Saya telah begitu lama tidak ke Singapura. Suatu ketika dahulu di tahun-tahun awal 80-an ketika ditugaskan beberapa hari di Johor Bharu, saya dan kawan-kawan sekerja hampir setiap hari ‘turun’ ke Singapura selepas waktu pejabat.
Ketika itu nilai mata wang kita hampir sama. Barang-barang di Singapura pula jauh lebih murah dari di Malaysia. Di antara buah tangan yang selalu kami bawa balik ke Johor Bharu ialah minyak wangi (Aramis, Brut), buah laici yang ditinkan dan buah-buahan.
Di usia masih muda dan era berinternet dan berblog tidak terfikirkan lagi, saya tidak endah langsung kelangsungan hidup Orang Melayu Singapura ketika itu. Selesakah kehidupan mereka di negara yang segala alur kehidupan dikuasai dan ditentukan oleh etnik Cina itu?
Yang saya tahu, berada di Singapura ketika itu begitu mengujakan – ronda-ronda, makan-makan dan ‘shopping’.
Semenjak dua menjak ini kita selalu diingatkan oleh ahli politik bahawa nasib Orang Melayu (Malaysia) kononnya akan senasib Melayu Singapura jika tidak berhati-hati dalam menangani renjatan politik semasa.
Dari segi manakah ‘bangsatnya’ Melayu Singapura berbanding Melayu Malaysia?
Jati diri? Ekonomi? Pelajaran? Kemampuan bersaing? Penghapusan warisan?
Mungkin Melayu Singapura tidak mampu bertahan dalam perkara yang melibatkan warisan kerana dasar meritokrasi dan ‘hati kering’ pemerintah negara itu. Bagaimanapun, adakah unsur-unsur jati diri, ekonomi, pelajaran dan kemampuan bersaing Melayu Singapura turut menjadi bangsat?
Ketika zaman persekolahan saya, pelajar-pelajar yang pernah belajar di Singapura dan berpindah sekolah ke Malaysia (Contoh: ibu bapa balik ke Malaysia) kebiasaannya lebih bijak, menonjol dan berkebolehan dari pelajar biasa Malaysia.
Pada hari ini kita tentu bersetuju bahawa mereka yang berasal dari Singapura khususnya di kalangan ahli seni sangat berjaya di Malaysia – M. Nasir, Ramli Sharif, Aaron Aziz, Adi Putera, Fauziah Ahmad Daud, Ramli MS dan ramai lagi.
Pasukan bolasepak Singapura yang kerap kali mengalahkan pasukan negara kita adalah terdiri dari pemain-pemain yang majoritinya berketurunan Melayu. Mereka kelihatan begitu bergaya dan tidak sedikit pun menampakkan keadaan tertekan atau 'bangsat'. Hakikatnya, tidak ada seorang pun pemain keturunan Cina dalam pasukan bolasepak Singapura.
Ketika anak-anak muda Melayu Malaysia belum serasi dengan budaya berkaraoke, warga emas Melayu Singapura telah biasa dengan budaya berkaraoke. Sepuluh tahun yang lalu ahli keluarga seorang jiran di taman perumahan saya termasuk warga emas yang berasal dari Singapura tidak segan silu menyanyi karaoke dalam majlis perkahwinan anak jiran itu.
Di sebalik banyak cerita negatif mengenai Melayu Singapura, saya masih tidak mendapat jawapan mengapa salah seorang saudara saya dan keluarganya yang menetap dan bekerja di Singapura berpuluh-puluh tahun sanggup menukar kerakyatan kepada warganegara Singapura.
Pasukan bolasepak Singapura yang kerap kali mengalahkan pasukan negara kita adalah terdiri dari pemain-pemain yang majoritinya berketurunan Melayu. Mereka kelihatan begitu bergaya dan tidak sedikit pun menampakkan keadaan tertekan atau 'bangsat'. Hakikatnya, tidak ada seorang pun pemain keturunan Cina dalam pasukan bolasepak Singapura.
Ketika anak-anak muda Melayu Malaysia belum serasi dengan budaya berkaraoke, warga emas Melayu Singapura telah biasa dengan budaya berkaraoke. Sepuluh tahun yang lalu ahli keluarga seorang jiran di taman perumahan saya termasuk warga emas yang berasal dari Singapura tidak segan silu menyanyi karaoke dalam majlis perkahwinan anak jiran itu.
Di sebalik banyak cerita negatif mengenai Melayu Singapura, saya masih tidak mendapat jawapan mengapa salah seorang saudara saya dan keluarganya yang menetap dan bekerja di Singapura berpuluh-puluh tahun sanggup menukar kerakyatan kepada warganegara Singapura.
Seorang lagi pula berpendapat Melayu Singapura yang berada dalam persekitaran mengutamakan meritokrasi bertaraf dunia dan pemerintah yang didominasi oleh keturunan Cina sekalipun kecundang dalam mempertahankan elemen-elemen sentimental milik Melayu seperti kawasan perumahan Melayu dan warisan sejarah Melayu, mampu menyesuaikan diri dan memiliki daya saing yang tinggi.
Perbahasan mereka yang adakalanya tidak terkawal berakhir dengan tiada pemenang. Saya juga tidak suka mendedahkan perkara-perkara yang mereka bangkitkan kerana tidak sesuai bagi sebuah blog bukan genre politik.
Lanjutan dari isu ini saya teringat kepada sebuah catatan di dalam blog " SEPANJANG JALAN KENANGAN' yang pernah saya baca di sekitar tahun 2012 bertajuk ' Melihat Orang Melayu Di Singapura. Semoga 'entry' tersebut dapat membantu serba sedikit dalam mendapatkan maklumat mengenai saudara sebangsa kita itu.
MELIHAT ORANG MELAYU DI SINGAPURA
( Dari Blog A.F. Yassin "SEPANJANG SEJALAN KENANGAN" 20 April 2012)
A.F. YASSIN (Ahmad Fadzil bin Haji Yassin) lulusan Ijazah Sarjana Sains Komunikasi . KARYA Novel Kanak-kanak - Robinson Crusoe 1974 - Sesat dalam Hutan. 1996. Cerpen - Nyiur Bertuah Nyiur Celaka. Kuala Lumpur. Esei/Sastera - Sembang Sastera, Bersama Orang Persuratan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1998 Umum - Etika dan Kewartawanan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1986 - Insan Pejuang, Bangsa Melayu Abad Ke-20, Johor Bahru, Yayasan Warisan Johor, 2000 - Sejarah Adat-Istiadat Kesultanan Johor (1529 - 1855), Johor Bahru, Yayasan Warisan Johor, 2002. .A.F. Yassin berasal dari Kg. Gadung, Kota, Negeri Sembilan dan kini menetap di Negeri Selangor.( Dari Blog A.F. Yassin "SEPANJANG SEJALAN KENANGAN" 20 April 2012)
Menaiki komuter MRT di Singapura membawa kenangan menarik, terutama melihat suasana sekitaran dari Stesen Buono Vista di barat Singapura menuju Stesen Pasir Ris di sebelah timur. Perjalanan memakan masa kira-kira 45 minit. Koc penuh sesak dengan penumpang.
Ketika kereta api berhenti sejenak di Stesen Paya Lebar, penulis melihat semula Perkampungan Melayu, kira-kira 200 meter di sebelah kanan dan berhampiran dengan "pasar makan" Geylang Serai. Kompleks Perkampungan Melayu itu memang menarik kerana reka bentuk keMelayuannya. Ada pelbagai jualan di kompleks itu, termasuk sebuah restoran makanan laut, gerai makan Melayu dan gerai hasil kraftangan orang Melayu. Di kompleks itulah malam sebelumnya saya menikmati hidangan Melayu sambil menonton peraduan menyanyi karaoke sempena mengutip derma untuk pembinaan sebuah masjid. Nyanyian karaoke oleh para peserta yang kebanyakan terdiri daripada pasangan suami isteri mengingatkan saya kepada zaman kegemilangan Jalan Ampas tahun 1950an dan Pop Yeye tahun 1960an. Hampir semua lagu yang dibawakan adalah lagu-lagu dari filem-filem P. Ramlee dan lagu-lagu tahun 1960an. Difahamkan kompleks itu didirikan dan dimiliki oleh orang bukan Melayu.
Kecuali kompleks itu tidak ada lagi bangunan bercirikan Melayu yang dibina di sekitarnya. Dulu satu waktu, kawasan Geylang ini dipenuhi rumah-rumah bentuk Melayu sehinggalah ke Pasir Ris. Kini ia dipenuhi bangunan rumah pangsa puluhan tingkat yang memagari sepanjang jalan MRT. Penduduknya tidak lagi majoriti Melayu tetapi telah dibaurkan sehingga menjadi percampuran pelbagai sukubangsa - Cina, Melayu dan India.
Ketika keluar dari Stesen Pasir Ris, penulis terkenal Singapura Jamal Tukimin menujukkan jari telunjuknya ke arah timur. Katanya, "Dulu tempat itu adalah perkampungan Melayu. Di situ juga lokasi penggambaran siri filem Bujang Lapuk. Sekarang hanya rumah pangsa dan taman." Dan di sebuah restoran stesen itu kami melihat sekumpulan anak muda lelaki perempuan sedang asyik bersembang. Mereka berpakaian fesyen terkini, yang lelaki berseluar pendek dan yang perempuan berseluar panjang. Seorang daripada mereka duduk di kerusi roda.
Pada mulanya kami menyangka mereka daripada keturunan Cina kerena wajah mereka saling tgak tumpah keturunan itu. Tetapi setelah mendengar mereka bercakap, barulah saya sedari bahawa mereka anak muda Melayu. Nampaknya semakin hari semakin sukar untuk mengenali keturunan anak-anak muda Singapura melalui wajah dan perawakan. Jamal sendiri pun kata begitu. Malah dia sendiri kini mempunyai ahli keluarga yang wajahnya tidak lagi sepenuhnya Melayu atau Jawa. Menurutnya, dia punya menantu dari keturunan India dan kalau tidak ada haral melintang pada tahun depan dia bakal mempunyai menantu dari keturunan Cina pula.
Oleh kerana hari hampir maghrib, Jamal membawa kami ke mesjid terdekat. Kata Jamal mesjid Pasir Ris yang kami kunjungi itu baru sebulan setengah dibuka dan ia dibina hasil titik peluh penduduk, tanpa bantuan satu sen pun daripada kerajaan. Sebagai anak Melayu, kata Jamal, penduduk berasa bangga kerana "kita tidak mengemis." Kerajaan hanya membantu dari sudut pengurusan kewangan, iaitu dengan "membuat pemotongan gaji."
Statistik tahun 1990 menunjukkan penduduk Melayu Singapura berjumlah kira-kira 400,000 ribu orang, termasuk kira-kira 17,000 orang Islam bukan Melayu. Penduduk Melayu Singapura terdiri daripada keturunan Melayu (261,200 orang), keturunan Jawa (65,600 orang), keturunan Boyan (43,200 orang), keturunan Bugis (1,500 orang) dan keturunan suku Melayu lainnya (11,200 orang). Jumlah penduduk Singapura seluruhnya ialah 2.7 juta orang. Orang Melayu merupakan golongan majoriti dalam kumpulan minoriti, iaitu kira-kira 15% daripada keseluruhan jumlah penduduk. Menurut Jamal Melayu Singapura telah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan dan suasana dan mereka telah mampu bersaing dengan masyarakat-masyarakt lain, terutama masyarakat Cina dalam semua bidang, pendidikan khasnya. Mereka tidak lagi rasa tersisih atau rendah diri.
Yang menarik ialah wajah kosmopolitan orang Melayu ini baik lahiriah mahupun batiniah, lebih-lebih lagi batiniah. Hj Mohamad Arif Ahmad, dalam kertas kerjanya "Kebudayaan Melayu Kini Dalam Kehidupan Di Singapura" yang dibentangkan dalam Kongres Nilam pada tahun 1999 merumuskan bahawa "Cara hidup baru demikian itu, lama kelamaan telah mengubah kehidupan orang Melayu dini yang sentiasa berkita, menjadi orang Melayu kini yang hidup beraku dan berengkau, yakni yang lu sapa-gua sapa. Semangat kekitaan hampir pudar."
Kata Mohamad Arif, "Oleh kerana 86% jiran di rumah pangsa terdiri daripada mereka yang bukan beragama Islam, maka jarang-jaranglah orang Melayu berpeluang mengucapkanassalamualaikum kepada jirannya. Mereka lebih kerap kali mengucapkan good morning kepada jirannya. Kadang-kdang chau-an atau sekali-sekala manekem. Itu pun hanya sekali dua mereka bersapaan dalam sehari, ketika kebetulan mereka bertemu di dalam lif atau masa hendak pergi atau pulang kerja.
Dari sudut kebudayaan, orang Melayu menghayati kebudayaan kebangsaan sebagai rakyat Singapura dan dalam pada itu menghayati dan mengamalkan pula kebudayaan warisan sebagai orang Melayu. Mohamad Arif mengertikan kebudyaan kebangsaan sebagai kebudayaan yang tercipta sesuai dengan kehendak dan kepentingan negara - sama ada yang tercipta hasil dari rasa, karsa dan daya masyarakat Singapura ataupun yang terbentuk dari asimilasi/akulturasi budaya warisan bangsa-bangsa warganegara. Manakala dia mengertikan kebudayaan warisan sebagai kebudayaan yang terwaris daripada nenek moyang, yang telah dihayati zaman berzaman. Demikianlah amalan dan penghayatan orang Melayu terhadap kebudayaan. Hal ini mudah difahami kerana asas-asas persekitaran dan demografi yang telah dirancang sejak sekian tahun oleh pihak berkuasa.
"Sebagai golongan majoriti dalam miniroti, kami anggap ini jalan keluar paling baik untuk kehidupan langsung orang Melayu di pulau ini," kata seorang peserta Kongres Nilam (Nilai Melayu). "Yang penting sekarang ialah mencari jalan bagaimana jati diri orang Melayu terus kekal dan mencari satu formula yang boleh menonjolkan eniti keMelayuan itu sendiri."
Membaca kertas kerja Muhammad Arif, yang pertama kali dibentangkan di "Simposium Jalinan Melayu Antarabangsa", di Holiday Inn Shah Alam April 1996 yang lalu, mengingatkan saya kepada kehidupan orang Melayu di Cape Town, Afrika Selatan. Ingatan itu diperkuatkan lagi oleh tingkah laku sekumpulan anak-anak muda Melayu di Stesen Pasir Ris. Di Cape Town, identiti Melayu yang tingal hanya nama warisan. Kaum Melayu di Cape Town tidak dapat menegaelak daripada bersemenda dan berkahwin secara saling-silang ras dengan suku-suku bangsa lain, seperti Arab dan India. Dan akhirnya bahasa Inggeris diangkat menjadi bahasa ibunda (bahasa pertama). Bahasa Melayu sudah menjadi asing, malah tidak dituturkan langsung baik sesama ahli keluarga mahu pun sesama kawan dan anggota masyarakat.
Orang Melayu Singapura belum sampai ke tahap itu dan menurut seorang peserta agak mustahil untuk sampai ke tahap begitu, namun disebabkan keghaiarahan suku bangsa ini untuk saling bersaing dengan masyarakat-masyarakat bukan Melayu demi mengejar kemajuan akan memungkinkan berubahnya senario budaya Melayu Singapura menjadi seperti yang di Cape Town. Di Majlis Pusat, Institut Kebangsaan bagi Kepimpinan Masyarakat (NACLI), tidak ada sepatah pun bahasa Melayu digunakan di papan-papan tanda arah. Anak-anak muda yang duduk di sebalah kami itu juga lebih banyak bersembang dalam bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu. Pakaian yang mambalut tubuh yang tidak lagi sawo matang ittu tidak lagi menampakkan ciri keMelayuan.
Sebelum meninggalkan Singapura Ahadnya, saya mampir di Istana Kampong Glam di Sultan Gate. Seluruh kawasan istana telah menjadi hakmilik negara (state property), mulai 18 September 1999. Satu papan tanda tentang perkara itu diletakkan di depan istana dan kawasan itu telah menjadi kawasan larangan. Namun masih terdapat 11 keluarga waris Sultan Hussein Shah tinggal di dalam pekarangan istana dan pemerintah menganggapnya sebagai setinggan. Pada 29 September, ahli-ahli waris ini telah disaman untuk hadir di mahkamah bagi menjawab mengapa mereka menduduki tanah hakmilik negara secara haram.
Difahamkan bahawa ahli-ahli waris seperti Tengku Yusoff b T. Abd Samad dan isteri Raja Khatijah Bt Raja Saad serta Raja abu Bakar b. Raja Abd Rahman telah mngiriman surat kepada Queen Elizabeth II di London meminta jasa baik baginda menyelesaikan masalah istana ini. Pada 15 September 1999 mereka menerima jawapan dari ratu Inggeris itu yang antara lain berkata bahawa agak mustahil bagi baginda masuk campur dalam hal-ehwal negara lain. Namun Baginda telah memanjangkan surat itu kepada Robin Cook, Setiausaha Luar dan Hal-Ehwal Komonwel untuk tindakan selanjutnya. Surat jawapan Ratu Inggeris itu dialamatkan kepada Tengku Mohamad B Tengku Jamil.
Keadaan hidup serba dhaif ahli-ahli waris Sultan Hussein di pekarangan istana adalah refleksi kisah sejarah bermulanya Sultan Hussein diangkat menjadi Sultan Johor ke-16 oleh penjajah Inggeris pada tahun 1819. Hari ini saki baki waris sultan itu mula bertaburan, sesetengahnya telah meninggalkan pulau republik itu buat selama-lamanya, menumpang ehsan di rumah kerabat di Johor, terutama di Batu Pahat. Istana Kampong Gelam pula ibarat sarang setinggan di tengah-tengah kota kosmopolitan yang corak pembangunan fizikalnya tidak ubah seperti kota London atau Cape Town.
Saya amat khuatir jika suatu hari nanti kita juga seperti melayu singapura....akibat dari persengketaan sesama bangsa melayu sendiri yg rata rata adalah beragama Islam....
BalasPadamMelayu Malaysia pun jika tak di jaga akan hilang juga Melayunya. Tapi kot mana pun, Islam jugalah yang Allah pandang...
BalasPadamSdr Tanpa Nama & insan marhaen,
BalasPadam1. Melayu Singapura tidak ada peluang 'bermanja' .
2. Selain itu, seperti antaranya kedudukkan ekonomi, pelajaran, beragama, persekitaran (rumah, pengangkutan) dan daya saing Melayu di tempat lain lebih baik dari Melayu Singapura? Ini yang kita tidak dapat gambaran yang jelas kecuali gambaran yang samar-samar.
ujang kutik,
BalasPadamPerbahasan mengenai ' Melayu Singapura ' akan sentiasa di sudahi dengan tiada pemenang atau yang secara mutlak dan tidak ada penyudah. Kerana ia perkara yang amat subjektif.
Untuk mencari pemenang kita perlu ada kayu pengukur atau rujukan sebagai '' frame of referance ''.
Untuk itu paling penting kita kena buat definasi apakah kecermerlangan dan impian bangsa melayu itu. Bahasa politik nya di baca sebagai.. '' apakah yang orang melayu mahu..'' sebenarnya.
Kuasa politik?, kuasa ekonomi..? atau mahu seluruh negara itu orang melayu saja yang menghuni nya?..
ujang kutik,
..berat tajuk perbahasan ini ...ahahahaha.
Bagaimanapun kalau di perbualkan sacara intelek dan tidak emo.. ia pasti menjadi sesuatu yang ilmiah.
Sdr theolrascal,
PadamTanpa kita sedari bahawa kita berdendam dengan Singapura. Kita sentiasa mencari-cari sudut-sudut negatif negara itu.
Antaranya kita tidak sudah-sudah mengutuk ' kejahatan' Lee Kwan Yew walaupun Singapura dan pemimpin negara itu tidak ada kaitan dengan kita lagi.
Hakikatnya dalam banyak perkara kita bukan lawan Singapura yang setara. Kita ketinggalann jauh dalam kedudukkan ekonomi , akademik, tranparency dan bahkan bolasepak sebagai contoh.
Dalam penilaian PISA ( Programme for International Student Assesment) 2012 bagi pelajar 15 tahun ke bawah dalam Mathematic, Sains dan Bacaan kita berada di kedudukkan kedua tercorot di peringkat Asia Tenggara. Sebaliknya Singapura di kedudukkan baik di peringkat dunia.
Di sebalik semua kelebihan itu (ekonomi, akademik, tranparency dan sukan) tidakkah juga turut melibatkan dan disumbangkan oleh Melayu Singapura?
Namun, saya masih tidak jelas mengenai kedudukkan sebenar Melayu Singapura sekalipun saya meminta pendapat dua orang rakan yang keluarga mereka rakyat Singapura dan yang seorang lagi adek beradiknya bekerja di Singapura.
Kita terlalu partisan. Kawan yang menyokong parti A menyatakan Melayu Singapura hidup susah. Kawan yang menyokong parti B pula menyatakan bahawa Melayu Singapura mampu bersaing dan boleh hidup selesa jika berusaha.
Nampaknya kita perlu turun sendiri ke Singapura untuk mengetahui apakah yang sedang berlaku kepada saudara sebangsa dan seagama kita itu!
.
saya tak setuju dengan kamu. kita tak pernah pertikai kebolehan melayu singapura dalam pelbagai bidang. saya tak faham kenapa melayu singapura selalu bandingkan dari segi kebolehan dengan kita melayu di malaysia ni. mungkin dari segi kebolehan pendidikan mereka lebih hebat mcm tuan tulis mengenai PISA. tapi berbaloikah kehebatan di peringkat pendidikan semata bila besar nanti setakat jadik eksekutif rendah dan dijadikan kuli yang hidup atas ehsan majikan mat salleh atau cina sahaja? kalau nak cakap dari segi meritokrasi maka bagi saya melayu di Malaysia lagi berjaya di mana sudah ada bilionair mcm syed mokhtar sedangkan dlm list forbes yang sama utk singapura langsung tak ada melayu dalam senarai 50 bilionair. untuk apa syok sendiri mengatakan wow aku hebat dalam pelajaran dan dapat kerja manager sedangkan kita tau yang akan memajukan orang melayu, yang akan membayar zakat dalam skala besar adalah orang super kaya macam mereka. bukan pekerja makan gaji yang setiap hari mengharungi kesesakan dalam MRT dan balik lewat malam untuk sesuap nasi.
PadamApa yang kita pertikaikan adalah layanan kerajaan pap singapura pada mereka terutama dari segi ekonomi yang kini dah jatuh jadi no 4. yang peliknya, gelombang penentangan pada PAP oleh etnik cina semakin kuat bila kerajaan singapura mengamalkan dasar pintu terbuka pada foreigner konon2nya atas alasan mengutamakan meritokrasi. tapi orang melayu sana tetap redha dan masih mengundi PAP walaupun kena diskriminasi sedangkan kita semua tau meritokrasi singapura adalah bullshit semata. kerajaan singapura sengaja longgarkan syarat untuk ekspatriat dengan harapan banyak syarikat2 barat akan lebih suka untuk buka ibupejabat/kilang/perusahaan berbanding negara2 asia tenggara yang lain seperti Malaysia yang menetapkan syarat kena ambil sekian2 pekerja tempatan untuk membuka perniagaan. ini kerana seperti singapura adalah full trading nation di mana kelangsungannya bergantung kepada banyaknya syarikat multinational yang beroperasi di Negara kecil tu. jadi sekiranya melayu singapura masih mahu terus hidup dengan delusi bahawa mereka lebih kuat bersaing, saya ingin katakan kebolehan bersaing kamu tak guna sekiranya padang permainan yang ditetapkan kerajaan kamu tak sama. ibarat anjing menyalak bukit saja.
jentayu
Sdr Jentayu,
Padam1. Pada mulanya saya tergamam juga dengan penggunaan ungkapan ' kamu '. Namun, apabila membaca ulasan/pandangan saudara berikutnya, saya mengambil sikap bahawa saudara tidaklah seperti apa yang jangkakan sebelumnya.
2. Saya sendiri tidak mengetahui bagaimanakah untung nasib saudara sebangsa dan seagama kita yang menjadi golongan minoriti di pulau yang digolongkan sebagai negara maju, di antara negara paling selamat di dunia, di antara negara yang kadar rasuahnya sangat minima dan lain-lain lagi.
Sedemikian, melalui catatan pendek itu saya sarankan, " Nampaknya kita perlu turun sendiri ke Singapura untuk mengetahui apakah yang sedang berlaku kepada saudara sebangsa dan seagama kita itu!"
3. Saya sangat yakin bahawa Melayu Singapura perlu berilmu (maju dalam akademik).Dengan berpelaran tinggi pun mereka didakwa tidak dapat menuai manfaat kebendaan sepatutnya, tentulah tanpa pelajaran mereka akan lebih cepat lagi kecundang dalam survival kelangsungan kelompok.
4. Setuju. Sewajarnya bangsa Melayu melahirkan lebih banyak lagi Syed Mokhtar, Tan Sri Azman.... (siapa lagi dalam senarai top 10 bilionaire Malaysia?). Mokhzani? Ramainya Melayu kaya, banyaklah peluang pekerjaan kepada anak-anak Melayu yang berpelajaran tetapi masih ramai yang menganggur.
Terima kasih.
Sudah 50thn Malaysia dan Spura berpisah, kita berbeda politik, ekonomi, sistem pentadbiran, tapi dari segi sejarah, pertalian darah, bahasa dan budaya, msh banyak persamaan.
BalasPadamKelemahan org Melayu Spura, adalah dalam ekonomi, tidak seperti di Malaysia dimana kerajaan membantu rakyat utk maju dlm ekonomi. Org Spura tak blh iri hati, ini hak rakyat sesebuah negara. Klo dikatakan Spura negara maju, dimana kedudukan org Melayu? biasalah keje polis, driver..., bunuh nyamuk..yg bergaji rendah. Budaya dan fahaman niaga Melayu Spura maseh lemah, ada kesempatan mereka tak berani, lebih senang makan gaji.
Anggapan org Melayu Spura terhadap Malaysia sangat negatif sekali, di tuduh korupsi, tak jujur, lambat, malas lah, dan mcm2. Pada saya ni bodoh sombong Melayu Spura, Malaysia sbnarnya is a middle income country, the 18 most competitive ekonomi dlm dunia, dan foreign direct investment ke Malaysia berbillion$, dari US, Jepun dan juga dari Singapura. Permodalan dari Singapura berbillion kesemua dari Cina Spura, bukan dari Melayu Spore.
Org Melayu Spura sepatutnya mengambil kesempatan, peluang, membina rangkaian, bekerjasama dgn usahawan Malaysia, sekurangnya mengambil kursus di Malaysia.
Tapi dgn mentaliti Melayu Spura yg, bangga dgn diri sendiri, biar keje sbgai security dari berniaga, maka ulasan saya mereka seperti 'itik dikepuk mati kehausan'
Melayu Spura, yg dia tau pertukaran uang dollar lebih besar, dah hidung tinggi. Ini tohmah Melayu Spura kpd Malaysia, dia kata 'org Malaysia, kerajaan beri baja, dia jual' (ini cerita dah berpuluh thn lalu, di ulang2), 'org Malaysia dtng kat Spore, kita belanja, kita pegi Malaysia pun kita belanja' (ni buruk siku, ada yg tak kenal sesiap di Malaysia pun turut cakap ni,) 'org Malaysia keje lembab' dia tak sedar tanpa org Malaysia, takde org Spore nak buat roti canai, tak tau buat seafood dan mcm lagi.' Inilah sikap Melayu Spura, bodoh sombong, iri hati kpd kemajuan Melayu Malaysia,hanya nampak kejelekan jiran, tak sedar dimana kedudukan mereka,
BalasPadam