Saya 'diarahkan' oleh isteri agar menunggu di bawah rumah pangsa kawannya sementara beliau dan anak bongsu kami menemui kawannya itu di tingkat 4 bangunan rumah pangsa lima tingkat yang terletak di pinggir ibu kota dari arah Ampang ke Zoo Negara, Ulu Klang. .
Saya tidak dibenarkan turut serta kerana suami kawannya itu tiada di rumah. Suami kawannya bertugas di Johor. Kawannya bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang di Ulu Klang yang jaraknya kira-kira 3 kilometer sahaja dari situ tinggal bersama dua orang anak lelakinya - seorang berusia 5 tahun dan adiknya, 3 tahun.
Walaupun jam telah menunjukkan 10.00 malam, kuliah agama dari masjid kejiranan rumah pangsa itu masih belum selesai dan kedengaran dengan jelas. Saya kenal penceramahnya, iaitu Ustaz Raihan, Beliau menyampaikan kuliah bertajuk ' Korban' dengan cara beliau - versatile. Di antara perkara yang beliau sentuh ialah gejala hodoh segelintir sukarelawan korban yang 'merompak' daging korban. Gejala ini menghampiri status fenomena sejak tahun-tahun kebelakangan ini. Beliau menggunakan ungkapan ' menyorokkan sebahagian daging korban di belakang tangga ' secara curang.
Saya terpaksa menggunakan istilah klise. ' Gejala ini jika tidak dicegah akan menjadi barah dan mengganggu ummah menghayati hidup beragama'. Jangan biarkan perkara ini 'semakam' dengan orang takut atau was-was hendak bersedekah kerana banyaknya kejadian penipuan.
Saya terpaksa menggunakan istilah klise. ' Gejala ini jika tidak dicegah akan menjadi barah dan mengganggu ummah menghayati hidup beragama'. Jangan biarkan perkara ini 'semakam' dengan orang takut atau was-was hendak bersedekah kerana banyaknya kejadian penipuan.
Saya 'mengikuti' kuliah Ustaz Raihan hingga akhir, yaani lebih kurang jam 10.20 malam dari dalam kereta. Saya turut mengaminkan doa beliau dari jauh.
Isteri dan anak saya masih belum turun dari kediaman rakannya.
Saya masih mengistilahkan sebahagian kediaman yang cukup popular dengan sebutan 'apartment' pada hari ini sebagai rumah pangsa. Generasi saya memahami kediaman berstatus apartment sebagai kediaman ekslusif para eksekutif yang 'expensive' dan kondusif!
Pada pengamatan saya tiada lagi kawasan setinggan secara besar-besaran di kawasan Ampang dan sekitarnya. Sifar. Namun, tanpa disedari wujud pula 'penempatan setinggan' di kawasan rumah pangsa/apartment dan perumahan kos rendah apabila diduduki oleh pendatang asing samada secara menyewa atau cara-cara lain.
Saya sangat kasihan dengan penduduk tempatan yang terpaksa berjiran dan hidup dalam komuniti majmuk pendatang asing. Mereka, yaani orang kita terpaksa menyesuaikan diri dengan pendatang asing (dan bukan sebaliknya) yang kebanyakkannya iras Indon, Bangla dan Myanmar.
Kebanyakkan kedai-kedai yang terdapat di bahagian bawah blok rumah pangsa di sini diusahakan oleh orang Indon atau dialek percakapan mereka dialek Orang Indon. Ada yang membuka kedai menjual jamu, kedai makan dan kedai runcit. Orang Indon dilihat duduk melepak di kedai-kedai makan. Mereka berbual sesama sendiri sambil menghisap rokok keretek dan bertekuk lutut, iaitu sebelah kaki memijak tempat duduk.
Dengan keadaan rumah pangsa yang kusam, jalan yang lecak, kawasan perumahan yang kotor, kebanyakkan penduduk masih belum mengangkat kain jemuran di beranda rumah , persekitaran yang agak gelap kerana kebanyakkan lampu jalan tidak menyala, orang berkumpul dan berborak di ruang bawah rumah pangsa yang banyak sampah, muka-muka asing yang berkeliaran ke hulu ke hilir, aroma rokok keretek, gema lagu dangdut, dialek orang asing......sangat-sangat merimaskan.
Kami meninggalkan kawasan perumahan itu jam 10.45 malam. Saya sangat kasihan dengan penduduk tempatan yang terpaksa menghadapi hidup seharian sedemikian rupa. Kerana, kawasan rumah pangsa yang didiami oleh 100% Orang Melayu atau orang tempatan tidaklah sedemikian teruk keadaannya.
ujang kutik,
BalasPadam..jika demikian keadaan nya..
istilah 'setinggan rumah pangsa' ..memang ada kebenaran nya.
Sdr theolrascal,
PadamSemuanya benar belaka.T.Kasih.