Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Jumaat, 25 Oktober 2013

HOSPITAL AMPANG

JARAK rumah saya dengan Hospital Ampang cuma lebih kurang 3 kilometer sahaja. Bagaimanapun, itu bukanlah alasan untuk saya tidak mengagumi katangkasan perkhidmatan Unit Ambulan hospital ini. 

Ambulan Hospital  Ampang telah berada di hadapan rumah saya tidak sampai 10 minit setelah saya membuat panggilan kecemasan untuk membawa isteri ke hospital. 

Keefisyenan perkhidmatan hospital ini juga melibatkan jabatan-jabatan lain. Sebagai pesakit yang dikategorikan Zon Kuning, isteri saya terus diberi rawatan sesampai sahaja di hospital. Urusan pendaftaran dilakukan dalam tempoh tidak sampai 5 minit selepas itu. 

Pada mulanya isteri saya ditempatkan di dalam ward yang lebih rendah dari kelayakkan yang sepatutnya. Sedemikian saya membuat permohonan di pejabat pendaftaran yang terletak di ruangan lobi. 

Saya terpaksa bertanya kepada jururawat bertugas di mana isteri saya ditempatkan kerana apabila balik semula ke ward asal, isteri saya telah tiada di situ. Isteri saya dialihkan ke tempat baharu (mengikut kelayakkan) sebaik sahaja saya masih berurusan di pejabat pendaftaran di lobi hospital.

Selain itu, semua staf yang saya berurusan dan berkomunikasi telah melayan saya dengan sebaiknya.

Wau.....bermimpikah saya?  Ini adalah perkhidmatan hospital setaraf negara-negara maju seperti yang saya lihat di television.

Walaupun ada sungutan di kalangan ahli keluarga yang datang berziarah mengenai layanan kasar seorang jururawat di hospital ini, saya menganggap (jika benar) itu adalah kes terpencil yang tidak mencarikkan kehebatan perkhidmatan hospital ini.

Kalaulah pengalaman saya yang pernah berurusan dengan Klinik Kesihatan Cheras Baharu (Jalan Kuari) dan Hospital Ampang menggambarkan tahap prestasi perkhidmatan di kebanyakkan hospital negara ini, saya adalah salah seorang rakyat yang merasa bangga dengan anjakan yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan dalam melestarikan tahap perkhidmatan kepada golongan sasar, iaitu rakyat negara ini.

2 ulasan:

  1. Tuan, bertemu dgn org yg baik baik dan mendapat layanan yg baik itu adalah rahmat Allah. Hanya Allah yg mencampakkan perasaan belas ikhsan itu ke dalam hati seseorang. Bila saya berjumpa situasi yg menyenangkan ini saya menganggapnya sbgi rezeki dari Maha Agung. Tapi bila menghadapi sebaliknya pula saya anggap rezeki juga. Rezeki Allah beri untuk tarbiah diri. Terkadang kekurangan manusia itu cerminan diri kita jua. Wallahu a'lam.

    BalasPadam
  2. Sdr Tanpa Nama,

    Sebenarnya kami sekelurga sedang menghadapi satu ujian dari Allah.

    Syukur, anak lelaki sulung kami selamat nikah 27/10/13. Majls kami akan di adakan pada 2/11/13.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."