Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Ahad, 16 Mac 2014

ujang kutik: ' ORANG KITA' PART 2: OH, SERENA CHONG!


Sesampai di Sri Iskandar, Perak, saya terus mencari tempat untuk menginap beberapa hari. Salah sebuah hotel yang dijenguk ialah hotel baharu yang terletak di kawasan strategik dalam bandar baharu moden Sri Iskandar.

Saya disantuni oleh penyambut tetamu yang bertugas di kaunter. Beliau seorang gadis yang pada jangkaan saya berusia tidak melebihi 20 tahun, berkulit putih melepak, berbaju kurung dan rambut lurusnya kelihatan melepasi bahu kerana tidak mengenakan tudung. Walaupun beliau kelihatan seorang anak gadis tipikal ' Melayu' kerana menampilkan sifat lemah lembut dan malu-malu, beliau tidak mengabaikan SOP tugas yang ditertanggungjawabkan kepadanya. Beliau menjawab pertanyaan yang berkaitan tugasnya atau hal-hal lain secara professional.

Melalui mulutnya sendiri saya mendapat tahu bahawa beliau tidak ada hubungkait langsung samada dari segi biologi, agama dan amalan hidup dengan Orang Melayu dan juga agama Orang Melayu, Islam. Saya terkejut dan kecewa apabila diberitahu bahawa ayahnya berketurunan Cina yang beragama Buddha dan ibunya dari keturunan Orang Asal (Orang Asli) yang mempercayai kepercayaan anamisma. Sedemikian, beliau berketurunan campur - Cina dan Orang Asal. Nama gadis manis berketurunan Cina-Orang Asal (Orang Asli) ini ialah Serena Chong.

Beliau dengan bangga mengaku beragama dengan agama ayahnya, Buddha. Lima orang adek beradeknya juga beragama Buddha. Sementara ibunya masih mengamalkan kepercayaan anamisma.   

Saya pernah meluahkan rasa bimbang (ujang kutik: ' ORANG KITA': SAYA BIMBANG) ke atas satu fenomena yang sebenarnya telah lama berlaku di dalam masyarakat Orang Asal (Orang Asli) tetapi kita tidak perasan atau tidak ambil peduli. Ditakdirkan saya berpeluang mengesahkan berlakunya gejala tersebut ketika berada di Sri Iskandar, Perak.

Pada hukum akalnya, masyarakat Orang Asal (Orang Asli) ialah umpama bola tanggung yang dipersembahkan kepada Orang Melayu/Orang Islam untuk diIslamkan dan 'diMelayukan'. Ini berlaku kerana hampir semua yang ada pada mereka termasuk paras rupa sangat rapat dengan Melayu kecuali agama. Jika anda rajin memutar rancangan khas untuk Orang Asal (Orang Asli) di radio, anda akan bersetuju dengan pendapat saya ini. Sebagai contoh, mereka masih asyik dengan lagu-lagu 60-an.

Pada pendapat saya, kita masih banyak peluang untuk mengIslam dan 'meMelayukan' mereka jika mereka masih dengan kepercayaan anamisma. Bagaimanapun, apabila mereka beragama Buddha, Kristian dan lain-lain lagi dengan apa sahaja sebab musabab, peluang kita untuk menyelamatkan mereka menjadi sangat sukar. 

Oh, kumpulan Jumaah Tabligh, Oh PAS, Oh UMNO, Oh Jabatan Agama dan Oh Orang Melayu/Islam bangkitlah bangkit dan jangan tidur lama sangat.  

Oh, Serena Chong!


Renungan:




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."