Ahad, 3 Februari 2013

abang, kakak; pak cik, mak cik.


USIA  tua adalah penyakit yang tidak dapat diubati.

Ketika di usia remaja, saya masih ingat seorang rakan sejawat yang lebih senior bersungut kerana tidak puas hati terhadap pelayan restoran tempat kami makan memanggilnya ‘Pak Cik’. Malah ada di antaranya, dia tidak membenarkan kami pergi ke restoran itu lagi.

Di usia remaja, sekitar awal 20-an, saya menganggap dia (rakan sejawat senior), awal 40-an, sememangnya tua dan layak dipanggil ‘Pak Cik’ oleh pelayan restoran di usia belasan tahun. Di belakangnya, kami yang jauh lebih muda menjadikan isu tidak mengaku tua sebagai bahan gurauan sesama sendiri.

Maka benarlah, “Jangan mentertawakan orang tua, kerana sebentar lagi adalah giliran anda.”

Masa beredar persis seorang yang berlari 100 meter. Pantas. Kini giliran saya dan rakan-rakan sebaya pula digolongkan sebagai orang tua.

Di usia lebih 50 tahun, saya ‘rewind’ babak-babak seorang rakan sekerja senior yang dipanggil ‘Pak Cik’ pada usia awal 40-an suatu ketika dahulu. Di usia lebih 50 tahun saya mentafsir semula garis usia tua. Seorang di usia awal 40-an pada hari ini dilihat masih bertenaga , tidak kekok bergaul dengan anak remaja dan kadang-kadang lebih ‘nakal’ dari golongan remaja. Lihatlah sendiri penampilan kebanyakkan seorang ‘Abang’ atau ‘Kakak’ di usia awal 40-an pada hari ini. Bergaya.

Justeru, panggilan ‘Abang’ atau ‘Kakak’ adalah panggilan yang mewujudkan satu  fenomena khususnya di pejabat-pejabat atau pusat-pusat perniagaan pada hari ini. ‘Abang’ sana, ‘Kakak’ sini. Seorang yang berusia jauh lebih muda sewenang-wenangnya memanggil golongan di usia 40-an, 50-an atau 60-an dengan panggilan ‘Abang’ atau ‘Kakak’. Golongan 40-an, 50-an atau 60-an pula membenarkan dipanggil atau diperlakukan sebegitu!

Dalam kehidupan seharian, panggilan yang tepat dalam perkara yang disentuh ini adalah ‘Pak Cik’ atau ‘Mak Cik’. Samada kita sedari atau tidak, panggilan ‘Pak Cik’ atau ‘Mak Cik’ seperti ‘diharamkan’ penggunaannya, khususnya di dua lokasi iaitu pejabat dan pusat perniagaan dengan alasan dan tujuan yang mudah difahami.

Ketika mengambil lap top yang telah siap dibaiki, seorang juruteknik komputer yang sebaya dengan usia anak saya memanggil saya berulang kali dengan panggilan ‘Abang’. Saya membetulkan sebutannya, “ Panggilah Pak Cik!”

4 ulasan:

  1. salam,
    begitu juga blog pro dan kontra...jadi pening membacanya...

    BalasPadam
  2. saya rasa panggilan sebegitu untuk menunujukkan hormat dan bagi sesetengah kedai, memanggil dengan panggilan abang atau kakak adalah salah satu cara menarik pelanggan nya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr man bet,

      Jom ikut 'uncle' pekena teh tarik belakang office...He..he..

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."