Sabtu, 15 Jun 2013

KAMPUNG KU : UNGGAS MASIH MENYANYI

                                    'SIMFONI NYANYI ALAM DI KAMPUNG KU'

Di dunia ini saya cuma mempunyai seorang sahaja saudara kandung, iatu adek perempuan saya. Seorang lagi adek perempuan kami telah meninggal dunia ketika masih bayi.

Di sebalik banyak kekurangan kerana tidak mempunyai ramai adek beradek, hidup dua beradek sahaja ada juga kelebihannya. Kebiasaannya dua beradek tidak akan bergaduh selagi hayat dikandung badan, kerana, " Jika bergaduh, tidak ada sesiapa lagi yang hendak digaduhkan." (Bukankah begitu adek ku?).

Adek perempuan dan keluarga menetap di kampung, yaani di tanah dan rumah pusaka peninggalan arwah ibu kami. Di rumah pusaka itulah juga 'istana hinggap' saya sekeluarga apabila balik kampung. Secara nisbahnya, saya dan keluarga selalu balik ke kampung. 
 
KAMPUNG SAYA DI KAKI GUNUNG
Adek saya itu baru 3 tahun ditukarkan ke pejabat cawangan organisasinya di Seremban. Sebelum itu dia bertugas di Serdang, Selangor.  

Beliau sangat setia dengan kampung halaman tempat tumpah darah kami. Sehingga kini, seumur hidupnya tidak pernah sekerling pun ' bercenggang ' (berpisah) dengan kampung halaman tempat kami dilahirkan. 

Sekalipun berpuluh tahun bertugas di Serdang dan mempunyai rumah di  situ, dia dan keluarganya tetap menetap di kampung yang jaraknya lebih kurang 80 kilometer perjalanan. Ketika itu, dia bersama suaminya berulang alik dari kampung ke Serdang pada tiap-tiap hari bekerja.

Sudilah kiranya menyaksikan dan menghayati ' UNGGAS MASIH MENYANYI ' di kampung saya. Video itu saya rakamkan di pekarangan rumah keluarga di kampung saya, Kg. Chengkau Ulu, Kota, Rembau, N.Sembilan.


JIKA SUDI SILA LIHAT (KLIK) LINK DI BAWAH:
ujang kutik: kampung ku di pedalaman,............kg.chengkau ulu

1 ulasan:

  1. Saudara Ujang Kutik,

    'Kampung di kaki gunung'.

    AllahuAkbar...Indahnya alam.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."