Kampung Chengkau Ulu, Rembau, Negeri Sembilan, adalah sebuah kampung tradisional pendalaman di kaki Gunung Datuk, 10 km, ke arah selatan Pekan Rembau. Kampung yang landskapnya berlatar belakangkan gunung-ganang, bukit-bukau, flora dan fauna ini, akrab dengan persekitaran alam semula jadi.
banjaran gunung datuk
Sesekali, terutamanya di waktu malam dan awal pagi kita masih boleh mendengar sayup-sayup bunyi haiwan dan unggas di rimba.
Perjalanan dengan kenderaan dari Kuala Lumpur ke kampung ini boleh dibuat dengan menggunakan lebuhraya K.Lumpur – Senawang. Selepas Tol Senawang, perjalanan diteruskan ke arah selatan melalui jalan besar Seremban ke Pekan Chengkau. Kampung Chengkau Ulu terletak kira-kira 4 kilometer dari Pekan Chengkau.
Kampung ini mempunyai kemudahan prasarana asas yang mencukupi seperti jalan tar, bekalan elektrik, bekalan air paip, talian telefon, capaian internet, balairaya, masjid dan sebagainya.
Sekali imbas, kampung yang mempunyai 200 orang penduduk, majoritinya berketurunan Suku Biduanda (Lela Maharaja) dan masih kuat mengamalkan Adat Perpatih ini seperti tiada keistimewaan yang boleh dibanggakan.
pokok asam
Kebanyakkan penduduk kampung ini adalah golongan warga emas yang menyara hidup dengan menoreh getah, pesara kerajaan dan ibu bapa yang kehidupan mereka disara oleh anak-anak yang bekerja di bandar.
Segolongan kecil penduduk kampung ini juga terdiri daripada pegawai/kakitangan kerajaan/swasta yang bekerja di jabatan kerajaan/swasta berhampiran seperti Rembau, Tampin dan Seremban, bekerja sendiri dan peniaga. Mereka, anak-anak kampung yang berjaya di dalam kerjaya, melangsungkan survival kewujudan dan seri kampung dengan menetap bersama ibu bapa atau pun membina rumah sendiri di kampung ini.
laluan KTM
Dari segi akademik, ramai juga anak-anak kampong ini yang berjaya di dalam bidang pelajaran, melanjutkan pelajaran ke sekolah-sekolah asarama penuh ternama seperti MRSM, Sekolah Menengah Alam Shah,Kolej Tunku Kurshiah, Sekolah Sains dan seterusnya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta di dalam dan luar Negara.
Seperti di kebanyakkan kampung-kampung tradisional di Negeri Sembilan, kampung ini juga menghadapi bahaya kepupusan penduduk kerana merantau dan akhirnya terus meninggalkan kampung. Senario ini dapat dilihat dengan bertambahnya bilangan rumah-rumah kosong yang tidak berpenghuni.
Sehubungan ini, ada di kalangan Orang Negeri Sembilan sendiri yang berpendapat bahawa ‘malapetaka’ ini berlaku adalah disebabkan oleh amalan Adat Perpatih yang tidak membenarkan Tanah Adat diwariskan kepada anak lelaki. Bagaimanapun, pendapat ini ada pro dan kontranya.
Namun demikian, fenomena berhijrah ke luar kampung bukannya berlaku di kalangan anak-anak lelaki sahaja, bahkan melibatkan juga anak-anak perempuan yang diwariskan Tanah Adat. Kebiasaannya, Tanah Adat tidaklah begitu luas sehingga menimbulkan impak yang ketara. Anak-anak lelaki masih boleh membina rumah di atas tanah bukan kategori Tanah Adat jika mereka mahu.
Sesekali, terlintas juga di fikiran saya bahawa fenomena merantau dan berhijrah meninggalkan kampung halaman yang melanda masyarakat Negeri Sembilan hari ini mungkin ada kaitannya dengan warisan genetik nenek moyang.
Orang Negeri Sembilan adalah dari keturunan perantau Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia yang ‘mengkanunkan’ atau mewajibkan anak-anak mereka keluar merantau untuk membina kehidupan yang lebih baik.
Setelah melebihi 5 abad, dapatkah diyakini bahawa tidak ada lagi sisa-sisa darah perantau Orang Minangkabau dalam diri keturunan mereka di Negeri Sembilan hari ini?
Selain dari paparan di atas, kampung ini mempunyai beberapa info menarik dan ‘Tidak Terkalahkan’ (meminjam kosa kata seorang penyair yang saya tidak ingat namanya). Saya percaya, mungkin ada di kalangan anak jati kampung ini yang tidak mengetahui ‘kehebatan’ kampung mereka sendiri.
Sekurang-kurangnya, ada sebelas (11) Info Menarik Mengenai Kampung Chengkau Ulu, sebuah kampung tradisional di pedalaman Daerah Rembau:
Info Pertama:
Makam Undang Luak Rembau Pertama, Dato Lela Maharaja Dato Sri Rama b. Tok Lela Balang (1540 – 1555) terletak di Kampung Chengkau Ulu.
Info Ke-2
Makam Undang Luak Rembau Ke-2, Dato Sedia Raja Dato Ombo b. Dato Sri Rama (1555- 1605) terletak di Kampung Chengkau Ulu.
Info Ke-3
Makam Siti Hawa bt. Laut Dalam (isteri Undang Luak Rembau Pertama, Dato Sri Rama b. Tok Lela Balang) terletak di Kampung Chengkau Ulu.
Info Ke-4
i. Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang pertama YAB Dato' Hj. Abdul Malek bin Yusof adalah anak jati Kampung Chengkau Ulu.
ii. Bekas TYT Yang Dipertua Negeri Melaka (1959-1971) yang ke-2, Allahyarham Tun Hj. Abdul Malek bin Yusof adalah anak jati Kampung Chengkau Ulu.
Nota: Penama i dan Penama ii adalah tokoh yang sama.
Info Ke-5
Bekas Ketua Pengarah/Presiden Institut Perhutanan Malaysia (IRIM) (1983-1985) Datuk Mohamad b. Jabil adalah anak jati Kampung Chengkau Ulu.
Info Ke-6
‘Celebrity Chef’ tersohor dan usahawan restoran ekslusif Chef Ismail b. Ahmad adalah anak jati Kampung Chengkau Ulu.
Info Ke-7
Pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Datuk Mohd Hanif Osman adalah anak jati Kampung Chengkau Ulu.
Info Ke-8
Sekolah Tinggi Islam As-Sofa Negeri Sembilan terletak di dalam kariah Kampung Chengkau Ulu.
Info Ke-9
Nama tempat perhentian menunggu bas di tepi jalan besar Seremban-Tampin ialah Tobek Godang.
Info Ke-10
Penduduk Kampung Chengkau Ulu mahir menyediakan Rendang Daging/Ayam Pucuk Mali-Mali, rendang tradisi resipi turun temurun yang enak dan tidak terdapat di kampung-kampung lain. Pokok Mali-Mali adalah sejenis tumbuhan hutan yang hidup subur di kampung ini.
Info Ke-11
Kampung Chengkau Ulu juga dikenali sebagai Kampung Dato’ Ombo dan Kg. Batu 24.
Nota: Saya memohon maaf kerana tertinggal fakta penting kepada tokoh di Info Ke-4 pada terbitan pertama. Melalui terbitan pertama saya tidak memaparkan bahawa anak jati Kampung Chengkau Ulu, Allahyarham Tun Haji Abdul Malek bin Yusof juga adalah Menteri Besar Negeri Sembilan yang pertama. Harap maaf.
Bukan kah Malik itu menjadi Governor Molako?
BalasPadamsalam terima kasih lah banyak banyak yo..kerana menulis tentang kampong chengkau ulu.......saya Dato'chef ismail ahmad...Tun Haji Abdul Malek bin yusof and lah datuk saudara saya..itu abang kepada nenek saya hajjah Hawa binti Yusof...dan Datuk muhammad Jabil ada lah bapak saudara saya abang kepada emak saya Hajjah Mariam binti Jabil.....
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamPak Uncu Kg.Bintongn,
BalasPadamSebenarnya saya sudah jawap pertanyaan saudara.Hairannya tidak keluar pula dalam catat ulasan.
Memang betul Allahyarham Tun Hj.Abdul Malek adalah Governor Melaka Ke-2.Tk.
assalamualaikum En. Ujang,
BalasPadamayah sey org Kg. Bongek. sey ni cucu Haji Tahar (kenal ke?). sey tau Chengkau tapi tak pernah lah sampai ke Kg. Chengkau Ulu ni.
Puan Juana,
PadamDunia ini kocik.Arwah Atok sey pun oghang Bongek. Rumah Atok saya (Dua buah rumah dlm satu pagar) di depan tobek tu...
Bagaimanapun, sey tidak berapa konal oghang Bongek kecuali saudaro maro sey.Kalau tengok muka mungkin saya kenal seseorang itu oghang Bongek.
Kampung sey banyak rumah kosong kerana penduduknya merantau dan tak balik-balik. Bagaimanapun, apabila saya himpunkan info-info menarik mengenai KCU (Kg.Chengkau Ulu), saya 'perasan' ada kehebatannya.
Namun demikian, Bongek pun hebat. Seantero negara pernah mendengar nama itu.
Assalamualaikum Tuan Ujang yang dihormati ,
BalasPadamTimo kaseh diateh info info yang berguno . Dalam ese blog walking ese ado jumpo satu komen mengatakan EDEN Mineral Water tu ado kono mengono dongan Tuan Ujang . Kalau boto , nampak eh kono tambah senarai kehebatan chongkau ulu . Tuan Mohamad Bin Jabil tu ese beso jumpo dio ngeteh kek pokan chongkau . Chef Ismail tak ponah ese jumpo kek pokan chongkau tapi maghin maghin ado bekawan ngan adik dio ( tahun 80an ) yang datang berenggey kek kampung ese . Kek Bongek tobek bolah toboh mano diam eh ghumah atok Tuan Ujang ? Mungkin ese boleh buek edisi siasat .... Timo kasih .
Waalaikomsalam warahmatullihiwabaratuh.
PadamSodagho Ese Oghang Bongek,
Kok Eden Mineral Water yg beroperasi di Kg.Mungkal/Jeram tu ado kono mongono dongan Ese,botambohlah lai Info menarik Chengkau Ulu.He..he..
Oghang Chengkau Ulu suko menamo/menggola anak mereko dgn nama Ujang...Ujang Panchor, Ujang Apek, Ujang Biawak,Ujang Ipap, Ujang Kutik dan banyak lagi.
Arwah atok Ese telapoknyo dopan tobek tinggal yang masih ado air tu.Walaupun tobek tinggal tetapi masih cantik lai.
Oghang Chengkau Ulu panggil Dato Mohamad Jabil tu 'Mad Ungkai'.Kayo dio. Umunyo pun panjang.
Selamat berpuasa dan menyambut hari raya tak lamo lai.
Salam Semua,
BalasPadamKg. ni tempat tinggal arwah Atuk dan Nenek saya...kubur atuk dan moyang di sana..kecuali nenek di seremban. Dah lama saya tak balik kampung..saya difahamkan rumah atuk pun dah roboh..
InsyaAllah, kalau si izinkan saya akan menjenguk kampung...
Tuan/Puan Tanpa Nama,
PadamWaalaikomsalam.
Saya berbesar hati kerana mengetahui anda ada hubung kait dengan kampung saya.
2. Secara mudahnya ayah atau ibu anda ialah anak jati kampung ini. Saya mesti kenal. Kalau ayah atau ibu anda lahir pada tahun 50-an ke atas beliau mesti kenal saya.
3. Kalau ibu anda ialah anak jati kampung ini, tiada ragu lagi bahawa anda adalah anak jati kampung ini (mengikut Adat Perpatih) walaupun tidak pernah balik kampung. Majoriti penduduk kampung ini ialah dari Suku Biduanda. Besar kemungkinan ibu anda Suku Biduanda.
4. Insya Allah, saya tahu siapa arwah Atuk, Uwan, Bapa atau Ibu anda jika anda sudi memberitahu nama mereka.
Salam,
Padamibu saya berasal dari sini. Arwah atuk saya bernama osman. Ibu saya misiah..misiah binti osman. Mej. Jen. Haniff merupakan pakcik saya. Adik kepada mak saya..
Saudara saya Tanpa Nama,
BalasPadamWaalaikomsalam.
1. ' Pertemuan ' kita ini sangat menarik. Generasi kami menganggap orang kampung sendiri umpama saudara dan sangat rapat antara satu dengan yang lain.
2. Di dalam sistem Adat Perpatih anda (sdr/sdri) adalah Suku Biduanda . Anda cucu pasangan Uwan Itom dan Atok Osman. Kalau tidak silap pasangan Uwan Itom/Atok Osman ada 6 orang anak: Anor (Arwah), Awol (dulu pernah bekerja sebagai inspector police dan selepas itu bekerja di syarikat), Edin (menetap di Ipoh, Perak), Misiah (ibu anda), Olen dan yang bongsu Dato' Hanif.
Jujurnya saya cuma saling mengenali arwah Mak Cik Anor ( arwah sebaya dengan arwah ibu saya) dan Dato' Hanif (Datuk Hanif senior 1-2 tahun dari saya). Lain-lain bapa/ibu saudara anda tidak kenal saya (tetapi saya mengetahui mereka) kerana jarak usia dan mereka tidak dibesarkan di kampung. Bagaimanapun, saya tahu serba sedikit mengenai mereka.
Untuk makluman, bapa saudara saya telah membeli rumah di Ipoh dengan bantuan bapa saudara anda Edin. Edin dahulu pernah menggunakan kereta jenis ' Vauxhall' putih. Saya yang ketika itu masih kanak-kanak.
3. Jika boleh jangan putuskan hubungan dengan saudara anda di Kg. Chengkau Ulu khususnya di sebelah sepupu ibu anda - anak-anak Uwan Rahmah/Hj.Kasim Bulat, adek beradik Melor/Punjab, anak-cucu Uwan Ipap/Idris Aku (Atok Idris orang Melaka dan membahasakan dirinya ' Aku ').
4. Secara 'biologinya' dalam sistem Adat Perpatih anda sebenarnya anak jati Kg.Chengkau Ulu. Anda setaraf dengan Cef Datuk Ismail yang sangat bangga dengan kampung asal usul beliau.
5. Kirim salam dengan Dato' Hanif jika jumpa beliau. Nama gelaran glamour saya di kampung sama dengan nama blog ini.
Terima kasih.
Sey cucu Uwan Ipap/Atuk Dorih Aku. Kek Chongkau Ulu yang tingga Busu Temot. Orang panggi Chegu Temot...
BalasPadamSaudara/ri saya Tanpa Nama (9/6/14),
BalasPadamAssalamualaikom.
2. Syukur, dapat berhubung dengan cucu Uwan Ipap/Atuk Dorih. Cucu kepada anak-anak arwah yang mana satu - Rahmah? Siti (Omak Dawam)? Isteri Isa (lupa nama)? Isteri Abang Amir (lupa nama , duduk di Seremban.
3. Mungkin sdr/i sendiri tidak pernah mengetahui bahawa perhubungan keluarga kita semasa arwah Uwan Ipap/Atok Idris Aku masih ada sangat rapat. Bagaikan adek beradek. Bukan sahaja kepada kedua-dua arwah tetapi juga kepada anak-anak mereka. Sila tanya kepada ibu/ibu saudara sdr/i.
Sedemikian, saya yang masih anak-anak ketika itu pernah merasa disayangi oleh arwah Atok Idris Aku. Arwah selalu belanja saya minum teh dan makan kueh di kedai Lobong (kalau sdr/i tidak tahu kedai Lobong sila tanya kepada ibu/emak saudara). Saya juga selalu menaiki basikal ke Pekan Kota dengan arwah. Saya masih ingat arwah terlalu mengambil berat tentang keselamatan saya ketika menaiki basikal melalui jalan besar yang banyak kenderaan. Arwah juga pernah membawa saya ke rumah baharunya (ketika itu ) di Tanah Lesen. Sdr/i tahu di mana Tanah Lesen?
Jujurnya saya pernah teringat arwah Atok Idris Aku. Saya pernah menghadiahkan sedekah Al-Fatihah kepada Allahyarham.
4. Sila peramati gambar rumah kampung yang terdapat di dalam entry ini. Sila lihat foto kereta MYVI. Di sebelah pagar kereta itu adalah rumah Busu Timot.
Terima kasih.
APA KABAR ORANG KAMPONG DEN
BalasPadamPOTAMO KALI DEN TOBACO BLOG EKAU , TEGUBEK GINDU , LOMO2 BOTO DEN TAK BALIK DONGA COGITO JLN KOTAPI PUN DAH TWO WAYS,,,PUH HEBAT, SUSAHLAH NAK KOMOSOJED ,KODAI ARWH PAK NDAK YUSOF ADO LAIE KO ??INDOKHAJJAH PIAH PUN DAH MENINGGAL , SUNYI KG DEN , KOK NAK GAYO MERIAH BUNYI MERIAM BULOH , POLITO MINYAK , MENGOCUN , SOKARANG HANYO DLM INGATAN , HANYO INGATAN YG BOLEH KITO PUTAR MASO YG BERLALU AKAN TETAP KEDOPAN , SODIH , PILU SAYU BILO TOGINGAT WAKTU SEKOTIKA DULU , GASO MCM EDEN MASIH KOCIK . MAKTEH SINAI JANDO YG GIGIH MEMBOSAKAN ANAK , MASAK IKAN SAWAH DIO MASIH TOINGAT . TQ KUTIK ADO JOGOK DAPAT CORITO DARI CONGKAU ULU . LOPEH NI UPDATE LAH SAPO2 ORANG KG YG DAH MONINGAL .....NASIR TOMPEL ADO LAIE KO , INDOK SEJEK , KITOL CAGOL NAMO POLIK2 ABAH SIAK LINGKUTO , LAGI YANG PANDAI BOSAJAK SAPO NAMO EHH,,HAAA AMID SENDENG ADO LAIE KO , ABG SHARIP KAK MAH ADO KO,,,,,,,,,,,,,,,,,,TERUS MENULIS SOLAMAT BOPUASO SUDARO UJANG KUTIK ,,,,NI DEN BARU NAK TANYO ,,,MCM MANO DIGOLA ''KUTIK''
Oghang Kampung Den 15/7/14,
Padam1. Radar den sedang mengosan siapo ekau ini. Ekau banyak berelegar-legar di sekitar Kodai Uwan Peah, Uwan Sejek, Cagol, Kitol, Hamid Sendeng.........
2. Den ado satu entry mengenai Abang Hamid (Jasly Hamid) - kok nak baco lihat entry 20/7/13.
3. Lamo boto kau tak tengok kampong kito.......
Selamat berpuaso.
Satu caro nak jumpo balik ramai maso open house Chef Mail. Dio tiap2 tahun buek open house rayo pado ari kodua rayo. Maso tu buleh lah jumpo kok ado maso dan duduk tak jauh lah. kalau setakat Klumpo tu dokek raso eh....
BalasPadam