Ahad, 16 Jun 2013

OLEK

Saya mencari maksud perkataan 'OLEK' dalam Kamus Dewan; Maksud pertama : Mengolek - mengulit, membobok, mendodoi. Maksud kedua - Mengolek - mengelecek (bola).

Kedua-duanya bukan yang saya maksudkan dalam konteks ungkapan dialek Negeri Sembilan. 

OLEK adalah ungkapan dalam dialek Negeri Sembilan yang secara umumnya membawa maksud ' Majlis/Kenduri Secara Besar-Besaran (merangkumi adat istiadat dan makan)'. Di antara 'Majlis/Kenduri Secara Besar-Besaran' yang layak diungkapkan 'Olek' ialah majlis perkahwinan.

Penduduk di Negeri Sembilan sangat memberi perhatian kepada kelangsungan 'Olek' dengan cara sebaik mungkin. 

"Tidak dikatakan Orang Negeri Sembilan jika di majlis perkahwinan tidak tumbang sekurang-kurangnya seekor kerbau (sekarang lembu)." Malah dewasa ini, menyembelih dua ekor kerbau/lembu dalam sesuatu majlis perkahwinan adalah perkara biasa.

Sehubungan ini, kesudian jemputan dan seisi keluarga memenuhi jemputan ke majlis perkahwinan di Negeri Sembilan biasanya tidak pernah menghampakan. Malah, mereka mungkin dibekalkan dengan buah tangan (lauk pauk) untuk dibawa balik.    

ULASAN:

1. Satu perkara yang sedikit membimbangkan ialah senario masakan air tangan orang kampung telah mula diambilalih oleh penyedia makanan (caterer) komersial. Masakan di majlis 'pengswastaan makanan' seperti itu telah kurang elemen masakan tradisional Negeri Sembilan dan tidak banyak bezanya dengan makanan/menu di majlis Ibu Kota/bandar.  

5 ulasan:

  1. Hakikat yang mesti ditempuh masa kini.

    Seperti juga kenduri 7 hari 7 malam di zaman mak IM masih kecil dulu udah tidak ada di masa kenduri kahwin IM...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr IM,

      Orang kampung 'berkampung' di rumah tuan rumah yang mengadakan majlis perkahwinan. Kami kanak-kanak ketika itu merasa SAYU apabila majlis 7 hari 7 malam telah selesai.

      Nostalgia......

      Padam
  2. ujang kutik ,

    kalau istilah bagi orang muda masa kini adalah .. ''giler ''

    Boleh kah kita tambah sebagai contoh..'' olek giler '' untuk kenduri yang besar besaran,
    sapertimana lawak giler..ekeke

    Saja bergurau....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      Mungkin juga mereka 'hormat giler' kepada para tetamu.

      Makan konyang-konyang.

      Padam
  3. Kalau di Sumatera Barat (Minangkabau), kami menyebutnya "alek"

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."