagi ini. Barangkali.
Ujang Kutik,
BalasPadamBiasa selepas menonton game yang bertaraf dunia kita tonton pulak liga tempata maka kita dapati pemain liga kita tu seolah2...terketek ketek...tendang bola pun macam tak larat..ekeke.
alahaiii...
Sdr theolrascal,
PadamBila saudara pilih German tempoh hari,naluri saya mengatakan tidak.Ternyata gerak hati saya tepat.
Sehingga sekarang saya masih belum menentukan pasukan yg saya sokong dalam final.Dua-dua main cantik dan berseni.