Selasa, 10 September 2013

BILA DUA-DUA BAWA DALIL AGAMA

Saya tertarik kepada artikal dalam sebuah akhbar yang bertajuk 'BILA DUA-DUA BAWA DALIL AGAMA'.

Senario ini adalah satu ' fenomena' yang melanda masyarakat kita (Melayu) yang 100% beragama Islam. Kedua-dua pihak yang bertelagah akan mengajak pengikut masing-masing dan pihak lawan kembali kepada ajaran al-Quran dan Sunnah. 

Saya perturunkan sebahagian daripada petikan artikal tersebut untuk renungan pembaca:

Orang awam yang naif agama selalu diberitahu dalam kuliah atau ceramah bahawa apa jua pertikaian, perselisihan kembalilah kepada ajaran al-Quran dan Sunnah.

Justeru apabila dua pihak yang bertelingkah turut membawa surah dan dalil al-Quran untuk menyokong dan menguatkan hujah, bagaimana orang awam boleh membuat kesimpulan mudah?

Itu soalan yang bermain di benak hati dan selalu juga ditanya kepada penulis (penulis artikal ' Bila Dua-Dua Bawa Dalil Agama). Itu juga pertanyaan-pertanyaan yang dibangkitkan oleh orang biasa bila melihat sesuatu perkara yang melibatkan pertembungan antara sesama saudara seagama atau gerakan, pertubuhan dan persatuan Islam.

" XXXX (nama penulis artikal), boleh buat tak keputusan atau beritahu kaedahnya apabila dua-dua pihak juga guna ayat Quran?" aju seorang kepada saya yang sama tidak arif dengan kaedah menyelesaikan persoalan yang ditimbulkan.

Sayangnya penulis artikal tersebut, seorang wartawan, mengakui kelemahannya, " Persoalan itu, bukanlah saya yang naif ini boleh menjawabnya."

Hakikatnya fenomena masing-masing pihak mengajak kembalilah kepada ajaran al-Quran dan Sunnah apabila berlaku pertikaian atau perselisihan seolah-olah telah menjadi satu ungkapan klise yang cuma bermain di bibir tetapi tidak dipatuhi. Dalam erti kata lain, kedua-dua belah pihak masih terus bertelagah.

Inilah masalah dan halangannya. Siapa hendak jawab? 

2 ulasan:

  1. ujang kutik,

    Boleh kah saya buat rumusan..

    Dua dua pun sebenarnya tidak kembali kepada ajaran al- Quran.

    Wallahualam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      Tuan, persoalan ini sangat rumit. Dua-dua ada Tuan Guru.

      Selain dari bakat seseorang itu mengharapkan anugerah agar berada di pihak yang benar.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."