Sebelum ini saya cuma melihat dengan
penuh hormat dan kagum seseorang menolak kerusi roda membawa ahli keluarga
terdekat yang kurang upaya atau sakit. Dia itu mungkin seorang anak yang berbakti
kepada ibu atau bapanya. Mungkin juga dia seorang suami atau isteri kepada
pasangannya.
Ketika mendapatkan rawatan di
klinik, saya selalu melihat anak muda terutamanya di kalangan keturunan etnik Cina
‘mengusung’ ibu atau bapa mereka dengan kerusi roda dengan sabar dan penuh
tanggungjawab. Terdetik juga perasaan cemburu di lubuk hati kerana tidak dapat lagi
berbuat seperti itu kerana ibu bapa
telah meninggal dunia.
Ditakdirkan isteri yang disayang
mendapat kemalangan kerana tergelincir semasa mengemas rumah. Setelah lebih dua
bulan beliau masih belum sembuh sepenuhnya. Beliau masih tidak boleh berjalan
atau bergerak sendirian dalam tempoh lebih dari 15 minit kerana akan merasa
sakit atau penat.
Bagaimanapun, kehidupan perlu
diteruskan. Beliau perlu berulang alik ke hospital mengikut jadual yang
ditetapkan. Adalah tidak adil membiarkannya terperap di rumah sepanjang masa. Sesekali
saya perlu membawa beliau bersiar-siar atau beraktiviti di luar rumah - makan
di luar, ke ‘shopping complexs’, ziarah keluarga, memanja minda di taman
rekreasi dan sebagainya.
Saya mendapati riak muka isteri
akan lebih ceria apabila diziarahi oleh saudara mara, jiran-jiran dan
kawan-kawannya. Saya juga mendapat manfaat dengan kedatangan tetamu terutamanya
di kalangan sanak saudara kerana beliau (isteri) kelihatan lebih ceria dan
urusan melayan keperluan beliau biasanya dilakukan oleh adek beradek dan anak-anak saudaranya
sendiri.
Setelah lebih dua bulan, isteri
saya masih diziarahi oleh saudara mara, jiran dan kawan-kawannya. Namun, ada
juga di kalangan saudara terdekat yang tidak bertanya khabar dan jauh sekali datang
menjenguk.
Orang sakit lebih mudah terusik
emosinya. Saya teringat luahan seorang kawan di Tanah Merah, Kelantan yang menguruskan
isteri diserang penyakit stroke yang tidak dipedulikan oleh adek beradeknya
sendiri. Bagaimanapun, untung nasib seperti ini adalah lumrah yang tidak perlu
diberi perhatian sangat atau terasa hati. Situasi ini berstatus ‘global’ atau
internasional.
Hatta, adalah sesuatu yang tidak
menghairankan melihat kubur si mati cuma diziarahi oleh ahli keluarga sebulan
dua selepas kematiannya sahaja. Selepas itu kubur ditumbuhi lalang dan semak samun
kerana tidak lagi diziarahi oleh waris terdekat.
Siapa lagi hendak memuji isteri
kalau bukan suami dan keluarga sendiri. Isteri saya suka memasak. Semasa
sehatnya beliau memastikan tetamu yang datang ke rumah diraikan dengan
sewajarnya.
Beliau juga sanggup bersusah payah
menyediakan buah tangan yang berupa masakan atau lauk pauk yang agak istimewa
apabila mengziarah saudara terdekat atau jiran rapat samada yang mendapat
rawatan di hospital atau terlantar di rumah.
Hidup perlu diteruskan. Saya
tidak pernah merasa malu atau rendah diri membawa isteri berkerusi roda ke hulu
ke hilir. Sebaliknya, saya merasa bangga kerana mampu menangani dengan sedaya
upaya suatu musibah atau dugaan hidup yang tidak pernah terfikir akan berlaku
kepada ahli keluarga sendiri.
Ada kalanya saya bergurau dengan
isteri ketika menolak kerusi roda yang dinaikinya, “ Semua orang sedang asyik menyaksikan
seorang tua menyantuni isterinya yang sakit dan tidak berdaya.”
Insya Allah, semua orang yang
waras boleh melakukan segala sesuatu apabila ‘terkena pada batang hidung
sendiri'. “ Cross the bridge when we come to it!”
Ujang kutik,
BalasPadam.. and in life there will be so many more bridges we need to cross.
We will keep crossing them..hehe
Insya Allah..
Brother theorascal,
BalasPadamYa Allah, do not impose upon us that which we have not the strenght to bear.
Pakcik Ujang,
BalasPadamTerima kasih atas tulisan ini.Peringatan untuk diri saya juga.Saya juga kesihatan isteri pakcik semakin baik dan Allah merahmati pakcik sekeluarga.
izu ismail,
Padam1. Terima kasih di atas perhatian kepada keluarga Pak Cik.
2. Santunilah ibu bapa secara bersungguh-sungguh selagi mereka masih ada.