Saya suka hari Jumaat. Ianya Penghulu segala hari. Ianya hari bekerja terakhir dalam sesuatu minggu. Hari Jumaat adalah hari yang dinanti-nanti. Hari Jumaat semua orang ceria dan berseri-seri.
Hari Jumaat adalah satu-satunya hari dalam seminggu orang berduyun-duyun datang ke masjid. Seculas-culas orang melakukan solat lima waktu, atau tidak solat langsung, akan dapat dilihat batang hidung mereka di masjid pada hari Jumaat. Tiada apa yang hendak dihairankan melihat mereka menunaikan solat sunat tidak henti-henti di masjid kerana masjid adalah tempat paling mengujakan untuk beramal ibadat.
Saya juga suka dua hari selepas hari Jumaat - Sabtu dan Ahad. Cutiiiiii!
Pada pagi Sabtu dan Ahad saya boleh hadir ke kuliah agama di masjid. Sahabat saya ahli Jumaah Tabligh terlebih-lebih sukanya pada hari Sabtu. Hari Sabtu beliau mewakafkan masanya beriktikaf di Masjid Jumaah Tabligh, Seri Petaling, Kuala Lumpur. Usai solat sunat dhuha pada keesokkan harinya (Ahad) baru dia balik ke rumah.
Hari Sabtu dan Ahad saya boleh bersama keluarga 24 jam.Hari Sabtu dan Ahad saya ada masa sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam bersama seisi keluarga di rumah atau di medan selera.
Hari Sabtu dan Ahad saya ada banyak masa bersama kucing-kucing kesayangan; Membersihkan rumah kucing, memandikan, merawat dan bermain-main dengan kucing-kucing.
Hari Sabtu dan Ahad saya boleh menjenguk kolam ikan; Membersihkan 'filter' air, menukar air kolam, menambah 'anti chlorine' , memberi ikan makan, bermain dengan ikan...... Walaupun keadaan kolam seadanya kerana DIY, kolam ikan juga namanya. Walaupun ikan peliharaan bukan spesis elit koi Jepun, ikan peliharaan juga namanya.
Hari Sabtu dan Ahad juga saya boleh menengok ' garden'; Menukar tanah baharu, menabur baja, memotong daun-daun yang layu/mati, memangkas, menanam pokok baharu.....Walaupun landskap 'garden' saya tidak sehebat 'garden' milik taukeh di hujung jalan kerana kurang dana dan tidak diselenggara dengan baik , ' garden ' juga namanaya .....ada air terjun, ada pagola..ada bunga-bungaan, ada kehijauan..semuanya DIY.....'garden' juga namanya.
Hari Sabtu dan Ahad saya boleh balik kampung; Ziarah adek dan keluarganya. Ziarah kubur arwah ahli keluarga yang telah pergi dahulu. Berjumpa kawan lama. Beli surat khabar di Pekan Kota dan singgah 'mengetea' di kedai kopi pekan lama itu- seronok walaupun tiada bau mamak dan tiada TV skrin lebar.Solat berjumaah di masjid lama.
Hari Sabtu dan Ahad juga anak lelaki dan menantu selalu datang berziarah. Seronok menerima ahli keluarga yang baharu.
Hari Sabtu dan Ahad anak bongsu balik dari kolej. Banyak kerja rumah yang diupahseraya kepadanya.
Hari Sabtu dan Ahad saya tidak boleh tidak mesti bawa isteri jalan-jalan dan makan-makan. Semua orang sayangkan isteri. Hari Sabtu dan Ahad kami jalan-jalan sejauh Kuala Selangor...Tanjung Karang.....lihat sungai....lihat sawah....beli ikan di Pasar Pasir Penambang dan Pasar Nelayan Sungai Yu.......singgah makan-makan di Warung Cendol Bakar (Bukan cendol yang dibakar tetapi taukeh cendol bernama Bakar).
Ini bukan bermaana saya tidak suka hari-hari selepas Jumaat, Sabtu dan Ahad. Saya juga suka hari-hari Isnin hingga Khamis; Hari Isnin saya memulakan tugas dengan tenaga baharu setelah seronok bercuti. Hari Isnin dan Khamis saya boleh berpuasa sunat.
Hari Selasa, Rabu dan Khamis saya berada dalam 'form' terbaik memacu momentum tugasan yang dipertanggungjawabkan. Beres dan efisyen.
Hari Selasa, Rabu dan Khamis saya berada dalam 'form' terbaik memacu momentum tugasan yang dipertanggungjawabkan. Beres dan efisyen.
Hidup akan seronok apabila hari-harinya ditertib dan segala sesuatu berjalan seperti yang dimahukan. Namun, ada kalanya sesuatu yang dirancang-mahukan tidak berlaku seperti apa yang dimahukan kerana bernama hamba itu sendiri ada kala tidak mentertibnya .
Setiap hari adalah anugerah Allah yang perlu disyukuri. Tidak ada satu hari pun bagi yang bernama hamba layak mengabaikan atau tidak menyukainya.
ujang kutik,
BalasPadamSaya paling suka hari Jumaat yang kebetulan hari gaji ditambah pula Isnin nya public holiday...hehe.
Sdr theolrascal,
PadamInsya Allah. Bagaimanapun, saya dimaklumkan cuti Isnin untuk Wilayah sahaja kerana Sabtu jatuh pada 1 Februari 14 (Hari Wilayah).
Catatan bersahaja yg menarik.terima kasih pakcik Ujang
BalasPadamizu ismail,
PadamTerima kasih kerana menerawang ke 'dunia' Pak Cik.