Rabu, 1 Mei 2013

5 Mei 2013 - Teruja!


Walaupun kehangatan sentimen pilihanraya begitu panas membara di luar sana, iklim pilihanraya tidak dirasakan sangat di dalam pejabat saya, yaani sebuah jabatan kerajaan. Tiada sesiapa yang bertegang leher kerana ingin membenarkan parti/pemimpin masing-masing.

Walaupun senario ini mungkin mudah difahami dari satu sudut lain, saya lebih yakin ianya berpaksikan kepada kematangan staf menyantuni kaedah berpolitik.

Bagaimanapun, ini bukanlah bermakna naluri keinginan staf untuk membicarakan hal-hal politik telah dikasi. Sebilangan staf ada membincangkan atau bercakap mengenai politik kepartian tetapi dalam suasana ‘liberal’ dan terkawal. 

Ada berlaku ‘provokasi’ tetapi dalam bentuk gurauan untuk menguji reaksi kawan yang berlainan fahaman politik.

Kebanyakkan staf tidak mengambil cuti pada hari Isnin, 6/5/2013, iaitu sehari selepas hari mengundi. Mereka ingin menggunakan hari Isnin 6/5/13 itu (selepas keputusan PRU 13 diketahui) sebagai hari berdiskusi, berpost mortem, berdukacita, bergembira atau usik-mengusik sesama rakan di pejabat.

Masing-masing menunggu 5/5/2013. Masing-masing akan berjaga malam selepas selesai mengundi. Masing-masing akan berFB,bertwitter,berblog,bertelefon untuk meluahkan hasil PRU 13 kepada rakan-rakan setelah menunggu selama lebih 5 tahun . Teruja!  

7 ulasan:

  1. Saudara Ujang Kutik,

    Salam. Saya juga teruja untuk mengetahui keputusan PRU kali ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Pak Mail,

      Semua seronok. Sebilangan kawan-kawan generasi Y telah berangkat balik kampung. Ada yang membuka overcoat dan menunjukkan T-Shirt parti masing-masing. Saya ucapkan selamat balik kampung dan mengundi dengan tenang.

      Padam
  2. ujang kutik,

    Menarik perhatian untuk saya nantikan antara nye adalah:

    1) gelang patah
    2) lembah pantai
    3) permatang pauh

    juga di tenpat saya sendiri..
    4) pelabuhan kelang

    ..selain kawasan2 yang di tandingi 'selebriti' politik dan artis tanahair.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      Tuan, Parlimen Pandan dalam negeri tuan, Selangor juga sangat menarik dalam PRU 13. Saya mengundi dalam Parlimen Pandan.

      Berdasarkan senario tempatan, KJ mungkin tiada masalah di Rembau. Blogger Aspan Alias (DAP) juga mengharapkan KJ menang.

      Anggaplah catatan ini sebagai pandangan 'part time blogger' yang berusaha menulis dengan bebas tanpa menunjukkan kecondongan yang ketara.He...he..

      Selamat mengundi. Saya ada 4 undi. Saya akan mengadakan taklimat pada pagi sebelum pergi mengundi kepada 'rakyat' saya. Sepatutnya mereka tidak ingkar kehendak ketua mereka.

      Tuan mungkin ada lebih dari empat........

      Padam
  3. bertambah keyakinan untuk mengundi BN setelah ceramah tv 3 'kecelaruan pakatan oleh drsidek bapa dan ust muhammad abdullah dan sumpah laknat saiful bahari dimekah,pas kena balik ke matlamat asal membina negara islam

    BalasPadam
  4. Sdr Tanpa Nama,

    Saya rasa mengenali saudara. Selamat mengundi.

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."