Isnin, 2 September 2013

PEKAN TRONOH LAMA, UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS



UTP
Universiti Teknologi Petronas (UTP) terletak di Tronoh, Perak. Universiti ini dikaitkan dengan tempat pengajian anak-anak pintar.

Ibu bapa yang berjaya menempatkan anak-anak mereka di IPTS itu tentunya merasa bangga, megah dan berada di klas yang tersendiri.

Tanyalah kepada sesetengah ibu bapa itu, “ Anak anda sebelum masuk UTP bersekolah di mana?" Mereka bukan sahaja menjawab pertanyaan rengkas anda, bahkan akan memberi info yang anda belum tanyakan lagi; “ Err…Anak saya dari TKC, Alam Shah, MCKK, Tun Fatimah, MRSM, Kolej Islam….Err…di peringkat SPM score 10A1, 9A1….err dia sekejap sahaja belajar di UTP selepas itu dihantar ke UK….err sekarang dia bekerja di PETRONAS, Syarikat Carigali Antarabangsa…err dia ikut bekas bosnya Hassan Merican bekerja di syarikat 'oil and gas' di Singapura......err dia jurutera petroleum…err dia jurutera perunding…...

Tiada salahnya ibu bapa berasa megah asalkan dalam keadaan terkawal dan tidak riak. Merasa bangga adalah naluri semula jadi yang tidak sepatutnya dimusuhi. Ibu bapa berhak untuk berasa megah dengan kejayaan anak-anak mereka. Manakan tidak, anak-anak mereka yang kebanyakkannya mendapat pekerjaan baik samada di Petronas atau syarikat oil and gas yang lain secara otomatik menempatkan status masing-masing dalam golongan kelas pertengahan.

Juga, usahkan ibu bapa dan adek beradik, saudara mara termasuk ibu/bapa saudara dan saudara sepupu serta ' orang kampung' juga turut menumpang bangga.

Namun, lama sebelum wujudnya UTP, telah dibangunkan Pekan Tronoh (Lama) yang jaraknya
Pekan Tronoh Lama
kira-kira 3 kilometer dari universiti itu. Kegemilangan Pekan Tronoh Lama pada zamannya mungkin sama gahnya atau sehebat UTP sekarang. Melihat kepada banyaknya rumah kedai yang dibina dengan menarik (pada zamannya} dan sistematik, saya dapat rasakan bahawa di sini pernah menjadi pusat komersial yang hebat suatu ketika dahulu.

Pekan Tronoh Lama
Pekan TronohLama
Tidak dapat dielakkan, yang muda akan tua, yang baharu akan menjadi lama. Pekan Tronoh Lama masih wujud dalam momentum seadanya…..buruk, kusam, antik, nostalgik, perniagaan perlahan, sesiapa yang tidak mampu bertahan terpaksa tutup perniagaan dan mencari perniagaan lain….         

Walaupun Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Pekan Tronoh Lama dari generasi yang berbeza, masing-masing ada kemegahan sendiri. Masing-masing ada aura. 

2 ulasan:

  1. ujang kutik,

    Yang baru di sanjung..
    Yang lama di kenang..

    Ye laa, begitu lah lumrah nya.. haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      Itulah ungkapan setepatnya khususnya di kalangan kita yang terlebih dahulu makan garam.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."