Ahad, 27 Julai 2014

AZAM 29 RAMADHAN 1435H


MASJID UBUDIAH, AMPANG
Hari ini 27 Julai 2014 bersamaan 29 Ramadhan 1435H. Hari ini adalah juga hari terakhir umat Islam berpuasa pada tahun ini. Cuma Allah sahaja yang mengetahui samada kita dianugerahkan malam seribu bulan @ Lailatul Qadar atau sebaliknya.

Segala keseronokkan dan kemeriahan dalam usaha kita mendekatkan diri kepada Alllah dalam bulan Ramadhan 1435H berakhir hari ini. Tiada lagi cahaya lampu menerangi masjid pada sepuluh malam terakhir Ramadhan. Tiada lagi bubur lambuk pada hari Isnin, Rabu dan Sabtu. Tiada lagi majlis berbuka puasa di masjid sepanjang bulan. Tiada lagi moreh. Tiada lagi kutipan derma yang bertali arus.
 
Semoga Allah akan panjangkan usia kita dan dapat lagi meraikan Ramadhan 1436H. Semoga Allah juga memberi kita kekuatan supaya dapat meneruskan kesinambungan tahap beribadah pada bulan Ramadhan 1435H dalam apa makam sekalipun pada bulan-bulan selepas bulan Ramadhan tahun ini.

Selamat tinggal Ramadhan 1435H ku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."