Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Sabtu, 11 Januari 2014

SURAU LAMA, SURAU BAHARU

Setelah lebih 30 tahun berkhidmat, surau di tingkat satu terpaksa ditutup kerana tempat itu lebih diperlukan untuk tujuan yang lebih penting. Justeru itu, solat fardhu Asar secara berjumaah pada 7 Rabiulawal 1435H bersamaan 9 Januari 2014 adalah secara rasminya solat terakhir sebilangan warga pejabat yang istiqamah menimba ilmu pada kuliah zuhur dan dua kali solat berjumaah pada hari bekerja, iaitu zuhur dan asar di surau itu.

Saya adalah di antara lebih kurang 20 orang warga pejabat yang tidak melepaskan peluang menunaikan solat secara berjumaah terakhir di surau yang banyak mengukir momen pahit manis itu.

Sepanjang tempoh 'khidmatnya', nasib surau itu juga ada pasang surut. Ada ketikanya aktiviti surau dihentikan samasekali kerana kaedah pengisiannya tidak disenangi oleh pihak pengurusan.  

Sebilangan staf yang telah lama berkhidmat tentunya mempunyai banyak kenangan membesar bersama surau itu. Imbauan dari jarang-jarang menjejakkan kaki ke surau semasa remaja membawa ke era berjinak-jinak dengan surau dan akhirnya terus terikat hati di surau terbenam diselindung dasar hati masing-masing. 

Namun, khalayak yang mengunjungi masjid atau surau tetap sama keadaannya samada di kawasan perumahan atau di pejabat. Tidak ramai. Malah ada yang sampai bersara tidak pernah memijak 'tangga surau'.

Maka, semalam, hari Jumaat, 8 Rabiulawal 1435H bersamaan 10 Januari 2014 surau baharu di ' ground floor' dirasmikan pembukaannya. Gah. Ada ceramah agama. Ada bacaan tahlil. Ada jamuan. Hadirinnya juga ramai. Termasuk juga yang tidak pernah 'memijak tangga' di surau lama yang diarwahkan.

Dan, ketika solat jumaah pertama pada waktu Asar di surau baharu dilangsungkan, jumaahnya adalah masih di kalangan yang memakmurkan arwah surau lama. Keramaian sempena majlis perasmian pada sebelah paginya tidak lebih dari satu upacara hipokrit! 

4 ulasan:

  1. Itu jugalah dilemanya di surau tempat kerja IM dan kemungkinan besar dimana-mana saja. Apapun,generasi muda nampaknya semakin ramai di surau kami yang sepatutnya memberi 'pukulan' kepada generasi seperti IM yang lebih suka berpusu-pusu di smoking corner tatkala azan digemakan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr IM,

      Mereka yang hatinya terikat di masjid bernasib baik dan patut bersyukur kerana insan terpilih. Ramai manusia lain tidak dapat berbuat demikian walaupun ada di antara rumah mereka di hadapan masjid/surau.

      Padam
  2. Alhamdulillah .... kedudukan dan dilaluan mudah terpandang .. memungkinkan ramai pengunjung dan mudahsinggah ... InsyaAllah.

    BalasPadam
  3. Sdr Tanpa Nama,

    1. Tiba masanya saya perlu ' Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar".

    Kemudian duduk dekat kampung,
    Halaman sebuah sepermainan,
    Perigi sebuah sepermandian,
    Jamban sebuah sepergiliran.

    2. Selamat datang ke 'dunia saya'.

    Terima kasih.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."