Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Khamis, 21 November 2013

ORANG NEGERI SEMBILAN DAN ORANG MINANGKABAU (ASLI) KURANG MESRA?

Tiada khilaf lagi bahawa Orang Negeri Sembilan dan Orang Minangkabau (Asli) samada warga Malaysia atau pendatang ekonomi dari Tanah Minangkabau ada pertalian asal usul dan biology.

Dalam situasi sedemikian perhubungan mereka sepatutnya akrab dan mengujakan. Bagaimanapun, realiti adalah sebaliknya.

Tidak dapat dipastikan secara jelas, pihak manakah yang menjauhkan diri dari yang satu lagi. Pihak Orang Negeri Sembilan yang lebih ramai ummahnya (di Malaysia) atau pihak ' big brother ' dari kalangan Minangkabau Asli kah?

Kebanyakkan tukang kasut yang mencari nafkah di kaki lima premis perniagaan adalah pendatang ekonomi dari Tanah Minangkabau. Ketika berurusan dengan mereka saya sering memperkenalkan diri sebagai Orang Negeri Sembilan yang ada pertalian asal usul dan malahan biology dengan mereka.

Tiada niat saya berbuat demikian untuk meraih simpati agar diberi  diskaun. Tujuan saya semata-mata ingin meluahkan semangat setiakawan ' seMinangkabau '. Namun, reaksi yang saya terima sangat menghampakan. Mereka (pendatang Minangkabau ) tidak turut teruja seperti yang saya harapkan.

Senario ini saya rasakan bukan berlaku di antara Orang Negeri Sembilan dengan pendatang ekonomi dari Tanah Minangkabau sahaja tetapi juga dengan Orang Minangkabau (Asli) dari kalangan warga Malaysia sendiri.

Kenapa? Adakah mereka (pendatang ekonomi dari Tanah Minangkabau) dilanda sikap rendah diri yang melampau?

Atau, mereka (pendatang ekonomi dari Tanah Minangkabau dan Minangkabau (Asli) Warga Malaysia) menganggap Orang Negeri Sembilan yang telah terpisah dari kalangan mereka selama tempoh hampir 600 tahun sebagai saudara yang telah hilang?

Untuk berlaku adil, secara umumnya Orang Negeri Sembilan juga mempunyai persepsi yang sama, yaani tidak menganggap Orang Minangkabau (Asli) sebagai saudara 'seMinangkabau' yang perlu diberi keutamaan melebihi etnik yang lain. Ini membawa maksud perhubungan seharian Orang Negeri Sembilan dengan Orang Minangkabau (Asli) cuma berada pada tahap perhubungan biasa sahaja.

Malah, tidak keterlaluan dirumuskan bahawa Orang Negeri Sembilan dan Orang Minangkabau (Asli) dalam konteks masyarakat Malaysia berada di dua entiti yang berlainan. Ini adalah pandangan peribadi saya sebagai Orang Negeri Sembilan yang membesar dalam masyarakat tradisional Negeri Sembilan dan juga persekitaran majmuk di kota kosmopolitan Kuala Lumpur.



6 ulasan:

  1. satu entri yang membukan mata dan pemikiran .. namun saya tiada jawapannya. agaknya kalau kita berjumpa di kutub utara, mungkin reaksinya berbeza.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr al-lavendari,

      Terima kasih kerana sependapat dalam hal ini.

      Padam
  2. ujang kutik,

    teman tapi tidak mesra..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      Kehidupan ini kadang-kadang sukar difahami.

      Padam
  3. Boleh jadi berbeza persekitaran dan negara menyebabkan perkembangan yang berbeza diantara masing2 pihak (N9 dan Minang). Apalagi kalau satu sama lain sama-sama sibuk cari "pitih" di perantauan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Nofri Melsi,

      Mungkin. " Masing-masing sudah lupa saudara."

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."