Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Isnin, 2 Disember 2013

MEREKA WANITA NEGERI SEMBILAN

Ada dua orang wanita Negeri Sembilan bernama Aisyah yang menjadi buah mulut dan menggegar bumi Malaysia serta beberapa tempat di dunia ini.

Pertama, Aisyah, penyanyi bersuara merdu. Beliau juga melibatkan diri dalam politik dan pernah bertanding dalam pilihanraya PRU 13 tetapi tewas. Beliau berasal dari Kuala Pilah. 

Kedua, Aisyah anak jati Jelebu, Negeri Sembilan yang baru-baru ini heboh diperkatakan kerana dijadikan ' hamba ' di England. Dia juga kononnya adalah pengikut fahaman kiri yang diburu oleh pemerintah.

Aisyah Kuala Pilah dan Aisyah Jelebu ' popular ' dengan cara mereka sendiri. Mahu atau tidak, selain dari penyanyi Aisyah yang namanya harum semerbak itu, Orang Negeri Sembilan terpaksa mengaku bahawa Aishah Jelebu juga adalah 'produk' Negeri Sembilan.

Namun, lama sebelum Aisyah ' Kuala Pilah' menggegar' bumi Malaysia dan di luar negara kerana kemerduan suaranya dan Aisyah Jelebu kerana sisi hitam perjalanan hidupnya, telah ada seorang wanita Negeri Sembilan yang bukan sahaja menggegar bahkan menggoncang kedamaian tanah air kerana penglibatannya dalam PKM. Dia ialah Shamsiah Fakeh. Shamsiah Fakeh berasal dari daerah yang sama dengan penyanyi Aisyah yang terkenal itu, Kuala Pilah.

Kesemua tiga wanita Negeri Sembilan yang dinyatakan adalah mereka yang asalnya cerdik dalam pelajaran sehingga berpeluang belajar ke luar negara. Samada mereka berjaya menamatkan pengajian atau sebaliknya adalah bab lain.

Catatan ini bukan hendak mengagungkan Shamsiah Fakeh atau Aishah Jelebu yang diperkatakan kerana sisi hitam perjalanan hidup mereka itu. Apa yang hendak disampaikan ialah orang pandai seperti mereka (Shamsiah Fakeh melanjutkan pelajaran di Padang, Indonesia dan Aishah Jelebu di London) juga boleh terjebak dengan pilihan hidup melawan arus dan akhirnya merosakkan seluruh hidup jika tersilap langkah.

Wallahualam. Sesungguhnya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.







     

6 ulasan:

  1. Entah di mana silapnya kebijaksanaan diletak di tempat yg salah. Ingin sekali menyelami hati mereka.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Tanpa Nama,

      Nama sebenar penama ialah Siti Aishah bt. Wahab. Dia anak pintar. Dapat Biasiswa Colombo untuk belajar di London School of Economic (LSE). LSE juga adalah universiti John F Kennedy pernah belajar. Dia berasal dari Daerah Jelebu, N.Sembilan.

      Seorang lagi anak Jelebu yang pernah belajar di London ialah Hishamuddin Rais. Hishamudin juga penganut fahaman kiri.

      Padam
  2. Manusia tak luput dari khilaf dan dosa. Sasek di ujuang jalan baliak ka pangka jalan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Nofri Melsi,

      Ada individu yang ' mati ' dengan keyakinannya.

      Padam
  3. Bukti wanita boleh menggegarkan dunia!

    BalasPadam
  4. Sdr IM,

    Tekuk lutut di sudut kerling wanita.......

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."