Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Selasa, 22 Oktober 2013

JIRAN (Bab 2)


UPDATE 2

Semalam, dari Hospital Ampang di sekitar jam 7.00 malam saya singgah di masjid kariah kawasan perumahan saya untuk menunaikan Solat Maghrib. Saya berniat menunggu waktu Isyak.

Petangnya saya membayar RM2100.00 melalui deraf bank kepada panel hospital untuk bayaran kos peralatan rawatan. Kos itu saya perlu dahulukan kerana tidak termasuk dalam terma yang ditetapkan dalam ' Guarantee Letter ' jabatan. Bagaimanapun, pihak Jabatan akan membayar balik kepada saya setelah saya melengkapkan dokumen yang ditetapkan.

Kebetulan ' Jiran ' mengetahui perkara itu . Ketika mencari ' ketenangan' di suatu sudut di dalam masjid ' Jiran ' menghampiri saya. Dia menepuk bahu saya dan meminta saya bersabar.

Dia berkata, " Kita berjiran berpuluh tahun, kita telah seperti adek beradek. Kalau kamu memerlukan dua tiga ribu saya boleh beri. "

Saya sebak. Allah anugerahkan saya jiran sebaik dan seprihatin beliau.

Saya mengucapkan berbanyak terima kasih di atas niat beliau. Saya katakan bahawa saya ada sedikit simpanan dan masih boleh bertahan.       
...........................................................................................................
UPDATE
 
Maka ketahuilah saya bahawa seperti sebahagian penyakit dapat disembuhkan apabila pesakit diziarahi. Begitulah juga keluarga pesakit sangat berbesar hati apabila keluarganya yang sakit itu diziarahi. Terima kasih.
---------------------------------------------------------------------------------
Malang tidak berbau. Isteri saya terpaksa duduk di wad hospital kerana mendapat kecederaan yang agak teruk setelah terjatuh ke lantai semasa ' mop' lantai di rumah kami. Sedemikian, seluruh keluarga kami terpaksa berkampung di hospital.

Ada satu urusan penting yang sepatutnya diselesaikan tidak dapat kami lunaskan.

Tanpa diminta, jiran di sebelah rumah datang menawarkan kesanggupan, " Urusan itu serahkan kepada saya. Kamu sekeluarga tumpukan kepada urusan di hospital." 

Jiran sebelah rumah ku, "Syukur saya mempunyai jiran seperti kamu."

6 ulasan:

  1. ujang kutik,

    Diharap isteri tuan akan segera pulih saperti sedia kala dan urusan yang di jalankan oleh jiran juga berjaya di lunaskan.

    Lakukan lah apa saja yang sepatutnya kita lakukan dalam keadaan sedemikian

    BalasPadam
  2. Sdr theolrascal,

    Terima kasih. Benarlah, sehebat mana pun lelaki, alah mereka dalam menguruskan sesuatu yang sinonim dengan kerja-kerja wanita.

    BalasPadam
  3. Semuga Allah segera menyembuhkan isteri tuan. Jiran yang baik itu adalah ibarat saudara terdekat kita. Dan Allah tela menganugerahkan tuan jiran yg baik. Alhamdulillah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Tanpa Nama,

      Terima kasih. Saudara rasanya amat dekat dengan saya di sebalik nama yang disembunyikan.

      Padam
  4. Tuan, saya hanya mengenali tuan melalui blog ini sahaja. Tetapi saya sangat suka cara penulisan tuan dan konteks cerita. Ia serasi dengan jiwa saya. Banyak pula suri teladan yg dapat saya ambil dari penulisan tuan. Itulah kekuatan tuan dalam bidang blogging ini. Semuga tuan terus menulis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Semoga saudara juga terus menjenguk.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."