Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Sabtu, 21 Disember 2013

BOGHANAK OMPEK DEN TUNGGU JUO

Indak dapek musim manyiang
Musim manuai den nanti juo
Indak dapek tarago bujang
Baranak ampek den nanti juo

Rangkap di atas adalah sebahagian dari lirik sebuah lagu Minang lama bertajuk ' Mudiak Arau'. Sekalipun saya berasal dari Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan keturunan Minangkabau, saya tidak tahu maana ' Mudiak Arau'.

Sungguhpun demikian, saya boleh memahami lirik lagu tersebut terutamanya rangkap di atas. Secara ringkas, senikata lagu seperti tertera di atas adalah mengenai kesetiaan seseorang yang cintanya kecundang. Dia sanggup 'mati beragan' dengan tetap setia menunggu bekas kekasihnya yang telah dimiliki oleh orang lain.  

Catatan ini adalah mengenai sebuah kisah cinta tragis sepasang kekasih di kampung saya yang telah berlaku lebih kurang 40 tahun yang lalu. Ketika itu saya masih di sekolah rendah.

Pihak keluarga lelaki, seorang askar, tidak merestui anak lelaki mereka berkahwin dengan pilihannya kerana keluarga perempuan dari keturunan 'status' rendah. (Bagaimanapun, amalan ini tidak lagi diamalkan oleh masyarakat kampung sekarang)..

Secara umumnya majoriti penduduk kampung adalah dari Suku Biduanda ( samada Lela Maharaja atau Sedia Raja) dan ada juga beberapa buah keluarga dari Suku lain (Sistem Adat Perpatih di Rembau, Negeri Sembilan ada 12 Suku).

Selain itu ada satu kelompok masyarakat yang tidak termasuk dalam sistem Suku Adat Perpatih. Dikatakan mereka adalah dari keturunan 'orang suruhan' atau menjadi ' Teman ' atau bahasa kasarnya ' Hamba' yang membantu golongan yang lebih berada. Ada yang menamakan golongan itu sebagai keturunan ' Teman '.

Epispod seterusnya ialah si gadis melangsungkan perkahwinan dengan orang luar, seorang duda keturunan Minangkabau Asli dari Beranang, Selangor.

Bagaimanapun, 'Si Romy', jejaka malang tidak berkahwin. Dia hidup membujang.

Ditakdirkan jodoh antara pasangan bekas kekasih orang dan duda dari Beranang, Selangor itu cuma mampu bertahan sehingga mendapat 4 orang anak. Mereka berpisah. Saya masih ingat berlakunya insiden berebut anak di mana bekas suami wanita itu 'menculik' 2 orang daripada 4 orang anak mereka.

Dan ketika itulah, demi cinta yang tidak pernah beranjak dan sekalipun kekasihnya telah mempunyai empat orang anak, si pemuda yang sangat setia dengan cinta mengambil  wanita pertama dan terakhir yang dicintainya sebagai isteri.

Dunia ini ada kalanya boleh menjadi terlalu kecil. Untuk makluman, bekas suami wanita itu ( Orang Beranang ) telah mempunyai anak sebelum berkahwin dengannya. Ditakdirkan saya dapat berkenalan secara tidak sengaja dengan anak lelaki itu kira-kira 6 tahun yang lalu di sebuah restoran berhampiran UKM Bangi, Selangor. Anak lelaki Orang Beranang itu menceritakan banyak perkara yang tidak saya ketehaui mengenai perjalanan kisah hidup ayahnya yang berkahwin dengan wanita kampung saya.

Bayangkan, saya berpeluang 'merakamkan' sinambung kisah cinta yang kesudahan ceritanya cuma saya ketahui dengan jelas selepas hampir 40 tahun di satu tempat yang tidak dijangkakan, iaitu di Bangi, Selangor.

Saya yakin tidak ramai orang kampung saya terutamanya rakan sebaya hadham dengan kronologi perjalanan cinta satu pasangan kekasih yang pada awalnya tiada harapan tetapi berakhir dengan ' happy ending' - boghanak ompek den tunggu juo ( setia menunggu walaupun kekasihnya telah mempunyai empat orang anak).     

2 ulasan:

  1. Ujang Kutik,

    Tinggi nilai drama nye kisah '' cinta dan kesetian '' ini...hahaha.

    Kelebihan pada saudara seorang yang mengetahui klimaks dan bertemu pada plot dalam kisah amat dramatik ini ' real life '.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Komuniti Orang Pencen,

      Terima kaseh dan semuga kita berinteraksi lagi.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."