Isnin, 17 Jun 2013

PUTRA JAYA

Sekalipun menetap di Lembah Klang, saya masih asing lagi dengan Putra Jaya. Bukannya tidak pernah pergi ke lembah kompleks kerajaan persekutuan itu, tetapi saya belum lagi berpeluang melihat sendiri keseluruhan 'keajaipan' kota moden lagi canggih ini. Saya masih gayat lagi dan 'dipermainkan' oleh Putra Jaya - hebat, indah dan sukar hendak diterangkan selagi belum melihatnya.

Wow...ohh. Mungkin itulah ungkapan yang akan tersembur dari mulut rakan-rakan warga yang menetap begitu jauh dari Putra Jaya khususnya di pedalaman Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu dan lain-lain lagi  apabila melihat kota ini buat pertama kali dalam hidup mereka. 

Saya dan keluarga termasuk anak bujang sulung yang jarang mengikut (kerana 'dia sudah besar') menghadiri majlis perkahwinan anak lelaki saudara sebelah isteri di Presint 3, Putra Jaya tengah hari tadi (Ahad, 16/6/13). Lima dari lapan orang adik beradik isteri saya dan keluarga masing-masing hadir di majlis itu. 'Happening', selain dari memenuhi jemputan, kami berpeluang berkumpul di Putra Jaya. Di tengah kesibukan 'tuan rumah', kami pula sibuk bergambar sesama sendiri. 


Kami meninggalkan majlis lebih kurang pukul 2.00 petang setelah menunaikan solat zuhur di surau yang tereletak berhampiran dewan majlis perkahwinan.
   
Kami singgah di kompleks beli belah Alamanda, Putra Jaya. Majoriti pengunjung di pusat beli belah itu adalah orang Melayu. Keadaan ini tidak menghairankan kerana kebanyakkan penduduk Putra Jaya adalah orang Melayu yang bekerja di jabatan-jabatan kerajaan persekutuan di situ. 

Selain Shah Alam, Putra Jaya adalah satu lagi kota Orang Melayu.  

Ketika isteri dan anak-anak meronda ' window shopping', saya sendirian ke kedai buku di dalam kompleks beli belah itu. Kedai itu dipenuhi pengunjung. Sepatutnya begitulah. Kota secanggih Putra Jaya, tentulah penduduknya dari golongan terpelajar dan rajin membaca.

Saya mencari-cari buku yang sesuai untuk dibeli. Saya terpegang sebuah buku baru dengan tajuk yang menggoda. Saya membelek buku itu. Akhirnya.....saya terlihat nama penulis buku baru itu. 

Eeeee....secara spontan saya meluahkan perasaan ' geli geleman' dan terus meletakkan buku itu di raknya. Saya langsung tidak suka membaca karya penulis buku yang juga seorang tokoh akademik itu. Beliau juga diperuntukkan sebuah kolumn khas dalam sebuah akhbar tempatan.

Saya tidak mengetahui mengapa pada setiap karya atau tulisan beliau, nadanya sarat dengan amarah dan  kebencian yang tidak sudah-sudah. Bagaimanapun, mungkin pembaca lain ada penilaian mereka sendiri terhadap beliau. Saya meninggalkan kedai buku itu tanpa membeli sebarang buku. Sebenarnya saya selalu membeli buku di kedai buku Popular kerana mempunyai kad ahli. 

Saya menerima panggilan telefon agar pergi ke 'food court' kerana isteri dan anak-anak sedang menunggu di situ. Mereka dahaga dan hendak makan makanan ringan. 

"Food court' ( saya menggunakan istilah ini kerana inilah kononnya istilah 'standard' menggantikan 'medan selera') dipenuhi pelanggan. Saya teringat luahan seorang rakan sekolah di kampung yang menyatakan kesukaran hidup orang kampung kerana harga getah jatuh merudum sekarang. Hati saya bertambah-tambah ;merudum' apabila sepotong kuih popia berharga RM3.00 dan wafer dengan se 'scoop' kecil ais krim berharga RM5.00.

Saya sekeluarga meninggalkan Putra Jaya dan balik ke Ampang melalui Lebuh Raya MEX (ketika dalam perjalanan saya cuba mengingat perkataan sebenar MEX tetapi terlupa kembali apabila menulis catatan ini). Perjalanan cuma mengambil masa 45 minit. Kami selamat sampai di Ampang dan menunaikan solat Asar di rumah pada hujung waktu. Ya Allah, Yang Maha Pengampun. 

4 ulasan:

  1. Assalam, sdr Ujang kutik
    Oleh kerana ada macam-macam dewan di macam-macam bangunan di Putrajaya itu, orang macam Pak Temuk selalu kena kaji peta betul-betul sebelum kenduri. Kalau kendurinya malam, hati memang resah betul, sebab kenduri malam kena tiba pada waktu tertentu dan makan serentak. Pak Temuk gembira melihat Putrajaya semakin menjadi cantik dan mengembang.

    Seronok ya, dapat bertemu saudaramara sambil berkenduri. Entah mengapa, saya beranggapan sdra ujang tinggal di Negeri Sembilan, rupa-rupanya di Ampang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikomsalam Abang Temuk,

      Anak sulung saya agak mahir dengan seluk-beluk di Putra Jaya. Ini memudahkan kami sampai ke lokasi yang dituju.

      Saya telah menetap di Ampang, Selangor lebih 30 tahun. "Sudilah kiranya menerima saya sekeluarga sebagai 'orang senegeri' dengan Abang Temuk."

      Saya mengagumi foto-foto tanaman, buah-buahan dan alam semula jadi yang Abang Temuk abadikan dalam blog NUKILAN. Gambar-gambar tersebut menunjukkan kemahiran 'jurugambar' yang merakamkannya. Kelihatan begitu 'hidup'.

      Padam
  2. salam,itulah harga standard dimana2a shopping kompleks tapi kita diberi pilihan pergilah tempat dimna kita rasa sesuai dengan poket kita

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."