Selasa, 3 September 2013

SATU PAGI DI PEKAN PARIT, PERAK

Pekan Parit (Jam masih berfungsi). Pekan kecil ini juga ada lampu isyarat
Ketika ziarah keluarga anak saudara sebelah isteri di Tronoh, Perak pada 1/9/2013 saya mencuri waktu ke Pekan Parit, Perak yang jaraknya 20 kilometer dari Tronoh. Kali terakhir saya sampai ke pekan kecil tetapi agak popular ini ialah kira-kira 25 tahun yang lalu. 

Satu Susu Pekan Parit
Saya bertolak ke Pekan Parit seawal jam hampir 8.00 pagi secara sendirian. 

Tidak banyak ingatan mengenai Pekan Parit yang pernah saya kunjungi berpuluh tahun lalu. Selain dari Rumah Rehat Parit dan Menara Jam saya tidak ingat apa-apa lagi akan khazanah pekan ini. Saya menjadi seorang yang begitu pelupa .

Pekan Parit terletak di pertemuan 3 arah - Pertama, dari arah Ipoh/Seri Iskandar, kedua, dari arah Belanja (antaranya yang saya ingat) dan arah ketiga dari MRSM Parit.



Selain dari Bangunan Masjid Jamek Parit yang ceria, Bangunan Rumah Rehat yang tersergam indah, bazar
Medan Selera Di Tepi Sungai Parit
peniaga yang telah dinaiktaraf dan pembinaan jambatan laluan motorsikal dan pejalan kaki yang merentangi Sungai Parit ke kampung seberang, Pekan Parit adalah sebuah pekan lama yang antik, kusam dan boleh membuatkan mereka yang tidak terbiasa dengan persekitarannya diserang perasaan sayu dan murung.






Jambatan (Laluan Motorsikal Dan Pejalan Kaki Menghubungkan) Kampung Seberang Dengan Pekan Parit  (1 SEPT. 2013)
 
Namun demikian, saya suka dan sesuai dengan persekitaran di pekan lama ini. Pekan yang terletak di tebing sungai yang airnya tenang ini tidak sibuk (tetapi ada sistem lampu isyarat) dan segala-galanya berjalan dengan santun dan terkawal. 

Sungai Parit - Menenangkan
Di usia seperti sekarang, saya suka tempat-tempat seperti di sini. Saya tidak beberapa sesuai lagi dengan suasana hiruk pikuk dan berjalan tetapi kelihatan berlari seperti di Kuala Lumpur. Lagi pun saya adalah anak kampung yang membesar di sebuah kampung pedalaman.

9 ulasan:

  1. Saudara Ujang Kutik,

    Kalau saudara kali terakhir ke Parit lebih kurang 25 tahun lalu, saya agak lebih sedikit. Lebih 35 tahun. Saya ada membuat sedikit catatan di sini,

    http://masjidsanasini.blogspot.com/2013/07/masjid-raudhatul-mardhiah-parit-perak.html

    BalasPadam
  2. Sdr Pak Mail,

    Ketika itu jambatan yang merentang Sg.Parit belum dibina lagi.

    BalasPadam
  3. salam ujang,
    saya juga pernah ziarah pekan parit yang berkarekter ini. ada di tulis dalam blog saya jika sudi untuk membacanya. sekarang sedang berusaha menulis pengalaman saya melalui dungun > kuala berang > gua musang > pulang ke rumah di kuala kangsari 3 hari lalu. gambar banyak dirakam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya cuba mencari di bawah label 'alam' tidak jumpa foto pesona Pekan Parit.

      Padam
  4. ujang kutik,

    Satu ketika zaman remaja dulu ada warga 'Parit di Perak' ini yang
    meng'omputih'kan nya sebagai ' Paris de Silver ' dalam alamat surat nya.

    Masa tu saya juga berasa ' fancy ' dengan kreativiti nya.

    Namun kini sapertimana saudara saya juga rasa sedikit terhibur dengan suasana pekan pekan yang mempunyai sungai dan jambatan.

    Orang yang sudah berusia lebih mengamati...ahahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      Parit agak popular dan diketahui seluruh 'Malaya'. Mungkin antaranya kerana 'Mr Os'....

      Elemen-elemen itu di antara kesamaan kita.

      Seseorang itu sekurang-kurangnya ada 3 elemen yang dia alah - alam semula jadi (gunung, sawah, sungai,laut), kampung tempat dilahirkan dan imbauan masa lalu.

      Padam
  5. lawati kasimselamat.com untuk cerita parit

    BalasPadam
  6. Sdr Tanpa Nama,

    Terima kasih dan insyaAllah.

    BalasPadam
  7. Saya ada teman di Parit. Bercadang hendak ke sana dalam 3,4 hari lagi. Moga dipertemukan kami yang telah berpisah 20 thn.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."