Memang sukar hendak menjarakkan diri dari turut terjebak ke ‘Pesta Makan’ di dalam bulan Ramadhan. Kalaupun kita cuba melakukannya, akhirnya hajat tersebut akan lebur juga kerana tidak akan direstui oleh ahli keluarga yang lain. Akhirnya, kita akan turut serta bersama mereka dan juga kumpulan majoriti masyarakat yang lain memeriahkan pesta itu saban tahun.
Sedemikian, kita kempunan mengalami walaupun secebis sisi hidup golongan masyarakat yang dibelenggu serba kekurangan. Keseronokkan bulan Ramadhan sebahagian besarnya berkisar pada kemeriahan ‘pesta’ beli-belah dan makan-makan. Kesedaran mengenai kesukaran hidup golongan susah dan nikmat kerohanian beribadah tidak dirasakan sangat.
Bukan sedikit usaha yang dilakukan oleh berbagai pihak samada akhbar, television, tokoh-tokoh masyarakat dan penceramah agama untuk mengubah tabiat berlebihan menjamu selera dalam bulan Ramadhan. Hasilnya tidak ke mana.
Kita sendiri saban tahun berusaha mempertingkatkan makam ibadah dalam bulan Ramadhan. Namun demikian, tidak banyak yang dapat dipertingkatkan dalam keadaan kantung perut mampat kerana terlampau kenyang. Kita telah dianggap baik sekalipun sekadar menunaikan solat sunat tarawikh di masjid/surau berhampiran kediaman dalam keadaan malas dan mengantuk.
Segolongan di kalangan kita akan dipukau situasi ini hingga ke akhir hayat. Namun demikian, ada juga golongan yang terkecuali. Mereka ialah golongan yang sangat komited. Mereka tidak melayan nafsu makan secara berlebihan agar dapat menunaikan ibadah wajib dengan sempurna dan menghidupkan bulan Ramadhan dengan amalan-amalan yang lain.
Walau siapa pun kita, kita juga hendak bersama golongan yang ke-2 itu. Kita tidak mahu mati di kalangan orang yang rugi. Kita tidak akan berputus asa, ‘agi idup agi ngalaban’!
Nota: Istilah ‘Kita’ dalam catatan ini samasekali tidak ditujukan kepada pembaca yang dihormati. Istilah ‘Kita’ dalam catatan ini adalah ganti nama halimunan yang tidak terlihatkan.
Ramaadhan kali ini IM berusaha untuk menjaga nafsu makan.
BalasPadamberbuka ala kadar sahaja...
Sdr IM,
BalasPadamPada saya, memang ada perbezaan beribadah ketika terlalu kenyang berbanding makan dalam keadaan biasa.
Semoga kita tidak tewas pada Ramadhan 1433H ini.