Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Selasa, 19 November 2013

CUCU

Datuk dan nenek menjaga cucu bukanlah satu amalan baharu. Kerja ini telah lama dilakukan oleh beberapa lapis generasi sebelum generasi sekarang. Profession ini juga telah lama mencapai tahap fenomena dan tempohnya tidak kelihatan hujung-akhirnya lagi. 

 Anak sulung saya pernah dijaga oleh ibu dan bapa mertua di kampung isteri di Masjid Tanah, Melaka. Kami yang menjenguknya pada setiap hujung minggu cuma mengambilnya tinggal bersama di Kuala Lumpur apabila dia berumur 3 tahun. 

Selepas itu anak sulung kami dijaga oleh seorang jiran berhampiran rumah sewa kami di Ulu Klang, Selangor pada waktu bekerja – pagi hantar, petang ambil. 

Apabila kami pindah ke rumah sendiri di taman perumahan lain di sekitar Ampang dan keluarga juga bertambah, kami dibantu oleh pembantu rumah. 

Tidaklah saya menduga bahawa anak perempuan jiran yang menjaga anak sulung kami di rumah (sewa ) lama di usia lebih kurang 12 tahun ketika itu yang tiap-tiap hari mendukung anak kami kini adalah seorang artis popular. Kebetulan kami bertemu artis itu yang telah ‘ berhijrah ‘ baru-baru ini ketika kami ziarah ibunya di Ulu Klang lebih kurang dua tiga tahun yang lalu. Sayangnya, beliau ‘ tidak berapa ingat ’ akan momen-momen silam yang cuba kami imbau. 

Tugas menjaga anak sendiri bersifat ‘ flexi’, yaani boleh dilakukan oleh ibu bapa anak-anak itu sendiri (termasuk menghantar ke pusat asuhan anak-anak/menggunakan pembantu rumah) atau mengambil jalan ‘ short cut ‘ dengan cara menghantar anak-anak untuk dijaga oleh ibu bapa sendiri atau ibu bapa mertua. 

Tiada datuk atau nenek yang tidak sayangkan cucu-cucu mereka. Mereka tidak akan sanggup menolak ‘ kerja’ menjaga cucu jika tiada keuzuran yang sangat ketara. 

Salah seorang sepupu saya yang telah bersara dan isterinya kini ' bekerja ' menjaga 5 orang cucu dari 3 orang anaknya meluahkan isi hatinya secara berseloroh; Semasa dia masih bekerja sudah memadai seorang pegawai atasan sahaja yang meluluskan cutinya. Bagaimanapun, apabila bersara dan mendapat 'kerja baharu' menjaga cucu-cucu, cutinya perlu mendapat kelulusan daripada 6 orang ‘ tuan ‘ ( anak dan menantu). 

Sesungguhnya, fenomena datuk/nenek menjaga cucu akan kekal dalam keadaan ‘status quo’ kerana jalan ceritanya sangat kompleks sehingga seperti tidak dapat dirungkai. Ada pro dan kontra. Situasi ini boleh berada di dalam kehidupan sesiapa sahaja samada secara sengaja atau terpaksa . 

4 ulasan:

  1. ujang kutik,

    ..nampak nye ..'' kerja baru '' dah menunggu...ekeke.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      Kerja baharu yang disengajakan atau tidak dapat dielakkan.....

      Padam
  2. Tapi ibu_suri berkali-kali minta jaga cucunya Marissa. cuma IM je yang tak bagi sebab IM malas dah dengan bebudak. IM nak rehat dan enjoy tanpa dengar rengekan anak kecil setiap masa.

    Sesekali ok la...

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."