KAMI JUGA INGIN BAHAGIA |
Saya dan keluarga tidak mengetahui bagaimana sebilangan kucing jalanan boleh sampai ke rumah kami. Adakah kucing-kucing malang itu 'pandai' mencari rumah kami? Adakah 'pembuang kucing' dengan sengaja membuang kucing mereka ke rumah kami?
Memelihara beberapa ekor kucing bukanlah suatu kerja mudah. Ianya memerlukan komitmen yang tinggi - sikap, tenaga, masa, sosial dan wang ringgit.
Kekangan atau halangan kepada perkara-perkara yang dinyatakan di atas menyebabkan kami sekelurga sebenarnya tidak membuka pintu rumah kami seluas-luasnya kepada kucing jalanan. Sedapat mungkin kami mengelak dari ambil peduli terhadap kucing-kucing jalanan yang ditemui di kawasan perumahan atau di tempat-tempat awam sekalipun ada di antaranya di dalam keadaan yang sangat-sangat memerlukan bantuan manusia.
Sekalipun kasihan, kami seperti sebilangan anggota masyarakat yang lain turut 'tidak kisah' terhadap sejumlah kucing jalanan yang di dalam keadaan menyayat hati - kurus kering, berkurap, tidak bermaya, cedera, terlalu kecil untuk dibuang, mengiau-ngiau kerana lapar,.........Ohhh........
Bagaimanapun, dalam beberapa kes kami tidak mampu mengelak. Dengan berat hati kami terpaksa 'mengutip' beberapa ekor kucing untuk diberi sedikit perhatian dengan seadanya.
Untuk mengelakkan keadaan tidak selesa kepada keluarga dan kejiranan, saya menempatkan kucing-kucing saya di dalam rumah kucing di bahagian belakang kawasan rumah. Saya cuma melepaskan kucing-kucing tersebut bermain-main di dalam kawasan rumah sekali sekala untuk mengelakkan haiwan kesayangan nabi itu mengalami 'stress' dan kemurungan.
Selain dari memiliki beberapa ekor kucing, keluarga kami juga memiliki dua ekor kucing berstatus ' kucing bersekutu' yang kurang sehat - kucing pertama (sakit mata) dan kucing kedua (anak kucing kurus kering dan tersangat lemah). Kami istilahkan kucing bersekutu kerana (masih) tidak memeliharanya secara formal. Kami cuma memberi makan di luar rumah.
Kucing bersekutu yang pertama tidak beberapa merungsingkan saya kerana boleh berdikari dan boleh merayau di sekitar taman perumahan.
Yang merisaukan ialah kucing bersekutu kedua - seekor anak kucing yang anak saya jumpa di belakang rumah. Ketika dijumpai anak kucing itu terlalu lemah sehingga tidak mampu berdiri. Bagaimanapun, apabila diberi minum dan makan, anak kucing malang itu telah boleh berdiri. Anak kucing itu cuma berani mendekati makanan yang disediakan ketika kami tidak berada di situ. Saya masih belum ambil tahu di manakah anak kucing itu berteduh ketika hari hujan.
Sehubuungan ini, saya dan keluarga tidak pasti berapa lama lagi kami sanggup mendera anak kucing itu dengan cara membiarkannya hidup 'terbiar' walaupun diberi makan!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."