Jumaat, 26 Oktober 2012

SAUDARA SERUMPUN KITA


Pengalaman menginap di hotel-hotel seluruh negara memberi saya peluang menyaksikan dan berurusan dengan ‘pelajar jurusan perhotelan dan hospitaliti’ dari Negara Indonesia . Mereka dikatakan menjalani latihan industri di hotel-hotel di negara kita dalam tempoh tertentu. Perkara ini telah saya sedari berlaku sejak 3-4 tahun yang lalu ketika menginap di salah sebuah hotel di Lumut, Perak.  

Menariknya, hotel yang terlibat akan mengambil pula kumpulan pelajar lain setelah kumpulan terdahulu menamatkan tempoh menjalani latihan industri di hotel mereka. Ini bermaana hotel itu menggunakan pekerja berstatus ‘pelajar dalam latihan industri’ dari luar Negara di hotel mereka sepanjang tahun.

Dalam selok belok perniagaan, semestinya hotel-hotel tersebut berbuat demikian untuk meminimakan kos pengurusan. Pihak hotel cuma perlu menyediakan tempat menginap, makan minum dan sedikit elaun.

Bidang tugas ‘pelajar-pelajar’ tersebut mencakup hampir semua bidang operasi di sesebuah hotel -  penyambut tetamu, kerani kaunter, pelayan makanan dan pengemas bilik. Ketika menginap di sebuah hotel di Alor Star, Kedah saya dan sahabat sekerja berurusan dengan kerani kaunter , Maria, gadis manis berketurunan Batak yang beragama Kristian. Ketika di Ipoh, saya dapati pihak hotel mengambil 'pelajar praktikal' dari Bandung. Gadis-gadis Bandung berkulit cerah dan cantik!

‘Pelajar-pelajar’ tersebut sangat berketrampilan, menarik dan professional. Opps....

Pada pertengahan bulan Oktober, saya berurusan dengan 'pelajar-pelajar’ dari Indonesia di salah sebuah hotel di Klang. Kalau dahulu cuma 'pelajar-pelajar ' perempuan sahaja yang menjalani latihan industri tetapi kini melibatkan juga 'pelajar' lelaki. 'Pelajar' lelaki yang memiliki iras Pan-Asia (mungkin Indonesia + Belanda) itu tersenyum bangga apabila saya mengusik bahawa iras rupanya seperti pelakun-pelakun 'Nada Cinta'.

Begitulah lebih kurang senarionya. Pertama, adakah susuk-susuk  saudara serumpun yang cantik atau  kacak itu benar-benar pelajar? Kedua, dan yang lebih membimbangkan ialah perkara ini menutup peluang kerjaya kepada graduan-graduan jurusan perhotelan dan hospitaliti  dan warga kita!

"Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan." Ungkapan ini bukan satu-satunya yang berlaku kepada anak-anak tempatan, tetapi menambahpanjangkan lagi senarai berebut rezeki dengan orang luar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."